Coach Ira Aziz

Coach Ira Aziz

Share

Never stop learning

11/05/2026

PERCUMA

🏷️ CGC Developmental Programme ®️

🌐 Keen to explore how ways to manage product listings on TikTok Shop?

Join the CGC Advisory Workshop: Managing Product Listings on TikTok Shop and SEIZE THE OPPORTUNITY to:

✅Understand the fundamentals of e-commerce SEO
✅Master effective keyword discovery and selection strategies
✅Explore techniques to enhance product image visuals

📅 Thursday, 14 May 2026
🕤 10.00 am - 12.00 pm
📍 Online (Zoom Application)

Seats are limited, register and reserve your slot now at:
https://creditguaranteecorporationmalaysia.my.site.com/CGCSurveys/survey/runtimeApp.app?invitationId=0KiOQ000001ksfx&surveyName=aw_registration_form&UUID=2709a830-b12d-41ca-9146-906294108934

📨 For more information about CGC Developmental Programme®️, please email [email protected]

01/05/2026

Komisen Fees Shopee Naik Lagi.
Seller Nak Untung Atau Sekadar Bertahan?


Effective 21 May 2026, Shopee sah naik lagi.
TikTok? Confirm akan follow 😂

Ini silent margin killer kalau korang tak adjust strategy.
Dulu kita boleh survive dengan “cukup-cukup makan”
Sekarang, kalau tak ada sistem, memang lemas.


Platform sentiasa akan naik fees.
Rasanya kita dah boleh predict setiap tahun 2-3 kali.
Yang bahaya, jika kita tak adjust game.


Apa sebenarnya impact dia?

1. Fashion & Lifestyle naik paling ketara
* Dari ~8–11% → jadi ~9–12% (cashback)
* Non-cashback lagi tinggi

Nampak macam +1% je…
Tapi bila volume besar, itu makan ribu-ribu sebulan.


2. FMCG still competitive
* Sebab margin kategori ni memang nipis dari awal, kebanyakkan seller memang sangat disiplin cashflow.


3. Electronics nampak “stable”
* Tapi category ni memang dah high fee dari dulu.


Masalah sebenar bukan komisen naik.
Sebab ni memang luar kawalan kita dari mula.

Masalah sebenar:
* Buang harga
* Tak pernah betul-betul kira margin.


Ramai seller operate macam ni:

* Letak harga ikut competitor
* Join campaign ikut trend
* Bagi voucher ikut emosi
* Tekan iklan ikut hati asalkan “GMV tinggi”.


Last-last?
Sales ada. Profit tak ada.


So sekarang apa kena buat?

1. Recalculate EVERYTHING.

* Harga jual
* Komisen Shopee/ TikTok
* Campaign/Voucher
* Ads
* Affiliate
* STOP bagi Free Gift.

Jangan main agak-agak.
Kira sampai jumpa breakeven point.


2. Stop “Buang Harga”

Platform ambil % dari harga jual.
* Harga rendah = % kecil, tapi profit lagi kecil
* Harga tinggi + positioning betul = masih boleh win.


3. Upgrade Offer, bukan turunkan harga

Orang beli bukan sebab murah semata.
* Kuatkan ilmu “meracun”
* Bundle
* Value stacking

Ini cara maintain conversion tanpa bunuh margin.


4. Ads & Content kena lebih precise

Bila margin makin ketat:
* Iklan tak boleh tembak rawak
* Content tak boleh syok sendiri

Setiap RM1 spend kena ada purpose.



Kalau korang serious nak scale,
ini masa untuk upgrade cara fikir:
* Dari “jual barang”
* Ke “urus profit system”


Jujurlah dengan diri sendiri:

Kalau komisen naik 2% hari ni…
Bisnes korang masih untung, atau terus sesak nafas?


PS: Rasa macam nak bagi kelas PERCUMA cara kira fees, breakeven ROI, gross profit, tax dan WHT tax. Janji tak akan ada upsell. Ada yang nak tak?

Cukup 20 orang komen “NAK” kita on, kelas online.
Kalau tak ada yang nak, saya focus prep haji ja.


16/04/2026

Siapa nak kelas bimbingan TikTok Shop offline 3H2M, plus coaching 1-1 for 3 bulan dgn saya? Dibiayai oleh agensi.
Link kat komen!

Photos from Coach Ira Aziz's post 07/04/2026

RM800 FREE + 0% Commission.
Tapi Ramai TikTok Seller Still Tak Dapat. Kenapa?


Sebelum tu, nak cerita sikit.
Ramai ja yang tanya, Coach handle account besar ja ka?
Kalau yang baru nak start ni tak layak ka?


Bukan macam tu sayang.


Ini cara saya pilih (Pilih pun ada SOP k gais, nampak sangat nerd nya)
1. Kalau u ada team buat content, yes kita boleh jalan together.
2. Saya bukan magician, sentuh account terus sales melonjak.
3. It's a 2-way game, i guide, you execute. If you can commit, yes, kedai baru pun let's break a leg.
4. Yes i m still selective, sebab macam saya cakap dalam posting lepas, you will ge ME directly, not my team.
5. Maybe takda la saya layan 24/7, tapi kalau soalan technical saya cuba jawab dengan laju bila ada ruang. Soalan takda kaitan, saya tetap ignore. I m still the introvert me 🤣
6. It's not about who pay more, but lebih kepada commitment.
7. Of course it is chargeable, tapi still within reach & affordable.


OK coming back to this new account.
Ni product baru, account baru, bukan ready stock.
Client bukan TikToker, artis or any other platform influencer.


Hari ini genap 7 hari bermula.
Cabaran utama, setiap hari max boleh keluar 30 unit.
Ada hari dapat produce 10 unit ja.
Banyak constraint production at this stage.
Sebab client memang baru mula dan buat sendiri.
But in shaAllah we are planning for something bigger dalam 1-2 minggu ni.


At this stage, organic positioning matters.
IKLAN tak penting langsung.
Livestream tak start lagi, sebab LH nya tak ada 😅
Dan stock pun tak dak.


Sekarang yang penting, macam mana nak tweak 0% commission tu se maksima mungkin?
And macam mana nak dapat kan voucher2 ni dari TikTok?
And kena pastikan video keluar tak setiap hari.


Maybe ada suara akan cakap, semua orang tahu lah pasal Seller Mission.
Tapi "semua orang" tu ambil cakna tak untuk execute?
"Semua orang" tu buat dan dapat tak voucher?
Bila tarikh mission, apa kena buat?
Tak tekan start, tak dapat tau.
Tak tekan claim, pun tak dapat tau.
Bukan auto.
Ini reward orang yang ambil tindakan, bukan yang sekadar tahu.


And maybe ada cakap, bayar service lagi mahal dari dapat RM800 tu.
Hmmmm.
Awak ambil service dengan harapan untuk dapat voucher atau nak scale up and grow your TikTok business?


Tapi soalan sebenar:
- Siapa guide pricing structure?
- Siapa ensure margin cukup untuk affiliate + ads?
- Siapa nampak loophole sebelum rugi?


Product yang exactly sama ni, di Shopee, orang jual 3 kali lagi murah dari client saya.
Saya yang advice tentang harga jual.
Kami jual mahal, yes.
Semua tier pricing saya advice untuk make sure tak ada loophole.
So tak ralat lah kalau affiliate nak bagi 20% + ads jalan 20% lagi.
Tetap untung.
Bukan magic. But structure + strategy.


Sekarang saya nak tanya korang:
Product bukan necessity.
Brand baru.
Tak ada live.
Tak ada ads.
Senang ka nak dapat sales and sold out setiap hari?


Saya tak pernah tabur janji result kat mana-mana client,
Saya hanya cakap kita cuba bersama-sama.
Rezeki Allah yang bagi, bukannya saya atau TikTok yang tentukan.


Dan akhirnya, semua balik pada point no.3:
Saya advice. You execute.

Kalau nak hasil luar biasa, tak boleh buat biasa-biasa.

05/04/2026

PERAK.
First time seumur hidup buat kelas di Perak.


Jujur, saya tak expect.
Tapi bila tengok turnout.
MasyaAllah. 100+ usahawan hadir.

Semua sporting.
Semua fokus.
Usahawan di Perak bukan biasa-biasa.
Dan Alhamdulillah, SEMUA stay sampai habis.


Sebelum ni memanglah pernah turun Perak untuk coaching, site visit clients.

Tapi kelas?
Ini memang first time.
Dan energy dia lain macam.


InshaAllah, ini bukan yang terakhir.
Boleh repeat Perak lagi inshaAllah.

03/04/2026

PERCUMA. SABTU INI. DI IPOH, PERAK.

🔓*JEMPUTAN PENYERTAAN MASTERCLASS TRAINING (MOFA)*
*TEKNIK MENINGKATKAN TARIKAN PRODUK UNTUK PASARAN ONLINE ANJURAN INSKEN*

🚨 PENYERTAAN PERCUMA 🚨
*Kit Seminar, T-Shirt INSKEN, Sijil Penyertaan dan makan tengahari disediakan!! (Terhad kepada 100 peserta sahaja)*

Produk anda berkualiti tetapi kurang mendapat perhatian di platform online?
Program ini membantu usahawan memahami cara menjadikan produk lebih menarik dan meningkatkan keyakinan pelanggan untuk membeli secara online.

📅 4 April 2026 (Sabtu)
⏰ 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Perak
💰 Yuran Penyertaan: PERCUMA

📚 Fokus Program:
• Teknik menjadikan produk lebih menarik di platform online
• Cara meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap produk
• Kesilapan lazim yang menjejaskan jualan online

‼️ Tempat TERHAD ‼️
👉 Daftar sekarang:
https://myinsken.com/public/MOFA26_1528

Kongsikan juga kepada rakan usahawan lain.

𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍!


30/03/2026

KHAMIS INI - KELAS FIZIKAL TIKTOK PERCUMA

🏷️ CGC Developmental Programme®️

🌐 Adakah anda seorang usahawan yang ingin meningkatkan jualan melalui TikTok, tetapi tidak pasti bagaimana untuk mula atau strategi apa yang perlu digunakan?

Usahawan di Lembah Klang dijemput untuk menyertai Program TikTok untuk Ekosistem Perniagaan, dibawakan khas oleh Akses Pasaran Baharu, di bawah inisiatif CGC Developmental Programme®️.

🔍 Sorotan Bengkel:
✅Memahami jenis konten yang mampu menarik trafik
✅Mempelajari strategi untuk membina kepercayaan pelanggan
✅Menguasai teknik menghasilkan konten yang mempengaruhi keputusan pembelian pelanggan
✅Mengetahui cara memaksimumkan capaian (reach) dan jualan dengan menggunakan trend terkini.

Maklumat Bengkel:
📅 Khamis, 2 April 2026
🕤 9.00 pagi - 5.00 petang
📍Tingkat 7 Bangunan CGC, Kelana Jaya

Penyertaan adalah terhad kepada 30 usahawan dan keutamaan diberikan kepada yang mempunyai produk sendiri dan pemohon yang berjaya akan dihubungi.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar sekarang di:
👇🏻👇🏻👇🏻
https://bit.ly/TikTok_2Apr2026Trainer

Untuk maklumat lanjut, sila e-mel ke [email protected]

04/12/2025

Kelas AI Image PERCUMA Anjuran CGC

📅 Khamis, 4 Disember 2025
🕤 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
📍 Dalam Talian (Aplikasi Zoom)

Penyertaan adalah terhad, daftar sekarang di:
https://www.surveymonkey.com/r/RegistrationAW3825Prtnr

Link kelas akan diberikan dalam email ya.

Boleh check spam/junk folder jika tiada.

Jumpa jam 10am nanti.

28/11/2025

Live nak monitor apa? Nak produce report apa?

Honestly bergantung kepada masa yang ada

LH ada masa nak buat report tak?
Kalau ada, buat lah report macam mana pun.
Nak lukis, letak screenshot pun boleh.

LH tak ada masa?
Key in je dalam excel setiap kali lepas sesi.

Boss ada masa nak baca tak?
Kalau ada, ikutlah selera boss nak report ke, graph ke table ke.

Boss tak ada masa nak baca details?
Tengok je la GMV per hour.
Dan tgk je la CPO dan ROI ads setiap hari (atau setiap minggu, atau setiap bulan 🤣)
Cukup.

Nak template monitoring?
Nah, FREE je. Ni je metrics yang penting.
Key in dalam Excel masing2.
Ambil masa kurang 1min nak key in jika SOP kan step ni kepada LH.

Kalau nak reduce kan metrics pun boleh, ikut kefahaman masing2.
TAPI make sure, by end of the month, buat analysis.
Data ni semua tak ada makna jika sekadar compile sahaja.
Semua ni penting untuk make any business decision.

Faham?

13/11/2025

Penuh pancaroba kelas hari ini, sebab the internet fails on me.

Ni semua sebab live dari hotel.
Disebabkan hari ini ada 2 program serentak.

Alhamdulillah, dah lama tak dapat kelas percuma tak seramai ni.
Peak clocked at 133 participants.

Praise to Allah that all went well despite the internet hiccups.

Want your school to be the top-listed School/college in Bangi?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Bangi
43000