SRITI Darul Ulum, Alor Setar

SRITI Darul Ulum, Alor Setar

Share

SRI Darul Ulum (SRIDU) ditubuhkan sejak 1989, kini dijenamakan semula dgn SRITI Darul Ulum,Alor Setar

Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU ) di tubuhkan pada tahun 1989, oleh beberapa orang anak muda yang cintakan kepada pendidikan Islam yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Najib Fahami bin Haji Yahaya, anak kepada Tuan Guru Hj Yahaya bin Junid. Sekolah SRIDU bermula dengan 17 orang pelajar, menumpang di sebuah bangunan secara sementara di Km 3, Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah Darul

26/05/2026
Photos from SRITI Darul Ulum, Alor Setar's post 23/05/2026

Sekalung ucapan tahniah kepada dua orang muallimah SRITI Darul Ulum, Alor Setar yang telah menerima penghargaan dan anugerah pada hari ini, 23.5.2026.

🌟Muallimah Surida binti Mohamed
(ANUGERAH GURU PALING LAMA BERKHIDMAT)

🌟Muallimah Nurul Fatin binti M.Zahir
(ANUGERAH GURU CEMERLANG)

Kedua -dua mereka telah menerima anugerah pada Majlis Sambutan Hari Guru Sektor Pendidikan, Jabatan Pendidikan Dppnk 2026, bertempat di Kompleks PAS Batu 9, Kedah.

Anugerah disampaikan oleh:

YB Prof. Dr.Haim Hilman Abdullah
(Pengerusi Jawatankuasa Industri&Pelaburan,Pengajian Tinggi Dan Sains, Teknologi & Inovasi)

22/05/2026

🎊❤️Selamat Hari Guru 2026❤️🎊

Photos from SRITI Darul Ulum, Alor Setar's post 21/05/2026

🎉 Hari Guru 2026 🎉
🗓️ Khamis | 21.5.2026
👕 Bertemakan “Blocking colour”

Pelbagai aktiviti santai dan happening bersama guru serta para pelajar berlangsung dengan penuh meriah 😄✨

Terima kasih buat semua guru yang sentiasa menjadi inspirasi dan pencetus semangat buat anak-anak didik ❤️

📌 Tema Hari Guru 2026
“Guru Haraki, Pemangkin Kekuatan Jemaah

16/05/2026

Selamat Hari Guru

16/05/2026

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang telah berkongsi rezeki.

Untuk makluman, jumlah kutipan dan sumbangan telah pun mencukupi ..

Dengan ini pihak sekolah mengumumkan telah menutup kutipan sumbangan pembelian 'water pump'‼️

TERIMA KASIH.

Photos from SRITI Darul Ulum, Alor Setar's post 10/05/2026

TAHNIAH & SYABAS

Sebahagian pelajar tahun 1 hingga tahun 4 yang berjaya meningkatkan tahap bacaan Alquran dan Iqra' pada bulan April 2026.

🤲🤝Kejayaan tidak pernah khianati usaha🤝🤲

06/05/2026

MOHON SUMBANGAN – WATER PUMP UNTUK TANGKI SEKOLAH

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Pihak sekolah kami sedang berusaha meningkatkan kemudahan bekalan air demi keselesaan dan kebajikan para pelajar serta warga sekolah. Buat masa ini, kami amat memerlukan sebuah water pump untuk kegunaan tangki air bangunan sekolah kerana sistem sedia ada telah rosak dan tidak lagi berfungsi dengan baik.

Sehubungan itu, kami dengan rendah hati memohon sumbangan daripada pihak tuan/puan yang prihatin untuk membantu kami mendapatkan water pump baharu.
Sumbangan ini amat besar ertinya dalam memastikan kelancaran aktiviti harian seperti penggunaan tandas, wuduk dan kebersihan sekolah.

💧 Sumbangan boleh disalurkan dalam bentuk:

🟩Wang tunai / pemindahan bank
🟩Penajaan pembelian water pump
🟩Sumbangan terus peralatan

📞 Untuk maklumat lanjut / sumbangan:

[ Hubungi 047715639(pejabat) SRITI Darul Ulum, Alor Setar ]

Rujukan transaksi➡️ water pump

“Sedikit dari kita, besar maknanya buat mereka.”

Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan anda

Want your school to be the top-listed School/college in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Alor Setar
05400