27/05/2026
Pembahagian Daging Korban
Pembahagian daging korban terbahagi kepada dua jenis, iaitu sembelihan korban wajib (nazar) dan sembelihan sunat
PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN WAJIB ATAU NAZAR
WAJIB semua dagingnya termasuk kulit dan tanduk disedekahkan kepada orang fakir dan miskin, dan haram bagi pihak orang yang berkorban memakan daging korbannya atau memanfaatkan sembelihan itu untuk kepentingan dirinya.
PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN SUNAT
1/3 pihak berkorban dan ahli keluarganya
1/3 fakir dan miskin
1/3 sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran
Tolong kongsikan info ini. Semoga ibadah korban yang kita laksanakan diterima dan diberkati Allah SWT.
Sumber: Garis Panduan Ibadah Korban JAKIM
26/05/2026
Ucapan Hari Raya Aidiladha 2026 / 1447H
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran kita menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M, hari yang mengingatkan kita tentang pengorbanan dan ketaatan Nabi Ibrahim A.S. serta Nabi Ismail A.S. dalam menunaikan perintah Allah SWT.
Semoga setiap ibadah qurban dan haji yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT, serta menjadi sumber keberkahan, kekuatan iman, dan kesatuan umat.
Hari yang penuh barakah ini mengajak kita untuk memperbaharui tekad β berkorban demi kebaikan, berbakti kepada keluarga dan masyarakat, serta meneguhkan semangat taqwa dalam diri.
Taqabbalallahu Minna wa Minkum.
Semoga Allah menerima amalan kita semua dan mengurniakan rahmat serta kesejahteraan kepada seluruh warga Tahfiz Surau Al-Aziziah dan umat Islam di mana jua berada.
26/05/2026
ππππππ ππππππππππ
"Rasulullah tidak keluar pada Hari Raya Eidulfitri sehingga baginda makan terlebih dahulu, dan tidak makan pada Hari Raya Eiduladha sehingga selesai solat sunat hari raya".
- Hadis riwayat Tirmizi -
Ikuti JAIS di saluran WhatsApp untuk lebih info hal ehwal Islam semasa https://whatsapp.com/channel/0029VaVekegJP213apEM9Q1b
26/05/2026
πππππππππ πππππππππ & ππππππ
ππππ
Eidulfitri diraikan dengan kemenangan selepas Ramadan, manakala Eiduladha mengajar erti pengorbanan dan ketaatan.
Semoga kita terus memahami hikmah di sebalik setiap ibadah dan meraikan Syiar Islam dengan penuh kesyukuran.
26/05/2026
MAJLIS ISTIADAT PERLIMAU TAPAK & SENI SERTA MAJLIS ISTIADAT PENYAMPAIAN BENGKUNG PSSGMk DAERAH GOMBAK:
TARIKH : 17 MEI 2026 (AHAD)
MASA : 8.00 PAGI β 12.00 TGHR
LOKASI : SURAU AL-AZIZIAH, Jalan AU 1A/2, Taman Keramat
26/05/2026
Antara syiar Islam yang agung pada hari Aidiladha ialah menghidupkan takbir.
Diriwayatkan oleh Imam al-Hakim:
βBaginda ο·Ί sentiasa bertakbir pada hari Arafah selepas solat subuh dan menghentikan selepas solat asar hari terakhir bagi hari-hari Tasyrik.β
Untuk makluman, terdapat dua jenis waktu takbir yang perlu kita tahu:
πΉ Takbir Mursal (Mutlak):
Bermula dari Maghrib 9 Zulhijah sehingga takbiratul ihram solat sunat Aidiladha. Takbir ini bersifat bebas boleh dilafazkan bila-bila masa dan di mana-mana sahaja (tengah memandu, buat kerja rumah atau berehat) tanpa terikat dengan waktu solat.
πΉ Takbir Muqayyad:
Bermula selepas solat Subuh 9 Zulhijah sehingga selepas solat Asar 13 Zulhijah (takbir selepas setiap solat fardu).
Mari kita sama-sama hidupkan syiar Islam ini dengan memperbanyakkan takbir sepanjang hari Aidiladha dan hari-hari Tasyrik. Semoga ia menjadi bekalan pahala buat kita semua.