Ekstrak

Ekstrak

Share

Menyediakan latihan, kursus dan pensijilan kemahiran serta ruang sewaan seminar di Kuala Lumpur.

03/06/2026

Program Manfaat SIP SCA Barista Skills Foundation - Batch 20 ✨


Bukan sekadar belajar buat kopi, tetapi membina keyakinan, kemahiran dan peluang kerjaya. Jom harini kita throwback sedikit testimoni untuk kelas yang lepas 😬


Terima kasih kerana memilih kelas barista kami. ✨


01/06/2026

Ramai nampak secawan kopi yang siap dihidangkan. Tapi di sebalik setiap cawan, ada latihan, pengalaman, kesabaran dan perhatian terhadap setiap detail.

Sebab itu, kopi yang baik bukan sekadar hasil mesin yang mahal. Ia datang daripada tangan dan ilmu orang yang menghasilkannya.

☕ Teori dan realiti memang tak sama. Bila dah berada di belakang bar, barulah faham kenapa profesion barista lebih mencabar daripada yang disangka.

29/05/2026

Ramai orang terlalu fokus pada nombor TDS sampai lupa satu perkara penting — kopi diminum untuk dinikmati, bukan sekadar diukur. ☕️

TDS boleh bantu kita faham extraction dan konsistensi, tapi ia bukan penentu mutlak sedap atau tak sesuatu kopi. Kadang bacaan ‘perfect’, tapi rasa kosong. Kadang bacaan biasa je, tapi cawan tu buat orang nak minum lagi.

Sebab akhirnya, kopi bukan tentang nombor semata-mata.
Ia tentang rasa, pengalaman, dan siapa yang menikmatinya.

25/05/2026

Skill Apa Yang Buat Barista Susah Diganti? ☕️

Ramai orang fikir kerja barista cuma buat kopi. Hakikatnya, barista yang hebat ada kemahiran yang tak mudah diganti oleh mesin atau sesiapa sahaja

Kopi boleh dipelajari, tetapi sikap, pengalaman dan kemahiran berkhidmat kepada pelanggan adalah nilai sebenar yang membezakan seorang barista biasa dengan barista profesional.

💬 Pada pendapat anda, skill mana paling penting untuk seorang barista?

Photos from Ekstrak's post 25/05/2026

☕ Bukan Sekadar Belajar Kopi… Ini Permulaan Kerjaya Baru!

Skill Baru, Peluang Baru 🔥💪🏽

Tahniah diucapkan pada peserta program latihan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Batch lepas yang telah selesai menjalani program pensijilan profesional kemahiran barista bersama MyEKSTRAK.

Program ini dijalankan secara hibrid, di mana para peserta akan diberikan pendedahan dan pengalaman secara ’Hands On’ rutin barista yang baik serta praktikal.

Semoga pengalaman dan perkongsian yang diberikan kepada para peserta memberi manfaat kepada industri kopi di masa akan datang.

Anda berminat?

Berita baik kepada anda yang berkelayakan

Ini adalah tawaran meningkatkan peluang pekerjaan semula sebagai seorang barista yang bertauliah dari Specialty Coffee Association (SCA)

Tawaran ini disediakan kepada anda yang kehilangan pekerjaan dan dicarum oleh majikan semasa tempoh bekerja untuk mengikuti program pekerjaan semula dari PERKESO.

Siapakan yang berkelayakan untuk memohon?

✅ Diberhentikan kerja oleh majikan (Mempunyai surat diberhentikan kerja)
✅Kehilangan kerja disebabkan oleh syarikat ditutup
✅VSS/MSS

Jika anda merupakan individu di dalam kategori di atas, maka anda berpeluang menerima manfaat latihan SIP untuk program pensijilan profesional kemahiran barista dari Specialty Coffee Association.

Tambahan...

Sijil profesional SCA ini diiktiraf dan dicari oleh majikan di seluruh dunia, dan membantu meningkatkan kemahiran barista anda mengikut kehendak pasaran masa kini.

Untuk itu, jika anda ingin menjadi seorang barista yang bertauliah dan bercadang untuk meningkatkan peluang kerjaya di masa hadapan...

Ini adalah pensijilan profesional yang diperlukan oleh anda.

Berminat?

Untuk memohon, sila klik link di bawah untuk isi borang pra pendaftaran yang disediakan sekarang!

https://bit.ly/manfaatsipekstrak
https://bit.ly/manfaatsipekstrak
https://bit.ly/manfaatsipekstrak

p/s: Pendaftaran terbuka kepada yang diberhentikan kerja dan dicarum PERKESO oleh bekas majikan

22/05/2026

[Part 5 - Last Part] Revolusi Menu Kopi

Tren Kopi Mula Berubah!

Permintaan minuman kini sudah mula berubah. Daripada ingin mendapatkan pengalaman rasa, menjadi alat untuk membantu manusia terus berfungsi.

Menu kopi juga tidak terlepas mengenai perkara ini. Kini minuman fungsi pada kopi bukan sekadar tren baru tetapi ia hasil daripada hasil silang budaya masyarakat moden.

Semoga bermanfaat ~

20/05/2026

[Part 4] Revolusi Menu Kopi

Strategi Susunan Menu Kopi

Expectation yang jelas dapat membantu pelanggan menghargai minuman. Menu design bukan sekadar susunan minuman! Ia sebenarnya membentuk cara pelanggan mendapatkan pengalaman melalui jenama kita. Menu mencerminkan identiti sebuah kafe.

Apa yang kita letakkan sebagai kategori utama menunjukkan apa yang kita utamakan :)

Semoga bermanfaat ~

18/05/2026

[Part 3] Revolusi Menu Kopi

Susunan Kategori Menu Kopi!

Menu kopi penting dalam mempromosikan minuman di kafe dan lebih-lebih lagi sekarang terdapat minuman yang membawa elemen tambahan.

Dalam video kali ini, AST Adie berkongsi mengenai susunan kategori dalam menu kopi. Ada 2 pendekatan besar dalam kategori menu kopi tau.

Semoga bermanfaat~

16/05/2026

Selamat Hari Guru ☕

Kepada semua tenaga pengajar, trainer, dan mentor dalam industri kopi —
terima kasih kerana terus berkongsi ilmu, pengalaman, dan membimbing generasi baru barista.

Setiap teknik yang diajar, setiap teguran, dan setiap tunjuk ajar
memberi kesan besar dalam perjalanan seseorang untuk menjadi lebih baik.

15/05/2026

[Part 2] Revolusi Menu Kopi

Minuman pada hari ini bukan sekadar rasa!

Evolusi pada menu dalam industri kopi akan sentiasa berkembang. Kini, dalam menu kopi moden, functional beverage adalah antara menu baru yang akan berkembang.

Perasan tak?

Akan bersambung di Part 3..

Want your school to be the top-listed School/college in Ampang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


C2-1, Block C, Dataran Palma, Jalan Selaman 1
Ampang
68000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00