11/06/2026
Tahniah dan syabas kepada Prof. Dr. Jamia Azdina Jamal, Pengarah Pusat IDEA UKM, atas lantikan sebagai Ahli UNESCO Global Task Force of Experts 2026–2027 bagi Traditional Pharmacopoeia in the Context of Sport Values, Ethics and Integrity.
Semoga amanah dan pengiktirafan di peringkat global ini terus memperkukuh kecemerlangan serta mengharumkan nama UKM di persada antarabangsa.
Tahniah dan selamat maju jaya!
11/06/2026
TAHNIAH DAN SYABAS
Tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Jamia Azdina Jamal, Puan Nur’Alia Nazihah Mahadzir atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus mencipta kecemerlangan dan inspirasi kepada seluruh warga Pusat IDEA UKM.
04/06/2026
/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU Analitik Teks, dan KPU Keselamatan Siber dan Governans) Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) UKM dengan kerjasama Pusat IDEA UKM akan menganjurkan program sesi perkongsian ilmu “Forthcoming Research On Wireless And Quantum Networking Talk” seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 10 Jun 2026 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Anjung Digital, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) UKM
Panel Jemputan
YBhg. Prof. Dr. Yuto Lim
-Profesor
Graduate School of Advanced Science and Technology
Japan Advanced Institute of Science and Technology
Sesi ini bertujuan untuk membincangkan perkembangan terkini penyelidikan dalam bidang rangkaian tanpa wayar dan rangkaian kuantum, di samping meneroka peluang kolaborasi penyelidikan, perkongsian kepakaran serta pembangunan projek strategik antara penyelidik dan pihak berkepentingan yang berkaitan. Sesi ini turut menyediakan platform kepada peserta untuk mendalami perkembangan teknologi komunikasi generasi baharu, termasuk teknologi 6G dan Internet Kuantum, serta memahami hala tuju penyelidikan yang berpotensi mencorakkan ekosistem digital dan rangkaian komunikasi masa hadapan.
Penyertaan YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan amat dialu-alukan dan mohon untuk dikongsikan bersama ahli KPU masing-masing.
Pautan pendaftaran:
https://docs.google.com/forms/d/1zNFrI4pxeGx6Clt-h8ZSoHi9La6Ao5CLTf4hfwa5qKA/viewform
Salam hormat.
Terima kasih.
03/06/2026
⏰ TARIKH PERMOHONAN DILANJUTKAN!
Pusat IDEA UKM mempelawa warga penyelidik UKM untuk mengemukakan permohonan Gegar Gamat Pemacu Perubahan (GGPP) Fasa 1/2026.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pengiktirafan bagi projek penyelidikan berimpak yang telah memberi manfaat kepada masyarakat, industri, negara dan komuniti antarabangsa.
📅 Tarikh akhir permohonan baharu: 5 Jun 2026 (Jumaat)
📧 E-mel permohonan: [email protected]
📝 Klinik Persediaan Penilaian: 8 Jun 2026 (Isnin)
Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran klinik persediaan serta borang permohonan dan garis panduan.
01/06/2026
Dirgahayu Tuanku.
Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan setulus doa ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Semoga KDYMM Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, kebahagiaan serta dilimpahi rahmat dan keberkatan dalam meneruskan pemerintahan negara dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.
Sembah takzim daripada
Warga Pusat IDEA UKM
31/05/2026
Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih
Pusat IDEA UKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Dr. Zulkefly Abdul Karim atas segala sumbangan, komitmen dan kepimpinan yang telah dicurahkan sepanjang menerajui Kluster Penyelidikan Transformasi Sosial dan Ekonomi (TSE), Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dedikasi serta pandangan strategik yang diberikan telah menyumbang kepada pengukuhan agenda penyelidikan, pemerkasaan jaringan kolaborasi dan pencapaian pelbagai inisiatif berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada universiti, masyarakat dan negara.
Semoga segala jasa dan bakti yang dicurahkan menjadi legasi yang terus dikenang serta inspirasi kepada seluruh warga penyelidikan UKM.
Terima kasih atas segala khidmat bakti dan sumbangan yang amat bermakna.
31/05/2026
Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua yang meraikannya.
Semoga sambutan Hari Wesak menjadi medan untuk memperkukuh nilai kedamaian, kasih sayang, toleransi dan saling menghormati dalam kehidupan bermasyarakat.
26/05/2026
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H ✨
Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan yang dihayati dalam Aidiladha ini terus menyuburkan nilai kasih sayang, kesyukuran serta memperkukuh ukhwah sesama insan.
Ikhlas daripada,
Warga IDEA UKM
22/05/2026
Podcast Cetusan IDEA Siri 2 Episod 3 menampilkan Prof. Madya Dr. Muhammad Hakimi Mohd Shafiai, Ketua KPU Ekonomi Halal dan Encik Mohd Faizal Bin Sa’aidin, Pengurus Besar UKM UNIPEQ sebagai panel jemputan.
Episod ini dikendalikan oleh Prof. Dr. Zulkefly Abdul Karim, Peneraju Kluster Penyelidikan Transformasi Sosial dan Ekonomi UKM selaku moderator.
Perbincangan memfokuskan kepada peranan ekonomi halal dalam menjana pembangunan ekonomi yang seimbang melalui penciptaan kekayaan, pengagihan ekonomi yang adil serta pengukuhan ekosistem halal negara.
Ikuti kupasan menarik mengenai potensi ekonomi halal sebagai pemacu pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan masyarakat.
[EPISOD 03] CETUSAN IDEA SIRI 2: EKONOMI HALAL – ANTARA PENCIPTAAN KEKAYAAN & PENGAGIHAN KEKAYAAN
Podcast Cetusan IDEA Siri 2 Episod 3 menampilkan Prof. Madya Dr. Muhammad Hakimi Mohd Shafiai, Ketua KPU Ekonomi Halal dan Encik Mohd Faizal Bin Sa’aidin, Pe...
21/05/2026
Syabas dan Tahniah kepada Ts. Dr. Ahmad Firdhaus Arham atas pelantikan sebagai Pengetua Kolej Keris Mas UKM berkuat kuasa 21 Mei 2026.
Ikhlas,
IDEA UKM