SK Taman Aman

SK Taman Aman

Share

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

SK Taman Aman mula dibina pada September 2011 dan siap sepenuhnya dan diserahkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Kedah pada 9 Ogos 2002. Sesi persekolah pertama bermula 4 Januari 2003 dengan ambilan pertama seramai 435 orang manakala 24 orang guru berugas di bawah pimpinan guru besar yang pertama iaitu Tn Hj Mohamad Rashidi b Said.

26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 2026M | 1447H dari warga SKTA untuk semua.

21/05/2026

Selamat bercuti semua!

Walaupun cuti, jangan lupa untuk mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru jika ada, yang paling penting, jaga solat dan teruskan membaca Iqrak dan Al-Quran di rumah.

Jaga diri tau 😊

Photos from SK Taman Aman's post 21/05/2026

18-20 Mei 2026

KEJOHANAN OLAHRAGA PERINGKAT ZON ALOR JANGGUS 2026

Tahniah buat anak-anak murid yang terlibat dalam kejohanan olahraga peringkat Zon Alor Janggus yang berlangsung di SK Seri Perdana.

Syabas juga diucapkan kepada jurulatih-jurulatih pasukan yang sentiasa komited memberi sepenuh usaha dan tenaga untuk melatih atlet-atlet olahraga SKTA.

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama pihak pentadbir, para waris serta seluruh warga SKTA.

Berikut ialah nama-nama penerima medal di kejohanan tersebut:

*Pingat Emas*
Muhammad Aiman Firas bin Mohamad Firdaus - 100m & 200m

*Pingat Perak*
1. Putri Mellisa Rania Binti Masri - 1000m
2. Muhammad Ariq Fayyad Bin Rosli - Hurdle 80m
3. Kuartert 4x200
(Muhammad Aiman Firas, Faqish Danish, Adam Mustaqim, Muhammad Ariq Fayyad, Wan Rayyan Darwish)

*Pingat Gangsa*
1. Muhammad Faqish Danish Bin Mohd Faizal - Hurdle 80m
2. Niyaz Fakhrullah Bin Mohd Nain - Lontar Peluru

20/05/2026

20.5.2026

الحمد لله ثم الحمدلله،
Tahniah buat anakanda Mikail atas kejayaannya menjadi Johan Hafazan di Mahrajan Al-Quran, Nasyid dan Khat Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Kedah 2026 dan seterusnya menjadi wakil negeri Kedah ke peringkat kebangsaan nanti.

Usaha tanpa jemu pasti membuahkan hasil yang manis. You deserve this! 🥇

Moga terus melakar kecemerlangan, insya Allah.

Terima kasih kepada pihak sekolah atas sokongan dan doa yang tidak pernah putus, terima kasih juga khasnya buat ibu bapa yang sentiasa memberi dorongan dan bimbingan serta guru-guru pembimbing semua. Syabas semua!

Photos from SK Taman Aman's post 18/05/2026

17 Mei 2026

Sambutan Hari Guru Peringkat SKTA

"Guru Bitara, Nadi Negara"

Alhamdulillah, sambutan hari guru berjalan lancar dan meriah.

Terima kasih atas hadiah, ucapan dan ingatan para waris dan anak-anak murid. Semoga segala kebaikan akan kembali semula kepada anda semua.

Tema 2024: Pakaian Antarabangsa
Tema 2025: Prince and Princess
Tema 2026: Putih dan Pink

Tahun depan nak buat tema apa pulak?

18/05/2026

13-16 Mei 2026

Tahniah kepada dua orang murid SKTA iaitu
Nur Qaisara Aufa (5 Elite) dan Nur Alisya Afifah (5 Genius) kerana berjaya mendapat pangkat Sarjan Dan Naib Johan Gajet Peringkat Negeri Kedah, di Pusat Kokurikulum Sg Tiang, Pendang pada 13-16 Mei 2026.

Photos from SK Taman Aman's post 16/05/2026

14-16 Mei 2026

Syabas untuk Muhammad Harith Hilman kerana berjaya mendapat tempat pertama untuk pertandingan Kraf, dan Muhammad Zharif Adzin berjaya mendapat tempat pertama untuk pertandingan C.P.R dalam Perkhemahan Kadet & Muda BSMM Peringkat Negeri Kedah 2026 di Kem Amandara Mandi, Yan.

Kedua-dua murid berjaya mendapat 3 Lencana Kecekapan, 1 button badge, Sijil Penyertaan dan Sijil Pencapaian Johan setiap seorang.

15/05/2026
15/05/2026

16 MEI 2026

SELAMAT HARI GURU

"GURU BITARA, NADI NEGARA"

Want your school to be the top-listed School/college in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Sk Taman Aman, Anak Bukit
Alor Setar
06550

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Sunday 07:30 - 17:00