12/06/2026
π΅ DILARANG BERMAIN HANDPHONE ATAU LIVESTREAM SEMASA DI DALAM BILIK DARJAH!
Bilik darjah ialah tempat untuk belajar, berfikir dan membina masa depan.
Apabila murid sibuk bermain telefon atau membuat siaran langsung semasa sesi pembelajaran berlangsung, tumpuan terhadap pelajaran akan terganggu dan suasana kelas menjadi tidak kondusif.
Lebih membimbangkan, tindakan merakam atau menyiarkan kandungan di dalam bilik darjah tanpa kebenaran boleh menjejaskan privasi guru, murid serta warga sekolah.
π Hormati guru.
π Hormati rakan-rakan.
π Hormati proses pembelajaran.
Teknologi adalah alat yang baik apabila digunakan dengan betul. Namun, setiap perkara ada masa dan tempatnya.
Ketika berada di dalam kelas, fokuslah kepada ilmu yang sedang disampaikan. Peluang untuk belajar tidak akan berulang dengan cara yang sama.
π Datang ke sekolah untuk belajar, bukan untuk mengejar tontonan atau jumlah pengikut.
10/06/2026
βοΈ NEWS FLASH | LAWATAN INDUSTRI PELATIH KURSUS PENYELENGGARAAN PESAWAT METEOR ACADEMY KE KarbonMRO,SUBANG βοΈ
π
10 Jun 2026
Pelatih Kursus Penyelenggaraan Pesawat METEOR Academy telah berpeluang mengadakan lawatan industri ke sebuah syarikat KarbonMRO di Subang yang terlibat secara langsung dalam aktiviti penyelenggaraan dan pembaikan pesawat.
Sepanjang lawatan ini, para pelatih didedahkan kepada proses sebenar penyelenggaraan pesawat, amalan keselamatan industri penerbangan, penggunaan peralatan khusus serta prosedur kerja yang diamalkan oleh tenaga kerja profesional dalam industri aeroangkasa.
π― Impak dan Manfaat Lawatan
β
Memberi pendedahan secara langsung kepada persekitaran kerja sebenar industri penyelenggaraan pesawat.
β
Meningkatkan pemahaman pelatih terhadap teori yang dipelajari melalui aplikasi praktikal di lapangan.
β
Memperkukuhkan kemahiran teknikal serta kesedaran mengenai aspek keselamatan dan kualiti dalam industri penerbangan.
β
Meningkatkan motivasi dan keyakinan pelatih untuk membina kerjaya dalam bidang aeroangkasa.
β
Membuka peluang jaringan industri dan meningkatkan kebolehpasaran graduan pada masa hadapan.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan METEOR Academy dalam memastikan pelatih mendapat pengalaman pembelajaran yang holistik, relevan dengan keperluan industri serta selaras dengan perkembangan teknologi semasa.
Terima kasih kepada pihak syarikat MRO atas kesudian menerima kunjungan dan berkongsi ilmu serta pengalaman yang amat berharga kepada para pelatih.
βοΈπ οΈπ«
09/06/2026
Berita Terkini
Pada pagi ini, Kumpulan METEOR telah mengadakan Sesi Bersama Teraju Baharu, En. Farid Wajidi Mat Yusoff, yang disiarkan secara langsung menerusi YouTube Live.
Dianjurkan oleh Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Pentadbiran Kumpulan, sesi tersebut memberi peluang kepada seluruh warga Kumpulan METEOR untuk mengenali pemimpin baharu organisasi serta mendengar aspirasi dan hala tuju beliau.
Dalam ucapan sulungnya, En. Farid merakamkan penghargaan kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datoβ Naharudin Ali, atas kepimpinan dan sumbangan beliau dalam memacu pelbagai transformasi positif. Beliau turut menyatakan komitmennya untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dibina dan membawa Kumpulan METEOR ke tahap yang lebih tinggi.
Beliau turut mengingatkan bahawa persaingan dan perubahan perlu dilihat sebagai peluang untuk terus berkembang, bukannya halangan.
βKita harus menerima segala saingan dan cabaran dengan hati terbuka,β ujar beliau.
Dengan semangat kerjasama, inovasi, dan kesediaan untuk berevolusi, beliau berharap seluruh warga Kumpulan METEOR dapat berganding bahu dalam memperkukuh organisasi agar terus relevan, berdaya saing, dan mencapai kejayaan yang lebih gemilang.
Terima kasih atas amanat dan suntikan semangat, En. Farid. Semoga seluruh warga Kumpulan METEOR terus berganding bahu, berinovasi, dan melakar kejayaan yang lebih gemilang bersama-sama!
β Komunikasi Strategik Kumpulan
05/06/2026
PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA: TIGA LALUAN, SATU MATLAMAT
Tahukah anda, terdapat tiga (3) kaedah utama untuk mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut latar belakang, pengalaman dan keperluan individu?
π Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB)
Kaedah latihan yang dijalankan di Pusat Bertauliah sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa.
π― Kumpulan Sasaran:
β’ Lepasan sekolah
π Syarat Kelayakan:
Program Penuh
β’ Tiada had umur
β’ Boleh membaca dan menulis (BM atau BI)
Program Modular
β’ Berumur 18 tahun ke atas
β’ Boleh membaca dan menulis (BM atau BI)
π Akademi Dalam Industri (ADI)
Kaedah latihan yang menggabungkan pembelajaran di industri dan pusat latihan.
πΉ 70% latihan di syarikat
πΉ 30% latihan di pusat latihan
π― Kumpulan Sasaran:
β’ Lepasan sekolah
β’ Pekerja
π Syarat Kelayakan:
β’ Berumur 16 tahun ke atas
β’ Boleh membaca dan menulis (BM atau BI)
π Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)
Kaedah persijilan berdasarkan pengalaman kerja dan kompetensi yang telah dimiliki.
πΉ Penilaian melalui portfolio atau amali
π― Kumpulan Sasaran:
β’ Pekerja yang berpengalaman
π Syarat Kelayakan:
β’ Memenuhi syarat tempoh pengalaman bekerja
π‘ Setiap individu mempunyai laluan yang berbeza, namun matlamatnya tetap sama iaitu memperoleh pengiktirafan kemahiran yang diiktiraf secara rasmi.
π Berbeza laluan, sama matlamat β Pengiktirafan Kemahiran Malaysia.
04/06/2026
TVET kini pilihan utama lepasan SPM, bukan lagi pelan kedua
SHAH ALAM β Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini semakin mendapat tempat dalam kalangan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...
03/06/2026
Today, we warmly welcome En. Farid Wajidi Mat Yusoff as the new GCEO of METEOR Group.
With more than 3 decades of experience spanning corporate leadership, governance, strategic planning, and stakeholder management across both the public and private sectors, En. Farid brings a wealth of expertise and a strong vision for the future. His distinguished career reflects a deep commitment to organisational growth, innovation, and excellence.
As METEOR Group continues to expand its impact in education and lifelong learning, we look forward to embarking on this exciting new chapter under his leadership. We are confident that his experience, insight, and passion for accessible education will help drive the Group to even greater heights.
Welcome aboard, En. Farid! We are excited for the journey ahead.
β Group Strategic Communication
03/06/2026
π Tingkatkan Nilai Pengalaman Kerja Anda Bersama PPA-PPT METEOR Academy
Sudah mempunyai pengalaman kerja dalam bidang anda?
Kini anda berpeluang mendapatkan pengiktirafan kemahiran secara rasmi melalui program PPA-PPT.
β
Penilaian berdasarkan pengalaman kerja
β
Sesuai untuk golongan bekerja
β
Tidak perlu bermula dari peringkat asas
β
Peluang mendapatkan Sijil Kemahiran pada peringkat sijil & diploma
Bidang yang ditawarkan:
π Pengurusan Pentadbiran
π Rangkaian Komputer
π Pentadbiran Sistem Komputer
π Penyeliaan Pengasuhan & Pendidikan Awal Kanak-Kanak
π Mekatronik
π Pendidikan Pra Sekolah
π Setiausaha Korporat
π Pengajaran Pengajian Islam
π Rekabentuk Multimedia Interaktif
π Pengambilan adalah terhad bagi setiap sesi.
Berminat untuk semakan kelayakan & sesi taklimat PERCUMA?
π² Hubungi:
Pn Sha β 01162743600
En Zul β 01162633600
01/06/2026
Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan Selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesejahteraan dan keberkatan berpanjangan kepada Tuanku.
Daulat Tuanku.
β Komunikasi Strategik Kumpulan