SMK SULTANAH ASMA

SMK SULTANAH ASMA

Share

Sekolah Berprestasi Tinggi di Kedah

Photos from SMK SULTANAH ASMA's post 05/06/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Pengawas Pusat Sumber SMK Sultanah Asma atas kejayaan merangkul Johan Pertandingan Jejak Maklumat sempena Seminar Pengawas Pusat Sumber Peringkat Kebangsaan MIFLA 5.0 bagi kategori Sekolah Menengah.

πŸ’Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha gigih, komitmen tinggi, semangat kerjasama serta kemahiran mencari dan mengurus maklumat yang cemerlang dalam kalangan para peserta.

πŸ’Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga turut ditujukan kepada guru pengiring yang sentiasa memberi bimbingan, sokongan dan dorongan sepanjang persiapan serta pertandingan berlangsung.

Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibatπŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»


Photos from Sultanah Asma School Band, Kedah (SASBAND)'s post 04/06/2026
Photos from SMK SULTANAH ASMA's post 04/06/2026

Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada pasukan debat sekolah atas kejayaan cemerlang dalam Pertandingan Debat Generasi Madani Piala Menteri Pendidikan (Kategori Bahasa Inggeris) Sekolah Menengah 2026.

πŸ’SMK Sultanah Asma telah dinobatkan sebagai JOHAN πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

Antara pencapaian lain ialah :

🌟 Pencapaian Individu

🌺 Pembahas Terbaik Pusingan Pertama( Suhailah Binti Abdus Samad )
🌺 Pembahas Terbaik Pusingan Kedua( Sharifah Nur Zahirah Binti Syed Zulkiflee )
🌺 Pembahas Terbaik Separuh Akhir ( Zara Ho Na Min )

🌺 Pembahas Terbaik Keseluruhan:
πŸ₯‡ Sharifah Nur Zahirah Binti Syed Zulkiflee

πŸ’ Kejayaan ini membuktikan komitmen, kecemerlangan serta semangat kerja berpasukan yang tinggi dalam mengharumkan nama sekolah. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.


Photos from SMK SULTANAH ASMA's post 04/06/2026

KEJOHANAN RENANG MSSK TAHUN 2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada para pelajar SMK Sultanah Asma atas kejayaan cemerlang dalam kejohanan MSSK Renang yang telah berlangsung pada 17 Mei hingga 18 Mei di Pusat Akuatik Gunung Keriang, Alor Star Kedah.

🌺 Nurul Hana Safiyya berjaya meraih 5 pingat iaitu :

πŸ₯‡ 2 Emas
πŸ₯ˆ 1 Perak
πŸ₯‰ 2 Gangsa

🌺 Ch'ng Kay Qing turut mencipta kejayaan cemerlang dengan kutipan pingat emas dalam acara:
πŸ₯‡ 400m Freestyle
πŸ₯‡ 50m Breaststroke
πŸ₯‡ 200m Freestyle
πŸ₯‡ 100m Breaststroke
πŸ₯‡ 50m Butterfly
πŸ₯‡ 200m Breaststroke
πŸ₯‡ 50m Freestyle
πŸ₯‡ 100m Freestyle up
πŸ₯‡ 4Γ—100m Freestyle Mixed Relay

🌺 Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga ASMA untuk terus cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.


04/06/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada pelajar SMK Sultanah Asma, Nurnisa Zulaikha Binti Muhd Rushdi atas kejayaan cemerlang meraih Tempat Pertama (1st Place) dalam Poster Competition (High School Category) sempena UTM IBCEx’26 menerusi hasil poster inovatif bertajuk β€œBanLeaf EcoPack”.

πŸ’ Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan membuktikan bahawa pelajar ASMA mampu bersaing serta menyerlah di peringkat yang lebih tinggi melalui kreativiti, inovasi dan semangat daya saing yang tinggi.

πŸ’ Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.


26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H | 2026M

Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang terpahat dalam peristiwa Aidiladha terus menyuburkan nilai murni dalam kehidupan kita.

Ikhlas daripada
Warga SMK Sultanah Asma.


24/05/2026

Batch 09 melakar impian, mengukir kejayaan. Straight A+ menjadi laungan keramat menuju SPM 2026. πŸ”₯

Alhamdulillah selesai Kem Ilmu Siri1

21/05/2026

Persembahan yang memukau..
Gandingan mantap murid-murid SASBAND dan guru-guru SMK SULTANAH ASMA sempena Sambutan Hari Guru tahun 2026
GURU BITARA NADI NEGARA

Photos from Radio Malaysia Kedahfm's post 21/05/2026

KEDAHFM ..
ROGER PI KAMI MAI
Sempena Sambutan Hari Guru SMK SULTANAH ASMA Tahun 2026

Terima kasih KEDAHFM kerana memilih sekolah kami...

21/05/2026
Want your school to be the top-listed School/college in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Jalan Langgar
Alor Setar
05460