UKM SISWA KLIK

UKM SISWA KLIK

Share

PUSAT HAL EHWAL PELAJAR (HEP-UKM) Teruskan mengikuti kami, SISWA UKM sumber maklumat yang Integriti , terkini dan holistik.

SISWA UKM merupakan wadah untuk menyampaikan maklumat-maklumat semasa dan terkini kepada admin untuk menjadi pengetahuan kepada mahasiswa/wi UKM. Sebarang pertanyaan dan ketidak jelasan juga boleh terus ditanyakan kepada post-post yang berkaitan ataupun mesej terus kepada inbox admin. Para mahasiswa/wi UKM juga adalah digalakkan untuk mengundang rakan-rakan yang lain untuk 'like' page ini supaya maklumat yang bakal disampaikan lebih mudah tersebar dengan luas.

11/06/2026

Makan kenyang, belajar tenang. πŸ“šπŸ’™

Tag kawan yang selalu tanya nak makan dimana dan nak makan sedap, harga jimat poket!

Photos from UKM SISWA KLIK's post 11/06/2026

TNC HEPA UKM Santuni Pelajar di HCTM, Sampaikan Sumbangan Kebajikan

KUALA LUMPUR, 10 Jun 2026 – Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UKM, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman telah mengadakan lawatan kebajikan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) bagi menziarahi dua pelajar UKM serta menyampaikan sumbangan dan sokongan moral.

Beliau menziarahi Nik Syaheera Carmilla Danial, pelajar Tahun 3 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) yang sedang menerima rawatan susulan pembedahan akibat kemalangan. Dalam lawatan tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan kebajikan sebagai tanda keprihatinan universiti.

Pada masa yang sama, beliau turut bertemu dengan Nurin Darwisyah Mohd Faizal, pelajar Tahun 5 Fakulti Perubatan UKM yang merupakan anak kepada Puan Jaslinda, pendaki Gunung Batu Putih yang baru-baru ini ditemukan selamat selepas dilaporkan hilang selama 14 hari. Sumbangan kebajikan serta kata-kata semangat turut disampaikan kepada beliau dan keluarganya.

Menurut Prof. Ts. Dr. Norinsan, UKM sentiasa komited memastikan kebajikan, kesejahteraan dan sokongan sosial mahasiswa terus menjadi keutamaan universiti.

Turut mengiringi lawatan tersebut ialah Dr. Mohd Fadhli Shah Khaidzir, Timbalan Pengarah Kebajikan dan Kesejahteraan Pelajar, Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP) UKM.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan UKM dalam menyantuni mahasiswa serta memperkukuh budaya prihatin dan nilai kemanusiaan yang menjadi teras kecemerlangan universiti.




Photos from UKM SISWA KLIK's post 10/06/2026

LAWATAN PENANDA ARAS PELAKSANAAN MENU KASIH SISWA DI UKM

Delegasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang diketuai oleh Prof. Ts. Dr. Abdul Rasid Abd. Razzaq, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah mengadakan lawatan penanda aras ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kehadiran delegasi telah disambut baik oleh Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UKM, bagi meninjau pelaksanaan Menu Kasih Siswa.

Lawatan dimulakan di Canselori UKM dengan kunjungan ke Muzium Warisan Akademik sebelum sesi taklimat di Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP) Pusanika. Delegasi turut melawat kafeteria, kiosk dan kemudahan di Pusanika termasuk Arena e-Sukan, serta mengunjungi Kolej Burhanuddin Helmi (KBH) dan Kolej Pendeta Za'ba (KPZ) bagi melihat pelaksanaan Menu Kasih Siswa dan bertukar pandangan mengenai amalan terbaik pengurusannya.

Lawatan ini menjadi platform perkongsian pengalaman dan kerjasama antara institusi dalam memperkukuh kebajikan mahasiswa melalui penyediaan makanan berkualiti pada harga berpatutan. Delegasi turut dibawa melawat Kompleks Alumni UKM sebagai sebahagian daripada pengisian program.

SDG 2, 4 & 17




Photos from UKM SISWA KLIK's post 08/06/2026

JOM KE HARI KERJAYA UKM 2026!!!!

Pusat Pembangunan Karier (UKM-Karier) dengan kerjasama Talentbank akan mengadakan Hari Kerjaya UKM 2026 bertujuan untuk membantu dan memberi pendedahan kepada pelajar / graduan dalam mencari penempatan pekerjaan / latihan industri, selain memupuk kesediaan menghadapi alam pekerjaan.

Berikut merupakan butiran program:
Tarikh: 9 & 10 Jun 2026 (Selasa & Rabu)
Masa: 10.00 pagi – 4.00 petang
Tempat: Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM
πŸ’Ό 40+ Syarikat menanti anda seperti Maybank, Huawei, Nestle, KPMG, Maxis, Hartalega dan banyak lagi!

πŸ“ˆ Pelbagai Aktiviti Menarik:
Peluang Pekerjaan & Latihan Industri
Semakan Resume
Ceramah Kerjaya
Reruai Pameran & Jualan
Cabutan Bertuah & Hadiah Menarik
Merit i-Star disediakan
✨ Jangan lepaskan peluang, daftar sekarang!
πŸ“² https://www.ukmcareerfair.com

πŸ‘‰ Cari peluang anda hari ini. Bina masa depan gemilang bersama kami!

31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafkah sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Saya, bagi pihak seluruh warga Hal Ehwal Pelajar dan alumni UKM, mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dilanjutkan usia, diberkati kesihatan yang berpanjangan, dan kekal bertakhta dengan penuh kedaulatan untuk menaungi rakyat jelata.

Semoga kepimpinan Tuanku terus menjadi payung keharmonian, mercu keadilan, dan inspirasi kemajuan buat seluruh rakyat Malaysia.

Dirgahayu Tuanku.

Ikhlas daripada:
Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman
Serta Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Universiti Kebangsaan Malaysia.




31/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK

"Keharmonian dan kedamaian sesebuah masyarakat bermula daripada nilai kasih sayang, kesabaran, dan saling menghormati antara satu sama lain." 🌸✨

Sempena sambutan Hari Wesak, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak buat seluruh penganut agama Buddha, khususnya buat para mahasiswa, kakitangan, dan warga kerja UKM yang meraikannya.

Semoga kepelbagaian budaya dan perayaan di menara gading ini terus memperkukuh semangat perpaduan, kebersamaan, dan keharmonisan kita sebagai sebuah keluarga besar UKM.

Selamat menyambut Hari Wesak dengan penuh kedamaian dan kebahagiaan! πŸ•ŠοΈ

Ikhlas daripada:
Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman
Serta Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Universiti Kebangsaan Malaysia




30/05/2026

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai

Sempena sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai buat seluruh warga UKM yang meraikannya, terutamanya mahasiswa-mahasiswi dari Sabah dan Sarawak. ✨

Biarpun berada jauh di perantauan menara gading, semoga semangat perpaduan dan keunikan budaya warisan ini terus mekar dalam sanubari kita semua.

Marilah kita jadikan kepelbagaian ini sebagai ramuan utama untuk memperkukuh keharmonisan dan kebersamaan keluarga besar UKM.

Selamat menyambut Tadau Kaamatan dan Hari Gawai yang penuh kegembiraan!

Ikhlas daripada:
Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, Serta Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Universiti Kebangsaan Malaysia




26/05/2026

πŸŒ™ SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA πŸŒ™

β€‹β€œErti pengorbanan sebenar adalah apabila kita memberikan yang terbaik demi keredaan-Nya, dengan penuh keikhlasan dan ketabahan.” πŸ•‹βœ¨

​Sempena Hari Raya Aidiladha, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh warga UKM, khususnya para mahasiswa dan pendidik yang sedang berjuang menuntut dan menyebarkan ilmu.
​Mari kita hayati erti pengorbanan dan ketaatan dalam setiap fasa kehidupan di menara gading ini. Semoga segala usaha, doa, dan ukhuwah kita sentiasa diberkati serta dirahmati-Nya.

​Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha, maaf zahir dan batin daripada saya. Sampaikan salam penuh kasih sayang buat keluarga di kampung halaman! πŸ•ŠοΈπŸ‘

​Ikhlas daripada:
Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman serta pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM.

​


18/05/2026

*Selamat Ulang Tahun Universiti Kebangsaan Malaysia!*

56 tahun UKM melakar kecemerlangan, memimpin ilmu dan membina legasi bangsa.

terus unggul sebagai institusi berprestij yang melahirkan generasi berilmu, berintegriti dan berbakti.

Ikhlas daripada Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman serta Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Kebangsaan Malaysia.



16/05/2026

πŸ“š SELAMAT HARI GURU: GURU BITARA NADI NEGARA πŸ“š

β€œPendidik adalah arkitek masa depan yang membina jiwa para pelajar.” ✨

Sempena Hari Guru 2026, saya merakamkan setinggi penghargaan buat semua pendidik, khususnya warga akademik UKM. Terima kasih kerana menjadi pencetus inspirasi, pembentuk sahsiah, dan nadi kekuatan dalam melahirkan mahasiswa kompeten. πŸŽ“

Setiap ilmu dan nasihat kalian adalah asbab kejayaan mahasiswa hari ini. Semoga segala bakti diberkati dan menjadi amal jariah yang berpanjangan.

Ikhlas daripada:
Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UKM



Want your school to be the top-listed School/college in Bangi?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Aras 7, Bangunan PUSANIKA, UKM
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00