SMK Kepala Batas

SMK Kepala Batas

Share

Page rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas

Photos from SMK Kepala Batas's post 12/06/2026

🎨✨ Terima kasih diucapkan kepada guru-guru praktikal yang telah bertungkus-lumus menyiapkan mural di Lorong *Relief and Read* di bawah Bidang Bahasa.

Alhamdulillah, mural telah berjaya disiapkan dengan begitu cantik dan kreatif. Hasil usaha, kerjasama serta komitmen yang diberikan amat dihargai dan pastinya menceriakan lagi persekitaran sekolah serta memberi inspirasi kepada warga SMKKB. πŸŒΈπŸ“š

Semoga pengalaman dan sumbangan ini menjadi kenangan bermakna serta memberi manfaat kepada semua warga sekolah.

πŸ‘ *Syabas dan tahniah!* πŸ‘

Photos from SMK Kepala Batas's post 11/06/2026

πŸ† *KEJOHANAN PETANQUE MSSD KOTA SETAR 2026* πŸ†

πŸ“… *Tarikh: 10 dan 11 Jun 2026
πŸ—“οΈ *Hari: Rabu dan Khamis
πŸ“ *Tempat: KSAH
🎯 *Kategori Dipertandingkan: Double dan Triple (L/P)

πŸ₯ˆ *PENCAPAIAN : NAIB JOHAN* πŸ₯ˆ
✨ *TRIPLE SMKKB B PEREMPUAN* ✨

πŸ‘₯ Senarai Pemain:
1️⃣ Irdina Qaisara binti Mohd Sani – 4 Ibnu Sina
2️⃣ Sofiah Solehah binti Mohd Romzi – 4 Ibnu Haitham
3️⃣ Nur Amira Qistina binti Mohd Izham – 4 Al Farabi

Tahniah juga diucapkan kepada semua pemain Petanque lain yang turut menyertai kejohanan tersebut.

πŸ‘ Setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh pasukan Petanque SMKKB, Cikgu Abdl Ghani, Ustazah Adilah, Ustazah Rita, Cg Nasriah serta semua pelajar yang telah menunjukkan komitmen dan semangat juang yang tinggi sehingga memperoleh pencapaian yang membanggakan ini.

Semoga semangat juang, disiplin dan kerjasama berpasukan terus dikekalkan demi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang. ✨

πŸ‘ *Syabas dan tahniah!* πŸ‘

10/06/2026

PERTANDINGAN DRONE CHALLENGE πŸ›ΈπŸ›ΈπŸ›Έ

Photos from SMK Kepala Batas's post 10/06/2026

Drone Challenge dan Egame ASK (Mobile Legend) antara pertandingan dalaman sempena Karnival STEM GENERASI MADANI SMK Kepala Batas.

10/06/2026

Pertandingan Sumo Robot disertai oleh SMK Alor Merah, SMK Alor Janggus, SMK Simpang Tua, SMK Hosba, SK Haji Ismail dan SK Pegawai.

Satu permulaan yang baik untuk generasi STEM di masa hadapan. Bakal melahirkan anak-anak cerdik dan bijak dalam bidang Sains, Matematik, Teknologi dan Kejuruteraan.

Kerjasama interaktif SMK Kepala Batas dengan Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Jitra selalu AJK Teknikal dan Hakim pertandingan.

Photos from SMK Kepala Batas's post 10/06/2026

Karnival STEM GENERASI MADANI SMK KEPALA BATAS
Tarikh : 20.5.2026 (Rabu)

Pertandingan Sumo Robot yg disertai oleh beberapa sekolah rendah dan sekolah menengah turut menjadi tarikan utama.

Didatangkan khas dari Kolej Komuniti Bandar Darulaman Jitra selaku AJK Teknikal dan Hakim untuk pertandingan Sumo Robot.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang jemputan dari sekolah lain yang hadir.

Tempat ke 5 : SMK Alor Janggus 2
Tempat ke 4 : SMK Alor Janggus 1
Tempat ke 3 : SMK Simpang Kuala
Naib Johan : SMK Hosba 1
Johan : SMK Hosba 2

Kategori bawah 500g

Tempat ke 3 : SK Jalan Pegawai 2
Naib Johan : SK Alor Janggus
Johan : SK Jalan Pegawai 1

Photos from SMK Kepala Batas's post 02/06/2026

Perasmian Peluncuran Karnival STEM GENERASI MADANI SMK Kepala Batas 2026

Special appearance by Expertise Team of Bernoulli's principal : 5 Sina in coming Scientist


02/06/2026

Gimik Peluncuran Karnival STEM GENERASI MADANI SMK Kepala Batas 2026
Tarikh : 20 Mei 2026

KONSEP SAINS UNTUK GIMIK

Bahan Diperlukan
1. Serbuk/Larutan Fenolftalein (boleh didapati di kedai peralatan makmal).
2. Natrium Hidroksida (NaOH) atau Cecair Pembersih Cermin (yang mengandungi ammonia).
3. Botol semburan (spray).
4. Berus atau kapas (untuk menulis).

Langkah-langkah Gimik Perasmian
1. Sediakan Dakwat (Larutan Fenolftalein):Larutkan sedikit serbuk fenolftalein ke dalam air atau alkohol (jika anda membeli serbuk) untuk menghasilkan kepekatan kira-kira 0.5% hingga 1%.
2. Larutan ini akan kelihatan jernih (seperti air biasa).
3. Tulis Mesej Perasmian:Gunakan berus atau kapas untuk menulis mesej, nama majlis, atau bentuk simbolik pada kertas kadbod putih atau kain rentang.
4. Biarkan ia kering. Mesej akan hilang sepenuhnya dan kertas/kain akan kelihatan kosong.
5. Sediakan Cecair Pendedah:Bancuh sedikit Natrium Hidroksida di dalam air (sangat cair) ATAU gunakan terus cecair pembersih cermin yang mengandungi ammonia.
5. Masukkan ke dalam botol semburan.

GIMIK PERASMIAN
1. Semasa acara berlangsung, semburkan cecair pendedah ke atas kertas atau kain rentang tersebut.
2. Mesej perasmian akan serta-merta bertukar menjadi warna merah jambu yang terang dan dramatik.

NOTA KESELAMATAN:
1. Sifat kimia ini adalah asid-bes.
2. Larutan fenolftalein dan ammonia/bes tidak berbahaya jika digunakan dengan berhemah, namun elakkan daripada terkena mata.

NOTA SAINS
1. Eksperimen PENEUTRALAN - Sains Tingkatan 2 (Bab 6 : Asid dan Alkali)
2. Best kan belajar SAINS ☺️


Photos from SMK Kepala Batas's post 01/06/2026

Sempena Karnival STEM Generasi MADANI 2026, pelbagai aktiviti menarik, pertandingan interaktif serta pengisian yang mencetus potensi murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) telah mewarnai persekitaran SMK Kepala Batas pada 20 Mei 2026.

Antara aktiviti yang mendapat perhatian ramai ialah Pertandingan Reka Bentuk & Hiasan Makanan anjuran Panitia RBT yang berlangsung dengan penuh meriah dan kreatif. Pertandingan ini berjaya menarik penyertaan murid yang bukan sahaja berbakat, malah berani mengetengahkan idea-idea unik dan inovatif

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen, kreativiti serta semangat daya saing yang tinggi. Hasil dekorasi dan reka bentuk yang dipersembahkan bukan sahaja menarik perhatian, malah membuktikan bahawa murid-murid mempunyai imaginasi yang hebat serta potensi besar dalam bidang seni reka dan inovasi.

Semoga program seperti ini terus menjadi platform terbaik untuk menyerlahkan bakat, memupuk keyakinan diri serta melahirkan generasi muda yang kreatif, inovatif dan berfikiran futuristik selaras dengan aspirasi Generasi MADANI. βœ¨πŸ‘

Photos from SMK Kepala Batas's post 01/06/2026

Sempena Karnival STEM Generasi MADANI 2026, pelbagai aktiviti menarik, pertandingan interaktif serta pengisian yang mencungkil potensi murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) telah mewarnai persekitaran SMK Kepala Batas pada 20 Mei 2026.

Simulasi jualan menjadi realiti apabila murid-murid kelas 4 Al Farabi dan 4 Ibnu Haitham berjaya mengendalikan Projek Gerai Jualan bagi mata pelajaran Perniagaan dengan penuh komitmen dan kreativiti. Walaupun dalam keadaan hujan rahmat, semangat dan usaha yang ditunjukkan amat membanggakan apabila jualan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang terlibat kerana berjaya menyediakan pelbagai menu jualan yang menarik dan dijual pada harga yang berpatutan. Semoga pengalaman ini menjadi pencetus kepada pembentukan kemahiran keusahawanan, komunikasi dan kerja berpasukan dalam kalangan murid.

Want your school to be the top-listed School/college in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Smk Kepala Batas KM10 Jalan Hutan Kampung
Alor Setar
06200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 17:00