11/06/2026
π MENYEMAI CINTA SOLAT, MEMBINA GENERASI SOLEH DAN SOLEHAH
Pada 3 Jun 2026, Program Jom Jadi Hero Solat telah berlangsung dengan jayanya di bawah bimbingan Muallimah Nasihah dan Muallim Jauhar.
Program ini dirangka khas bagi membantu murid memahami kepentingan solat sebagai tiang agama serta membimbing mereka menguasai tatacara solat yang betul mengikut tuntutan syariat.
Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan dengan penghayatan makna dan kepentingan solat dalam kehidupan seorang Muslim, di samping mempelajari rukun solat, cara berwuduk yang sempurna, bacaan dan doa dalam solat serta pergerakan solat yang betul melalui sesi pembelajaran dan amali yang interaktif.
Program ini turut memberi penekanan kepada pembentukan sikap cintakan solat dan istiqamah dalam melaksanakannya sebagai amalan harian.
Melalui pengisian yang padat dan bermanfaat, para peserta bukan sahaja berjaya meningkatkan kefahaman serta kemahiran dalam ibadah solat, malah didorong untuk menghayati solat sebagai kewajipan yang menjadi asas pembentukan sahsiah dan akhlak mulia.
Diharapkan usaha murni ini dapat melahirkan generasi anak soleh dan solehah yang sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT melalui solat yang sempurna dan berkualiti.
Sekalung penghargaan dirakamkan kepada Muallimah Nasihah dan Muallim Jauhar atas dedikasi serta komitmen dalam membimbing dan mendidik para peserta sepanjang program berlangsung.
09/06/2026
π SUDUT KECIL IMPIAN BESAR: MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG S.U.D.I 2026
Isnin, 8 Jun 2026 - Telah berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan βSatu Rumah Satu Sudut Belajarβ sempena program Sudut Usaha Didik Ilmu (S.U.D.I) 2026 sebagai penghargaan kepada murid-murid yang berjaya menghasilkan sudut pembelajaran yang kreatif, kemas dan kondusif di rumah bagi menyokong budaya pembelajaran berterusan.
Pertandingan yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada murid-murid pelbagai peringkat.
Inisiatif ini bertujuan memupuk amalan belajar secara terancang serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif di rumah.
Para pemenang telah menerima hadiah sebagai tanda penghargaan atas usaha, kreativiti dan komitmen yang ditunjukkan.
Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang dan berharap kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik.
Semoga slogan βSudut Kecil Impian Besar, Dari Rumah Bermula Kejayaanβ terus menjadi pemangkin semangat dalam kalangan warga sekolah.
Senarai Penerima Hadiah π
Tahun 1
1. Naira Sophia Binti Muhammad Firdaus (1 An-Nas)
2. Wan Raafilz Imani Bin Wan Imrul Nazimi (1 An-Nas)
Tahun 2
1. Nur Izzara Sofea Binti Mohd Zahid Israk (2 An-Nasr)
2. Nuh Iman Bin Hasrul (2 Al-Maun)
3. Hasya Aleena Binti Mohd Azan (2 Al-Kauthar)
Tahun 3
1. Shakira Varisha Binti Selamat (3 Al-Adiyat)
2. Nur Muhammad Danish Bin Mohd Yusof (3 Al-Asr)
Tahun 4
1. Aufa Humayrah Binti Muhammad Hazieq (4 Al-Insyirah)
2. Shakila Varisha Binti Selamat (4 Al-Insyirah)
3. Mikael Razin Bin Mohd Redzuan (4 Al-Qadr)
Tahun 5
1. Raisya Binti Mohd Farihan (5 Asy-Syams)
2. Muhammad Aqil Khalish Bin Hasrul (5 Asy-Syams)
3. Nur Maisarah Damia Binti Mohd Yusof (5 Asy-Syams)
Syabas dan tahniah kepada semua pemenang atas kejayaan yang membanggakan.
Semoga terus cemerlang dalam akademik dan sahsiah pada masa akan datang.
09/06/2026
Believe in your potential and never stop improving π€©
09/06/2026
π PENYAMPAIAN PENGHARGAAN MERIT TERBAIK BULANAN APRIL & MEI 2026
Isnin, 8 Jun 2026 - Sekolah Rendah Islam I Musleh (SRIIM) telah mengadakan Majlis Penyampaian Penghargaan Merit Terbaik Bulanan bagi bulan April dan Mei 2026 sebagai penghargaan kepada murid-murid yang telah menunjukkan sahsiah terpuji, disiplin yang cemerlang serta penglibatan aktif dalam aktiviti sekolah sepanjang tempoh tersebut.
Anugerah ini merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Kempen QR Merit SRIIM yang bertujuan menggalakkan amalan nilai murni, memupuk budaya disiplin serta menghargai murid yang sentiasa menunjukkan tingkah laku positif.
Pengiktirafan ini diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dari aspek akademik, sahsiah dan kepimpinan.
π Penerima Anugerah Merit Terbaik Bulan April 2026
1. Najla Zinnirah Binti Mohd Masri (1 Al-Ikhlas)
2. Yafeeq Bin Ahmad Saiful Azizi (1 An-Nas)
3. Fayyadh Bin Shafirul Azriq (3 Al-Ala)
4. Muhammad Ukasyah Bin Muhammad Taufik (3 Al-Asr)
5. Ishaq Syarief Bin Ezzat (4 Al-Qadr)
6. Aisyah Azzahraa Binti Azman (5 Al-Lail)
7. Nur Hayfa Yasmeen Bt Hanaffi (5 Asy-Syams)
8. Nur Ain Binti Fazri Efendi (6 Al-Fajr)
9. Muhammad Rasydan Bin Mohd Rasyuyadi (6 Al-Buruj)
π Penerima Anugerah Merit Terbaik Bulan Mei 2026
1. Tengku Aisy Mateen Bin Tengku Ahmad Dzilkarnaim (1 Al-Ikhlas)
2. Zayd Harithah Bin Mohammad Aiman (1 An-Nas)
3. Qalish Mikhail Bin Mohamad Hanif (3 Al-Adiyat)
4. Abdullah Fayyadh Bin Mohamad Ibrahim (3 Al-Ala)
5. Muhammad Riz Rayqal Bin Badrul Hisyam (3 Al-Asr)
6. Amni Imani Bt Jeraie (4 Al-Insyirah)
7. Wan Hanna Azra Binti Wan Mohd Nazri (4 Al-Qadr)
8. Nur Haafizhah Binti Zairi (5 Al-Lail)
9. Nur Hana Irdina Binti Muhammad Noorhaizad (5 Al-Lail)
Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah atas pencapaian yang membanggakan.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus mengamalkan nilai-nilai murni, menunjukkan disiplin yang tinggi dan menjadi contoh terbaik kepada rakan-rakan.
βSahsiah Cemerlang, Merit Gemilang.β
01/06/2026
DIRGAHAYU TUANKU
Sekolah Rendah Islam I Musleh (SRIIM) merafakkan sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Seluruh warga SRIIM mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan, keberkatan dan kebahagiaan dalam memimpin negara tercinta.
Daulat Tuanku!
Sembah Takzim Daripada,
Sekolah Rendah Islam I Musleh (SRIIM)
01/06/2026
π PEMAKLUMAN PEMENANG PERTANDINGAN βSATU RUMAH SATU SUDUT BELAJARβ 2026 π
π Tahniah dan syabas kepada semua murid yang telah berjaya dinobatkan sebagai pemenang Pertandingan Satu Rumah Satu Sudut Belajar (S.U.D.I) 2026! πβ¨
Usaha, kreativiti dan komitmen yang ditunjukkan dalam menyediakan sudut belajar yang kondusif amat membanggakan π
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang dalam pelajaran dan membina budaya pembelajaran yang positif di rumah ππ‘
π Tahniah juga kepada ibu bapa dan penjaga yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak. π€β€οΈ
π βSudut Kecil Impian Besar, Dari Rumah Bermula Kejayaan!β π
π Sekali lagi, tahniah kepada semua pemenang! Teruskan berusaha dan jadilah inspirasi kepada rakan-rakan yang lain ππ
27/05/2026
π SALAM AIDILADHA 1447H / 2026π
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan & kebahagiaan buat kita semua.
Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan menjadi asbab untuk kita lebih dekat kepada redha Ilahi π€
Ikhlas daripada warga,
Sekolah Rendah Islam I Musleh (SRIIM)
23/05/2026
πΈβ¨ Selamat bercuti kepada semua anak-anak Sekolah Rendah Islam I Musleh (SRIIM) β¨πΈ
Gunakan masa cuti ini dengan perkara yang bermanfaat dan menyeronokkan ππ
ππ Jangan lupa:
π Menjaga solat lima waktu
π Membaca Al-Quran
βοΈ Membuat ulang kaji pelajaran
π‘ Membantu ibu bapa di rumah
π€ Pastikan juga mendapat rehat yang mencukupi dan jangan terlalu leka dengan penggunaan gajet π±β οΈ
Semoga cuti ini memberi manfaat, ketenangan dan semangat baharu untuk kembali ke sekolah nanti β¨ππ₯°
Jaga diri, jaga iman!
23/05/2026
π SRIIM RAIH KEJAYAAN CEMERLANG DI MALACCA YOUTH STEM INNOVATION CARNIVAL 2026
Sekolah Rendah Islam I Musleh (SRIIM) sekali lagi melakar kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih pelbagai pengiktirafan dalam Malacca Youth STEM Innovation Carnival 2026, sebuah pertandingan inovasi peringkat kebangsaan secara bersemuka yang dianjurkan oleh SMKA Sharifah Rodziah pada 13 Mei 2026.
Dalam pertandingan tersebut, pasukan inovasi SRIIM berjaya membawa pulang lima Pingat Emas menerusi projek Wira Kebersihan, Sisa Sakti, Rak Move, Fruitsort EV3 2.0 dan Blue Sentinel.
Lebih membanggakan, dua projek sekolah turut dinobatkan dalam kategori Top 5 Projek Terbaik, iaitu Wira Kebersihan yang meraih tempat keempat serta Sisa Sakti di tempat kelima.
π₯ TOP 5 PROJEK TERBAIK
π Tempat Ke-4 β Wira Kebersihan
1. Muhammad Rasydan (T6)
2. Natrah (T5)
3. Syed Ali (T4)
4. Muhammad Al-Fateh (T6)
5. Izzudin Mishary (T5)
π Tempat Ke-5 β Sisa Sakti
1. Iskandar (T4)
2. Ariq Nadhifi (T5)
3. Anis Syuhada (T6)
4. Hana Irdina (T5)
5. Zahin Aidan (T5)
π₯ PINGAT EMAS
π Wira Kebersihan
1. Muhammad Rasydan (T6)
2. Natrah (T5)
3. Syed Ali (T4)
4. Muhammad Al-Fateh (T6)
5. Izzudin Mishary (T5)
π Sisa Sakti
1. Iskandar (T4)
2. Ariq Nadhifi (T5)
3. Anis Syuhada (T6)
4. Hana Irdina (T5)
5. Zahin Aidan (T5)
π Rak Move
1. Ahmad Akmal (T6)
2. Adam Mikail (T6)
3. Aisyah Azzahra (T5)
4. Zara Sofea (T6)
5. Khalish Rizqi (T6)
π Fruitsort EV3 2.0
1. Nur Ain (T6)
2. Iman Khaleesah (T6)
3. Hayyan (T5)
4. Nik Fathi (T5)
5. Muhammad Anas (T5)
π Blue Sentinel
1. Ariana Nur Sofea (T6)
2. Nurin Amira (T6)
3. Abdullah Zubayr (T6)
4. Ayra Qaleesya (T5)
5. Muhammad Fatih (T4)
Kejayaan ini membuktikan komitmen, kreativiti dan semangat inovasi murid-murid SRIIM dalam bidang STEM, rekacipta dan robotik.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta, guru pembimbing serta ibu bapa atas sokongan dan usaha yang diberikan sepanjang pertandingan berlangsung.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat seluruh warga sekolah untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang.
#2026