Bismillahirrahmanirrahim..
Selamat datang Setiausaha bagi sesi 2026/28 yang telah menerima mandat dari ahli-ahli Persatuan melalui undian secara rasmi dalam AGM yang lalu.
Pihak Persatuan Bekas Penuntut dan Guru Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah mengucapkan tahniah atas perlantikan.
Sekalung tahniah daripada seluruh warga Persatuan. Selamat bertugas.
Alumni SM Sultanah Bahiyah
Platform berkumpulnya bekas penuntut dan guru Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah bagi mendapatkan berita terkini dan aktiviti yang akan/sedang/telah berlangsung
Selamat Hari Guru buat para guru dan bekas guru terutamanya yang pernah mengajar di SMK Sultanah Bahiyah yang telah bertungkus lumus siang dan malam mendidik anak bangsa dengan penuh tulus ikhlas.
'Terima kasih, cikgu '
Bismillahirrahmanirrahim..
Salam hujung minggu buat seluruh warga Persatuan.
Hari ini kami ingin memperkenalkan Naib Pengerusi bagi sesi 2026/28 kepada seluruh ahli-ahli persatuan, yang telah memberi mandat masing-masing melalui undian secara rasmi dalam AGM yang lalu.
Pihak Persatuan Bekas Penuntut dan Guru Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah mengucapkan tahniah kepada Puan Zuliana Binti Zulkifli, pjk atas perlantikan. Selamat bertugas.
Sekalung tahniah daripada seluruh warga Persatuan.
Bismillahirrahmanirrahim
Pihak Persatuan Bekas Penuntut dan Guru Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah mengucapkan tahniah kepada Yang Berbahagia Datin.
Disini kami ingin memperkenalkan Pengerusi bagi sesi 2026/28 kepada seluruh ahli-ahli persatuan, yang telah memberi mandat melalui undian secara rasmi.
Sekalung tahniah daripada seluruh warga Persatuan.
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Salam takziah
Dukacita dimaklumkan ahli dan juga mantan bendahari persatuan Puan Hajjah Halijah binti Saad telah kembali ke Rahmatullah awal pagi ini.
Mohon hadiahkan Al-Fatihah dan doa buat arwah serta doakan keluarga arwah moga tabah dengan kehilangan insan tercinta.
Al Fatihah
04/05/2026
Assalamualaikum sahabat semua.
Berikut adalah link untuk pendaftaran keahlian Persatuan Bekas Penuntut dan Guru Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah.
Pembayaran keahlian menurut perlembagaan sediaada adalah seperti berikut:
1. Bayaran masuk RM10
2. Yuran tahunan RM20
3. Yuran seumur hidup RM300
Mohon isi semua ruangan yang bertanda *merah. Pastikan resit pembayaran juga telah diupload di ruangan yang disediakan bagi tujuan semakan pembayaran.
Sekian, terima kasih.
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfdn2j1qHdcXwd23XfXOdNeGaSpCB_ArBm8H0B_cclWN3o6KQ/viewform?usp=dialog
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Assalamualaikum wbt.
Dukacita dimaklumkan bekas penuntut sekolah kita Puan Emmy Marlyza telah kembali ke Rahmatullah awal hari ini.
Mohon hadiahkan Al-Fatihah dan doa buat arwah serta doakan keluarga arwah moga tabah dengan kehilangan insan dikasihi.
Al Fatihah
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــم ِِ .اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْن
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Lebuhraya Sultanah Bahiyah
Alor Setar
05350