Institut Alam & Tamadun Melayu ATMA UKM

Institut Alam & Tamadun Melayu ATMA UKM

Share

ATMA menawarkan program pengajian pascasiswazah:Sarjana Persuratan & PhD dalam bidang Bahasa, Falsafah, Arkeologi dan Sains & Teknologi Alam Melayu

Photos from Institut Alam & Tamadun Melayu ATMA UKM's post 13/05/2026

[Sorotan Aktiviti]

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM telah menjayakan pameran berkaitan projek penyelidikan tentang busana alam Melayu yang mengetengahkan keindahan seni kelingkam sempena Minggu Kebudayaan dan Festival Antarabangsa 2026 anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (PMFEP), UKM.

Pameran ini diketuai oleh Gs. Dr. Muhamad Solehin Fitry bin Rosley, Felo Penyelidik ATMA yang turut menyampaikan ucaptama dan merasmikan program berkenaan. Penganjuran ini menjadi wadah penting dalam memperkenalkan warisan tekstil dan busana tradisional alam Melayu kepada warga kampus serta masyarakat pelbagai budaya.

Melalui pameran ini, pengunjung berpeluang mengenali kehalusan seni kelingkam yang sarat dengan nilai estetika, identiti budaya dan warisan turun-temurun masyarakat Melayu.

πŸ“… 12 – 13 Mei 2026 (Selasa & Rabu)
πŸ“ Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM

Semoga usaha pemerkasaan warisan budaya seperti ini terus menyemarakkan apresiasi generasi muda terhadap khazanah seni dan budaya alam Melayu.

12/05/2026

π‘»π’‚π’‰π’π’Šπ’‚π’‰!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan, Profesor Emeritus Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia atas pelantikan semula sebagai Ahli Dewan Negara bagi tempoh 20 Mac 2026 hingga 19 Mac 2029.

Pelantikan semula ini merupakan pengiktirafan terhadap kewibawaan, kepakaran serta sumbangan berterusan beliau dalam bidang bahasa, pendidikan, kebudayaan dan pembangunan pemikiran. Ketokohan beliau sebagai ilmuwan bahasa dan tokoh akademik negara terus menjadi inspirasi dalam memperkasa martabat bahasa Melayu dan tamadun bangsa di persada dunia.

Semoga amanah yang diberikan ini dapat terus dilaksanakan dengan cemerlang demi kemajuan negara, pembangunan ilmu dan kesejahteraan masyarakat.

Ikhlas daripada
Seluruh warga Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia

12/05/2026

JEMPUTAN MENYERTAI SESI PERKONGSIAN GERAN BRITISH COUNCIL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Ulung / Datuk / Dato’ / Datin / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan,

Pusat IDEA UKM menerusi Kluster Warisan dan Masyarakat Madani sukacitanya menjemput YBhg. Prof. Ulung / Datuk / Dato’ / Datin / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan ke Sesi Perkongsian Geran British Council bagi mendapatkan perkongsian pengalaman, panduan permohonan serta tips daripada penerima geran sendiri.

Sesi ini akan menampilkan:

πŸŽ™ Moderator
Prof. Dr. Salasiah Hanin Hamjah
Peneraju Kluster Penyelidikan
Warisan dan Masyarakat Madani
Pusat IDEA UKM

🎀 Panel
Gs. Dr. Muhammad Solehin Fitry Rosley
Penerima Geran British Council 2024 & 2025
ATMA UKM

πŸ“… 18 Mei 2026 (Isnin)
⏰ 3.00 petang – 4.00 petang
πŸ’» Platform: Zoom

πŸ”— Daftar awal di sini: https://forms.gle/qWTsTPCi5Tw2kEKPA

Pautan Zoom akan diberikan selepas pra-pendaftaran berjaya dilakukan.

Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui strategi permohonan geran antarabangsa dan memperluas potensi kolaborasi penyelidikan anda. ✨

12/05/2026

JOM TEROKAI DUNIA DI FEP! 🌏✨

Guys, korang dah sedia nak pusing dunia dalam masa dua hari? Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (PMFEP) membawakan khas untuk korang:
🎭 MINGGU KEBUDAYAAN Γ— FESTIVAL ANTARABANGSA 2026 🎭
Ada macam-macam seni, budaya, dan pengisian menarik menanti korang. Tak perlu pasport, datang je FEP!

πŸ“… Tarikh: 12 – 13 Mei 2026 (Selasa & Rabu)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Lokasi: Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Jangan lepaskan peluang ni. Jumpa korang kat sana! πŸ”₯

11/05/2026

π‘·π’‚π’π’ˆπ’ˆπ’Šπ’π’‚π’ 𝑲𝒆𝒓𝒕𝒂𝒔 𝑲𝒆𝒓𝒋𝒂 𝑨𝑺𝑩𝑨𝑴-𝑿

Seminar Antarabangsa Arkeologi, Sejarah & Budaya di Alam Melayu Ke-10 (ASBAM-X).

Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (IAAM), Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan Melaka World Heritage dengan kerjasama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Universitas Hasanuddin (UNHAS), Makassar, Masyarakat Pernaskahan Nusantara dan sokongan Jabatan Warisan Negara menjemput para penyelidik, ahli akademik, sarjana, pelajar siswazah serta penggiat warisan untuk menyertai ASBAM-X yang akan berlangsung seperti berikut:

πŸ—“ 27–28 Ogos 2026
πŸ“ Hotel Dusit Princess, Melaka

Dengan tema β€œArkeologi, Sejarah dan Budaya Alam Melayu Memperkukuh Jati Diri”, seminar ini bertujuan menjadi wadah ilmiah bagi perbincangan, perkongsian dapatan penyelidikan serta wacana kritis berkaitan pemahaman masa lalu dan cabaran semasa Alam Melayu.

πŸ—“ Tarikh penting:
πŸ”Έ Serahan abstrak: 26 Jun 2026
πŸ”Έ Kertas kerja penuh & bayaran: 26 Julai 2026
πŸ“Œ Tempat adalah terhad

Daftar sekarang melalui pautan:
πŸ‘‰ https://tinyurl.com/daftarasbam10
πŸ“§ Sebarang pertanyaan: [email protected]

07/05/2026

π‘»π’‚π’‰π’π’Šπ’‚π’‰!

Tahniah atas Kenaikan Pangkat Profesor Gred Khas C (VK7)

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Prof. Dr. Chong Shin, Felo Penyelidik Kanan ATMA, atas kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7) dalam bidang kepakaran Dialektologi dan Sosiolonguistik, berkuat kuasa mulai 15 April 2026.

Pengiktirafan ini merupakan penghargaan terhadap sumbangan dan komitmen beliau dalam bidang penyelidikan, pengembangan ilmu serta pemerkasaan kajian bahasa dan tamadun Melayu di peringkat nasional dan antarabangsa.

Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada warga akademia dan memperkukuh kecemerlangan penyelidikan ATMA serta UKM di persada ilmu.

07/05/2026

π‘»π’‚π’‰π’π’Šπ’‚π’‰!

Tahniah atas Kenaikan Pangkat Profesor Gred Khas C (VK7)

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Prof. Dr. Asyaari Muhamad, Pengarah ATMA, atas kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7) dalam bidang kepakaran Arkeologi Sejarah, berkuat kuasa mulai 15 April 2026.

Pengiktirafan ini merupakan penghargaan terhadap sumbangan, kepakaran dan komitmen beliau dalam bidang penyelidikan, pengajaran serta pembangunan ilmu berkaitan arkeologi dan tamadun Melayu di peringkat nasional dan antarabangsa.

Semoga pencapaian ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik, pengukuhan budaya penyelidikan serta pemerkasaan agenda ilmu dan warisan bangsa selaras dengan aspirasi universiti.

Photos from Institut Alam & Tamadun Melayu ATMA UKM's post 07/05/2026

[sorotan Aktivti]

Kerjasama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) dengan Kedai Oleh-Oleh UKM dibawah UKM Dagang Sdn. Bhd.

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) yang berperanan membekalkan produk cenderamata berteraskan warisan alam Melayu serta elemen seni dan budaya tempatan di Kedai Oleh-Oleh UKM.

Kolaborasi ini mencerminkan usaha bersepadu dalam memartabatkan nilai tradisi dan identiti kebangsaan, di samping mengolahnya dalam pendekatan yang lebih kontemporari agar selari dengan kehendak dan citarasa semasa.

Busana korporat rasmi UKM ini digayakan bersama rekaan tudung eksklusif daripada Ts. Dr. Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Ketua Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu, Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA), menampilkan sentuhan motif kerawang bunga-bungaan daripada seni ragam hias manuskrip Melayu. Rekaan ini mengangkat warisan ragam hias Melayu dalam gaya profesional, moden dan elegan.

Tarikh : 7 Mei 2026
Tempat : Dataran Canselori

Photos from Institut Alam & Tamadun Melayu ATMA UKM's post 07/05/2026

Seputar Seminar Gastronomi Kebangsaan kali ketiga (SEGEMUK III) 2026

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia telah menjayakan penganjuran Seminar Gastronomi Kebangsaan Kali Ketiga (SEGEMUK III) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC) dengan tema β€œJuadah Asli VS Lakuran”.

Seminar sehari ini menghimpunkan lebih 30 pembentang dari dalam dan luar negara yang terdiri daripada ahli akademik, penyelidik, pelajar dan penggiat industri gastronomi. Penganjuran SEGEMUK III menjadi platform dalam memperkukuh jaringan penyelidikan, memperluas wacana ilmiah serta mengangkat martabat makanan warisan dalam konteks alam Melayu dan globalisasi budaya makanan masa kini.

Penganjuran SEGEMUK mencerminkan komitmen berterusan ATMA dalam memperkasa penyelidikan multidisiplin serta memelihara khazanah gastronomi warisan sebagai sebahagian daripada identiti dan warisan bangsa.

Want your school to be the top-listed School/college in Bangi?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Universiti Kebangsaan
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00