01/06/2026
Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada hari ini, 1 Jun 2026.
Sembah Takzim daripada kami warga Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI), UKM. Semoga Tuanku sentiasa berada dalam lindungan-Nya dan terus bersemayam di takhta kebesaran.
Daulat Tuanku!
31/05/2026
Salam Sejahtera,
Pihak Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ingin mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha.
Semoga perayaan ini membawa mesej kedamaian, kasih sayang, dan keharmonian sejagat. Sebagai sebuah komuniti, marilah kita terus memperkukuhkan ikatan perpaduan selari dengan aspirasi Malaysia Madani. π²πΎβ¨
26/05/2026
Gema takbir mula kedengaran,
Tanda syukur atas setiap kurniaan. πβ¨
Salam Aidiladha 1447H. Pengorbanan bukan sekadar pada haiwan sembelihan, tetapi pada keikhlasan hati kita melepaskan apa yang disayangi demi meraih redha Ilahi.
Warga Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) UKM mendoakan kesejahteraan buat semua, terutamanya para jemaah yang sedang melaksanakan ibadah haji di Tanah Suci. Semoga dikurniakan haji yang mabrur. ππ€²
11/05/2026
π SEKALUNG TAHNIAH! π
Warga Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI), UKM ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada:
π₯ Ts. Dr. Puvaneswaran Chelvanathan
π₯ ChM. Sharifah Nurain Syed Nasir
di atas penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025! πβ¨
Terima kasih atas segala dedikasi, komitmen yang tidak berbelah bahagi, dan sumbangan cemerlang anda kepada institut dan universiti. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pembakar semangat untuk terus berbakti serta mencipta lebih banyak kejayaan gemilang pada masa akan datang.
Kami seluruh warga SERI amat berbangga dengan pencapaian hebat anda berdua! ππ
01/05/2026
Selamat Hari Pekerja 2026! π²πΎ
Tema tahun ini, "Pekerja MADANI KESUMA Bangsa", mengangkat martabat para pekerja sebagai tunjang kecemerlangan negara. Di SERI UKM, kami komited dalam memperkasakan inovasi tenaga lestari demi masa depan yang lebih hijau dan makmur.
Terima kasih kepada semua tenaga kerja atas dedikasi, keringat, dan sumbangan anda dalam membangunkan Malaysia.
25/04/2026
"Adakah kita bersedia ubah cara hidup?" π§
Soalan ini telah dijawab dengan cukup tuntas oleh para panelis, terutamanya dari sudut pandang akademik dan teknikal oleh Prof. Dr. Norasikin Ahmad Ludin (Pengarah SERI, UKM). Beliau menekankan betapa pentingnya kesediaan minda dan adaptasi teknologi hijau dalam kehidupan seharian kita hari ini.
Pautan : https://youtu.be/XMm3v4YsLqQ?si=9DBXl9lRS3bCHB6y
21/04/2026
Assalamualaikum and a very good day,
Join TReES 2026: Tropical Renewable Energy Summer School and experience renewable energy like never before:
π
26 July β 8 August 2026
π Solar Energy Research Institute (SERI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
π Why join?
β Learn solar, biomass, wind & energy storage technologies
β Visit real solar farms & research labs
β Gain hands-on experience with experts
β Build international connections
π΄ Not just a course β an experience:
Explore Kuala Lumpur, Putrajaya & Malacca, enjoy cultural visits, and even jungle trekking!
π Ideal for students, researchers & professionals in energy and engineering
π Turn knowledge into impact. Be part of the global energy transition.
Registration Link : https://forms.gle/XkP8sdXjpgArSEuN8
15/04/2026
Tahniah Atas Kenaikan Pangkat! πβ¨
Seluruh warga Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI), UKM ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada:
Dr. Mohd Norizam Md Daud di atas kenaikan pangkat ke Pegawai Penyelidik Q12.
En. Ahmad Afif Safwan Mohd Radzi di atas kenaikan pangkat ke Pegawai Penyelidik Q10.
Kenaikan pangkat ini berkuat kuasa mulai 6 April 2026. Semoga kecemerlangan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus menyumbang bakti dalam bidang penyelidikan tenaga keterbaharuan demi kelestarian masa hadapan.
Selamat maju jaya! βοΈπ
01/04/2026
Pengarah Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Norasikin Ahmad Ludin berkata, situasi semasa menunjukkan bahawa keselamatan tenaga bukan lagi sekadar isu harga bahan api, sebaliknya melibatkan keupayaan negara memastikan ketersediaan bekalan secara berterusan dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik global.
"Kemampuan membeli tanpa jaminan bekalan akan mengakibatkan pasaran gelap, gangguan perkhidmatan awam dan yang paling membimbangkan ialah krisis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan," katanya.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/.../krisis-selat-hormuz...
Pengarah Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Norasikin Ahmad Ludin berkata, situasi semasa menunjukkan bahawa keselamatan tenaga bukan lagi sekadar isu harga bahan api, sebaliknya melibatkan keupayaan negara memastikan ketersediaan bekalan secara berterusan dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik global.
"Kemampuan membeli tanpa jaminan bekalan akan mengakibatkan pasaran gelap, gangguan perkhidmatan awam dan yang paling membimbangkan ialah krisis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan," katanya.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/krisis-selat-hormuz-peluang-percepat-reformasi-tenaga-bukan-alasan-panik
20/03/2026
πβ¨ Salam Aidilfitri 1447H β¨π
Daripada seluruh warga Institut Penyelidikan Tenaga Suria, SERI UKM, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua muslimin dan muslimat.
Semoga segala amal ibadah sepanjang Ramadan diterima oleh Allah SWT dan kita dikurniakan hati yang bersih, jiwa yang tenang serta keberkatan dalam kehidupan.
Sabda Rasulullah SAW:
βSesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.β
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Di hari yang mulia ini, marilah kita saling bermaafan, mengeratkan silaturrahim, dan mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan.
π Taqabbalallahu minna wa minkum π
Semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadan yang akan datang.
Ikhlas daripada,
Warga SERI UKM πΈ