06/06/2026
Ustaz Muhammad yang sentiasa turun ke lapangan tengok perkembangan semasa, pantau kerja-kerja yang sedang dijalankan dan update semuanya kepada Ustazah.
Kadang-kadang orang nampak hasilnya saja, tapi tak nampak siapa yang berpanas, berpenat dan turun padang untuk pastikan semuanya berjalan lancar.
Semoga Allah SWT menerima setiap usaha dan pengorbanan yang dilakukan demi Maahad Imam Syatibi. ๐ค
05/06/2026
Orang selalu tanya,
"Kenapa takda pelajar baru?"
"Tak sedih ka bila pelajar pindah?"
Sejujurnya, 1001 perasaan bercampur baur.
Bayangkan kita dah jaga seseorang dalam tempoh yang lama. Hari-hari dengar cerita mereka, tengok perkembangan mereka, tegur silap mereka dan paling seronok bila nampak perubahan sedikit demi sedikit ke arah yang lebih baik.
Sudah tentu ada rasa sedih bila sampai masa mereka pergi.
Tetapi dalam masa yang sama, Ustazah sentiasa ingatkan diri bahawa setiap pelajar ada perjalanan dan impian mereka sendiri.
Ada yang perlu mengejar SPM. Ada yang perlu menyambung pengajian ke tempat lain. Ada yang perlu kembali kepada keluarga atas sebab tertentu.
Dari awal lagi Ustazah selalu pesan kepada pelajar,
"Kalau rasa nak pindah atau tak mahu duduk di MAAIS lagi, jangan lari. Datang beritahu Ustazah."
Sebab bila lari, akan timbul banyak masalah lain.
Lagipun bukan semua tempat sesuai untuk semua orang. Ada yang serasi, ada yang tidak. Itu perkara biasa dalam kehidupan.
Berkenaan pelajar baru p**a, sebenarnya bukan kami tidak mahu membuka peluang seluas-luasnya.
Kalau ikut hati, memang Ustazah mahu buka pendaftaran 24 jam sehari.
Tetapi tempat yang kami sedang beroperasi sekarang mempunyai beberapa kekangan dan masalah yang kadang-kadang memberi kesan kepada pelajar dan juga waris.
Perkara itu yang membuatkan kami sentiasa berfikir panjang.
Kerana bagi Ustazah, pelajar dan waris tidak sepatutnya dibebankan dengan masalah yang berlaku di sekeliling kami.
Target utama kami mudah sahaja.
Kami mahu waris menghantar anak mereka dengan hati yang tenang dan yakin bahawa anak mereka berada dalam jagaan yang baik.
Sebab itu waris dan pelajar yang masih bersama kami hari ini sangat bernilai.
Mereka tahu keadaan sebenar kami.
Mereka nampak perjuangan kami.
Mereka faham kesukaran yang sedang kami lalui.
Tetapi mereka tetap memilih untuk terus setia bersama kami.
Dan itulah antara kekuatan terbesar yang membuatkan kami terus melangkah walaupun jalan ini penuh dengan cabaran.
Buat masa sekarang, kami sedang berusaha membangunkan tempat sendiri di tanah yang berada di belakang kawasan Maahad.
Bahagian ini banyak diuruskan oleh Mudir dan juga Ustaz, tetapi Ustazah sentiasa mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa.
Siapa sangka, ada masa kami rasa seperti keluar dari satu ujian tetapi masuk p**a ke ujian yang lain.
Perasaan marah, sedih, kecewa dan penat semuanya pernah hadir.
Namun kami tidak mempunyai pilihan selain terus bangun dan melangkah ke hadapan.
Kerana kami percaya setiap kepayahan yang Allah SWT hadirkan hari ini adalah sebahagian daripada jalan untuk memudahkan urusan Maahad Imam Syatibi pada masa hadapan.
Untuk yang bertanya bagaimana boleh membantu, sesungguhnya seluas lautan kami membuka ruang untuk sama-sama menyumbang.
Perancangan asal kami adalah untuk membina bangunan Maahad di tanah sendiri.
Namun kos pembinaan mencecah sehingga jutaan ringgit.
Jadi buat permulaan, Mudir mengambil keputusan untuk membina sebuah rumah terlebih dahulu sebagai pusat operasi sementara sehingga dana pembangunan yang lebih besar dapat dikumpulkan.
Walaupun berat, keputusan itu perlu dibuat.
Kerana kami memerlukan tempat sendiri untuk terus beroperasi dan mendidik anak-anak yang diamanahkan kepada kami.
Bangunan yang kami gunakan sekarang merupakan amanah yang pernah diberikan oleh Allahyarham Ustaz Halim.
Namun apabila beliau kembali ke rahmatullah, tempat tersebut telah diwarisi oleh waris beliau.
Sebagai pihak yang menumpang, kami perlu menghormati keputusan tersebut dan keluar dalam tempoh yang telah diberikan.
Justeru itu, projek pembangunan ini bukan lagi sekadar impian, tetapi satu keperluan.
Anggaran kos untuk membina rumah yang akan menempatkan:
โช๏ธ 2 buah kelas pengajian
โช๏ธ Bilik warden
โช๏ธ Bilik asrama pelajar
โช๏ธ Tandas
โช๏ธ Dapur
โช๏ธ Kantin
โช๏ธ Pejabat pentadbiran
adalah sekitar RM150,000.
Alhamdulillah, setakat ini kami telah berjaya mengeluarkan RM20,000 sebagai bayaran awal kepada kontraktor.
Namun masih berbaki sekitar RM130,000 yang perlu dikumpulkan.
Projek ini telah pun bermula.
Lori dan jentera sudah mula masuk untuk meratakan kawasan tapak pembinaan.
Kini kami hanya mampu berusaha semampunya dan berharap ada lebih ramai insan yang sudi bersama-sama menjadi sebahagian daripada perjuangan ini.
Kerana setiap ringgit yang disumbangkan bukan sekadar membantu membina sebuah bangunan.
Tetapi membantu membina tempat lahirnya generasi yang mencintai Al-Quran, berilmu, beramal dan bermanfaat kepada agama, masyarakat serta negara.
Semoga Allah SWT menerima setiap sumbangan, infaq dan doa yang diberikan serta menjadikannya saham akhirat yang terus mengalir pahalanya hingga ke hari akhirat. Amin Ya Rabbal 'Alamin. ๐น
31/05/2026
ุจูุณูููููููููููููููููููู
ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู
ููู ุงูุฑููุญูููู
ู
ุงุณูุงู
ุนูููู
ูุฑุญู
ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชูุ,
MAKLUMAN PENGAJIAN BULAN JUN 2026
Dimaklumkan kepada para waris dan pelajar bahawa sesi pembelajaran bagi bulan Jun 2026 akan berjalan seperti biasa sepenuhnya mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak maahad.
Oleh yang demikian, para pelajar hendaklah memastikan kehadiran yang baik serta memberikan komitmen sepenuhnya terhadap pengajian dan hafazan masing-masing.
Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.
30/05/2026
ุจูุณูููููููููููููููููููู
ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู
ููู ุงูุฑููุญูููู
ู
ุงุณูุงู
ุนูููู
ูุฑุญู
ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชูุ.
Makluman kepada semua waris dan pelajar,
๐ Semua kelas BERCUTI pada:
๐ 31.5.2026 (Ahad) โ Sempena Hari Wesak
๐ 1.6.2026 (Isnin) โ Sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong
Insya-Allah, semua kelas akan bermula semula seperti biasa pada 2.6.2026 (Selasa).
๐ Bagi pelajar asrama, mereka WAJIB kembali ke asrama pada 1.6.2026 (Isnin) bagi memastikan sesi pembelajaran dapat berjalan lancar pada keesokan harinya.
Mohon kerjasama semua waris untuk memastikan pelajar hadir mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Sekian, terima kasih. ๐ค
30/05/2026
Program Intensif Sepanjang Cuti Sekolah bagi sesi 31.5.2026 - 4.6.2026 DIBATALKAN
26/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha ๐โจ
Aidiladha bukan sekadar tentang korban pada daging dan darah, tetapi tentang hati yang belajar untuk REDHA dan IKHLAS menerima setiap takdir Allah SWT.
Kadang dalam hidup ini kita terpaksa melepaskan sesuatu yang sangat kita sayang, terpaksa melalui jalan yang kita sendiri tidak pernah mahu pilih.
Namun di situlah hadirnya hikmah kehidupan.
Nabi Ibrahim AS diuji dengan pengorbanan.
Siti Hajar diuji dengan kesabaran.
Nabi Ismail AS diuji dengan ketaatan.
Dan kita juga sedang diuji dengan cara yang berbeza-beza.
Ada yang diuji dengan kehilangan.
Ada yang diuji dengan kesempitan hidup.
Ada yang diuji dengan penatnya mencari rezeki.
Ada yang diuji dengan hati yang terlalu banyak memendam.
Tetapi percayalah, setiap ujian yang Allah SWT berikan bukan untuk menghancurkan kita, sebaliknya untuk membawa kita lebih dekat kepada-Nya.
Kadang apa yang menyakitkan itu sebenarnya sedang mendidik jiwa kita menjadi lebih kuat dan lebih matang dalam melihat kehidupan.
Semoga Aidiladha kali ini mengajar kita untuk lebih bersyukur, lebih menghargai keluarga, lebih lembut hati dalam memaafkan dan lebih kuat dalam menghadapi ujian dunia.
Selamat Hari Raya Aidiladha.
Maaf zahir dan batin daripada kami sekeluarga Maahad Imam Syatibi ๐น
23/05/2026
ุจูุณูููููููููููููููููููู
ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู
ููู ุงูุฑููุญูููู
ู
ุงุณูุงู
ุนูููู
ูุฑุญู
ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชูุ
Untuk makluman para waris dan pelajar, bermula pada 24.5.2026 hingga 28.5.2026 semua kelas adalah BERCUTI.
Makluman tambahan bagi Pengajian Kelas Malam p**a, pada 31.5.2026 hingga 4.6.2026 kelas akan digantikan dengan Program Intensif Sepanjang Cuti Sekolah.
https://www.facebook.com/share/p/1CgwyT5NLe/
Sepanjang tempoh 2 minggu tersebut juga, Ustazah Amanina akan bercuti penuh.
Sebarang maklumat lanjut berkaitan jadual Program Intensif akan dimaklumkan kemudian.
Terima kasih ๐น
20/05/2026
ุจูุณูููููููููููููููููููู
ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู
ููู ุงูุฑููุญูููู
ู
ุงุณูุงู
ุนูููู
ูุฑุญู
ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชูุ
MINGGU BALIK
Untuk makluman para waris dan pelajar, pada 21.5.2026 semua pelajar Tahfiz dibenarkan p**ang seawal selepas selesai solat Subuh.
Pelajar perlu kembali semula ke asrama pada 30.5.2026 sebelum jam 6 petang.
Sebarang kelewatan tanpa sebab yang munasabah akan dikenakan tindakan/hukuman.
Mohon para waris memastikan pelajar menyiapkan latihan dalam buku Tulis Al-Quran sepanjang cuti berlangsung supaya momentum pembelajaran tidak terhenti.
Selamat bercuti dan manfaatkan masa bersama keluarga sebaiknya ๐น
18/05/2026
kelmarin baru jaa dok pertimbangan samada kena beli barang basah kaa tak sebab diorang dah nak balik bercuti
sekali hari dapat 2 ekor ayam ๐
https://youtube.com/shorts/a-7Mqkb6YDY?si=KINSKPgZ8hsc5xxO
jangan lupa baca kat description
jangan lupa juga untuk tekan button LIKE ๐๐คญ
sesi skill kehidupan ๐ช
hari nie Maahad dapat rezeki ayam 2 ekorcumanyaaa โฆ belum dipotong ๐bila Ustazah tanyaโreti potong ayam tak ?โpunya yakin jawabโselalu tengok TikTokโ ๐ญmaka...
17/05/2026
dari jauh dengar sayup jaa suara panggil
โUstazah โฆโ
dalam hati dok fikir
โeh pelajar dah masuk kelas dah, siapa p**a panggil nie ?โ
siap pujuk diri mungkin perasaan sendiri jaa sebab kawasan pun sunyi
so macam biasa jalan laa pi kantin nak ready masuk kelas
sekali tudiaaa โฆ terkejut terus sebab ada satu susuk tubuh yang sangat familiar berdiri depan pintu ๐ญ
kami duaยฒ sama terkejut sebab masingยฒ berjalan senyap tanpa bunyi
alihยฒ terus jumpa depanยฒ
rupanya makcik yang selalu mai mengaji dekat Maahad Imam Syatibi ๐ฅบ
dia mai nak tanya tentang cuti pelajar sebab selalunya tiapยฒ minggu mesti ada jaa buah tangan yang dia bawak nak kongsi dengan anakยฒ Maahad
kadang tu bukan nilai barang yang buat kita tersentuh
tetapi ISTIQAMAH seseorang dalam memberi ๐น
dia tak pernah jemu datang
tak pernah berkira nak berkongsi
dan tak pernah lupa anakยฒ Maahad walaupun sekadar buah tangan kecil
Alhamdulillah โฆ Allah SWT hadirkan insanยฒ yang lembut hati macamnie dalam perjalanan perjuangan kami ๐ค