07/06/2026
Jom Perbaiki Bacaan Al-Quran Kita! ๐โจ
โSertai Kelas Tahsin Al-Quran bersama Ustaz Luqman Ayob. Peluang terbaik untuk kita memperhalusi tajwid dan kelancaran bacaan dalam suasana yang santai.
โ๐ Tarikh: 8 Jun 2026 (Isnin)
โโฐ Masa: 9.30 Pagi
โ๐ Lokasi: Pusat Pengajian Darul Hadis, Alor Setar
โSemua dijemput hadir! Sebarkan kebaikan ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan.
07/06/2026
PERHIMPUNAN MINGGUAN DARUL HADIS
Alhamdulillah, perhimpunan mingguan Darul Hadis kembali menjadi medan penyampaian pesanan, nasihat dan peringatan daripada para ustaz dan ustazah buat seluruh pelajar.
Selepas bercuti panjang, marilah kita memperbaharui semangat untuk menuntut ilmu, menjaga adab, dan memberi tumpuan sepenuhnya dalam pelajaran. Ingatlah, kejayaan lahir daripada usaha yang berterusan dan kesungguhan dalam menimba ilmu.
Semoga setiap nasihat yang disampaikan menjadi panduan dan memberi manfaat kepada seluruh warga Darul Hadis.
https://wa.me/p/8197979116940576/601159638442
05/06/2026
Alhamdulillah, selesai sudah Kuliah Pengajian Paksi minggu ini yang disampaikan oleh Ust Azman, Dr Akli dan Ust Amir.
Setiap hari Jumaat, kita berkumpul untuk menambah ilmu, menyuburkan iman dan mengeratkan ukhuwah. Semoga majlis ilmu ini terus menjadi asbab hidayah dan keberkatan buat kita semua.
๐คฒ Ya Allah, kurniakanlah keberkatan, kesihatan dan ganjaran pahala yang berterusan kepada para guru yang menyampaikan ilmu. Istiqamahkanlah langkah para jemaah yang setia hadir menuntut ilmu, serta jadikan kami dalam kalangan hamba-Mu yang mencintai majlis-majlis ilmu. Aamiin.
"Langkah ke majlis ilmu mungkin kecil di mata manusia, tetapi besar nilainya di sisi Allah." ๐ท
https://wa.me/p/5503906579696151/601159638442
04/06/2026
๐ Jemput Hadir ke Pengajian Paksi
Insya-Allah, marilah kita bersama-sama menghadiri Pengajian Paksi yang akan berlangsung pada:
๐ 5 Jun 2026 (Jumaat)
๐ฃ 8.30 pagi
๐ Dewan Utama Ukir Mall, Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar
Pengisian ilmu bersama:
โจ Ustaz Azman โ Tahsin Al-Quran
โจ Ustaz Dr Akli โ Kitab Fekah Idaman Penuntut
โจ Ustaz Amir โ Kitab Sairus Salikin
Luangkan sedikit masa untuk menyuburkan hati dengan majlis ilmu yang penuh keberkatan. Semoga setiap langkah menuju majlis ilmu ini dihitung sebagai amal soleh dan menjadi sebab bertambahnya iman serta ketenangan jiwa.
๐คฒ Ya Allah, kurniakanlah keberkatan kepada para guru yang menyampaikan ilmu dan istiqamahkanlah kami serta seluruh jemaah dalam menghadiri majlis-majlis ilmu-Mu. Amin.
"Datang mencari ilmu, pulang membawa cahaya." ๐น
01/06/2026
๐ฒ๐พ DAULAT TUANKU ๐ฒ๐พ
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Semoga Allah SWT mengurniakan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan, kebijaksanaan dalam memimpin negara, serta sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan-Nya.
ุงูููู
ุงุญูุธ ู
ููููุง ููููู ูู
ุง ุชุญุจ ูุชุฑุถูุ ูุฃุฏู
ุนูู ูุทููุง ุงูุฃู
ู ูุงูุฃู
ุงู ูุงูุฑุฎุงุก ูุงูุงุณุชูุฑุงุฑ.
"Ya Allah, peliharalah Raja kami, kurniakanlah kepadanya taufik dan hidayah-Mu, serta kekalkanlah keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan buat negara kami."
Sembah takzim daripada: ๐ Pusat Pengajian Darul Hadis, Yayasan Paksi
29/05/2026
๐ข ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐ข
Dimaklumkan bahawa Kuliah Dhuha dan Kuliah Maghrib di Pusat Pengajian Darul Hadis akan ditangguhkan sementara bermula 28 Mei hingga 6 Jun 2026.
Insya-Allah, pengajian Kuliah Dhuha akan bermula kembali pada: ๐ Hari Ahad, 7 Jun 2026
Terima kasih kepada semua para pencinta ilmu yang terus memberi kepercayaan dan sokongan kepada pengurusan Darul Hadis dalam menyemarakkan majlis ilmu.
Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah kita dalam menuntut dan menyebarkan ilmu agama. ๐ค
******************
Sumbangan anda amat bermakna buat kami. Moga menjadi pahala yang berpanjangan hingga ke syurga nanti.
Bank Islam
02105010002856
Pusat Pengajian Darul Hadis
๐๐ปโโ๏ธ TAJAAN TETAP BULANAN SEBANYAK RM20
โช๏ธ Potongan Secara Automatik Setiap Bulan
https://infaqpay.my/go/pusatpengajiandarulhadiskedah
๐ฐ SENARAI SUMBANGAN DAN WAKAF
https://infaqpay.my/collection/pusatpengajiandarulhadiskedah
28/05/2026
Lensa 10 Zulhijjah
Alhamdulillah, suasana Aidiladha di Pusat Pengajian Darul Hadis tahun ini cukup meriah, tenang dan penuh ukhuwah. ๐โจ
Seawal pagi lagi, orang kampung, peserta korban dan akikah, waris pelajar, kakitangan Darul Hadis serta para pelajar hadir bersama-sama menghidupkan syiar Aidiladha.
Solat sunat Aidiladha telah dipimpin oleh Ust Azizi Shukri, Guru Tahfiz Pusat Pengajian Darul Hadis. Seusai solat, Ust Shahrizan Mohd Hazime telah menyampaikan hadis musalsal hari raya sebelum menyampaikan khutbah Aidiladha bertajuk:
โ๐ ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐บ๐ฝ๐๐ฟ๐ป๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐จ๐ฏ๐๐ฑ๐ถ๐๐ฎ๐ต ๐ ๐ฒ๐น๐ฎ๐น๐๐ถ ๐๐ฏ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ต ๐๐ผ๐ฟ๐ฏ๐ฎ๐ปโ
Aidiladha bukan sekadar tentang sembelihan, tetapi tentang sejauh mana kita sanggup tunduk, taat dan menyerahkan hati kepada Allah SWT sebagaimana Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS menunjukkan contoh pengorbanan yang agung.
Kadang-kadang yang paling sukar untuk dikorbankan bukan harta, tetapi ego, masa, kemalasan dan dosa yang kita sayang untuk tinggalkan. Semoga Aidiladha kali ini menjadikan kita insan yang lebih dekat dengan Allah, lebih ikhlas dalam beribadah dan lebih kuat berkhidmat untuk agama. ๐ค
Terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan sambutan Aidiladha bersama keluarga besar Darul Hadis.
*******************
Sumbangan anda amat bermakna buat kami. Moga menjadi pahala yang berpanjangan hingga ke syurga nanti.
Bank Islam
02105010002856
Pusat Pengajian Darul Hadis
๐๐ปโโ๏ธ TAJAAN TETAP BULANAN SEBANYAK RM20
โช๏ธ Potongan Secara Automatik Setiap Bulan
https://infaqpay.my/go/pusatpengajiandarulhadiskedah
๐ฐ SENARAI SUMBANGAN DAN WAKAF
https://infaqpay.my/collection/pusatpengajiandarulhadiskedah
28/05/2026
Alhamdulillah, program Korban & Akikah 2026 / 1447H anjuran Pusat Pengajian Darul Hadis telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami ucapkan kepada semua 96 peserta korban dan akikah atas kepercayaan, sokongan serta kerjasama yang diberikan.
๐ Lembu : 12 ekor
๐ Kerbau : 1 ekor
๐ Kambing : 5 ekor
Semoga setiap ibadah korban dan akikah yang dilaksanakan diterima Allah SWT, menjadi asbab keberkatan hidup serta mengalirkan manfaat kepada semua.
Jazakumullahu khairan kathira kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
โIlmu โข Amal โข Dakwahโ
27/05/2026
๐ท Lensa Sepanjang program berlangsung
Selamat Hari Raya Aidiladha Semua Ikhlas dari Pusat Pengajian Darul Hadis