09/06/2026
Semua warga SK Ampang di jemput hadir sertai
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK Ampang, Laman Rasmi, School, Jalan Merbau, Kg Melayu Ampang, Ampang.
09/06/2026
Semua warga SK Ampang di jemput hadir sertai
26/05/2026
π Selamat Hari Raya Aidiladha π
Maaf zahir dan batin.
Semoga Hari Raya disambut dengan penuh kegembiraan, kasih sayang dan keberkatan bersama keluarga tercinta.
26/05/2026
16/05/2026
Selamat Hari Guru daripada warga SK Ampang
11/05/2026
perhimpunan Bulanan Kokurikulum - TKRS
turut dihadiri En Mohd Rosmainie Bin Mohd Aspar, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM
10/05/2026
π₯ KEM WIRA GENERASI MADANI TKRS HULU LANGAT 2026 π₯
π Melahirkan generasi muda yang berdisiplin, berani dan berdaya saing melalui semangat kepimpinan serta jati diri yang tinggi.
π
Tarikh: 8 β 10 Mei 2026
π Tempat: SK Lembah Jaya, Ampang
Pelbagai aktiviti menarik menanti peserta seperti:
β
Hafazan & Pengucapan Awam
β
Bantu Mula
β
Orienteering
β
Tali Temali
β
Kraf Perkhemahan
Semoga program ini menjadi medan membentuk ahli TKRS yang cemerlang, berakhlak dan bersemangat waja selaras dengan aspirasi Generasi MADANI. πͺπ
09/05/2026
Majlis perpisahan dan pertukaran salah seorang guru di SK Ampang.
Benarlahβ¦ kata pepatah pergi membawa seribu kenangan, tinggal sejuta memori bersama kami π
Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian daripada cerita kami di sini, seorang guru yang tegas mendidik, prihatin membimbing serta amat dikenali dan disenangi oleh murid-murid serta ibu bapa. Banyak jasa dan bakti dicurahkan sepanjang berkhidmat sebagai Guru Disiplin SK Ampang. βοΈ
Ustazah Norazila Signing Off (2021-2026)
Guru Disiplin SK Ampang
Kini melangkah ke Bahagian Pendidikan Islam, KPM
Unit Perancangan Dasar Pendidikan Islam
09/05/2026
πβ¨ PELANCARAN NILAM, HARI NILAM SELANGOR (HANIS) & KEMPEN GALAKAN MEMBACA β¨π
Warga Sekolah Kebangsaan Ampang telah menjayakan Program NILAM sesi pagi dengan penuh semangat dan keceriaan! π
Program ini bertujuan menyemai budaya membaca dalam kalangan murid serta memupuk minat terhadap ilmu pengetahuan sejak usia muda. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi menggalakkan murid menjadikan membaca sebagai amalan harian. ππ‘
Terima kasih kepada semua guru, murid dan warga sekolah yang memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga budaya membaca terus mekar di SK Ampang demi melahirkan generasi berilmu dan berwawasan. β€οΈ
βMembaca Amalan Muliaβ πβ¨
09/05/2026
ππ₯ KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-53 π₯π
Sekolah Kebangsaan Ampang
π
25 April 2026
π Stadium MPAJ
Tahniah dan syabas kepada semua murid, guru, ibu bapa serta warga SK Ampang yang telah menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-53 dengan penuh semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama. πͺβ¨
Gelanggang menjadi saksi semangat juang, keberanian dan bakat luar biasa para atlet muda SK Ampang. Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi semangat berpasukan, usaha dan pengalaman yang paling berharga. πββοΈπββοΈπ
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan program berjalan lancar dan meriah. Semoga semangat kesukanan ini terus subur dalam diri setiap murid. β€οΈππ
04/05/2026
PELANCARAN NILAM, HARI NILAM SELANGOR (HANIS)
& KEMPEN GALAKAN MEMBACA 2026 TAHAP 1
04 MEI 2026
DEWAN TERTUTUP SK AMPANG
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |