Sek. Ren.Islam wardah addin

Sek. Ren.Islam wardah addin

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sek. Ren.Islam wardah addin, Education Website, First & Ground Floor, No. 52 Jalan 3/70, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Bangi.

Photos from Sek. Ren.Islam wardah addin's post 22/05/2026

Alhamdulillah, syukur atas pengiktirafan dan kepercayaan , sebagai wakil Hulu Langat bagi kategori Sekolah Persendirian Terbaik Negeri Selangor.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak PAID HULU LANGAT & JAIS atas segala bimbingan, sokongan serta kerjasama yang tidak putus-putus sepanjang perjalanan ini.

Kami mendoakan rakan-rakan yg lain juga dapat merasa kejayaan ini pada masa akan datang.

Semoga segala usaha ini terus diberkati dan menjadi inspirasi lagi buat kami terus berusaha kedepannya.

“Kejayaan bukan milik individu, tetapi hasil kesepaduan bersama".

Photos from Sek. Ren.Islam wardah addin's post 22/05/2026
Photos from Sek. Ren.Islam wardah addin's post 19/05/2026

🌾✨Sehari di desa, seribu memori tercipta "🌾✨
Bukan sekadar lawatan, tetapi pengalaman menyelami warisan kampung — menanam padi, menggagau ikan, menampi padi, mewarna batik dan mengenali dunia IKS.
Belajar melalui pengalaman, mengenal budaya melalui sentuhan rasa.

Jumpa lagi, di lain aktiviti nanti.

Photos from Sek. Ren.Islam wardah addin's post 13/05/2026

Kelas percubaan Kokurikulum Memanah & Taekwondo Sek. Ren.Islam wardah addin & Tadika Genius Wardah .
Rutin setiap tahun, kita buka sesi percubaan sebelum kelas bermula. Lepas ni meriah la aktiviti Kokurikulum setia Rabu🤗.

"Al 'aqlu al-salim fi al-jismi al-salim"
Akal/minda yang cergas terletak pada tubuh badan yang sihat.

Photos from Sek. Ren.Islam wardah addin's post 13/04/2026

Tahniah kepada semua Pengawas yang telah menerima Watikah Pelantikan.
Semoga amanah yang diberikan ini, digalas sebaiknya serta dapat menjadi contoh terbaik bagi para pelajar yang lain.

"Pemimpin yang hebat lahir daripada akhlak yang mulia dan hati yang ikhlas"

Photos from Sek. Ren.Islam wardah addin's post 10/04/2026

Pergi ke kedai membeli sawi,
Sawi ditumis bersama cili,
Salah dan silap mohon dimaafi,
Kerna kita sahabat kekal abadi.

🤗 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

🥰Ikhlas dari kami : Sri Wardah Addin

Photos from Sek. Ren.Islam wardah addin's post 06/04/2026

Dengan penuh rasa hormat dan setinggi-tinggi penghargaan, pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan Nazir dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atas kesudian mengadakan lawatan penaziran ke sekolah kami.

Segala bimbingan yang diberikan sepanjang sesi penaziran ini akan dijadikan panduan berharga ke arah meningkatkan kecemerlangan sekolah secara menyeluruh.

Semoga jalinan kerjasama ini akan terus diperkukuhkan demi melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan cemerlang di dunia serta akhirat.

20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin 🌙✨

Andai kata tersilap bicara,
Terluka hati tanpa sengaja,
Di hari mulia penuh cahaya,
Ampun dipinta setulus jiwa.

Semoga Syawal membawa kebahagiaan, keberkatan dan mengeratkan silaturrahim antara kita 🤍 - Ikhlas daripada Sri Wardah Addin & Tadika Genius Wardah

Want your school to be the top-listed School/college in Bangi?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


First & Ground Floor, No. 52 Jalan 3/70, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi
Bangi
43650

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00