05/06/2026
๐ Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang Program HACKATHON VIBE GENERATIF AI yang telah berlangsung pada 10 Mei 2026 di Dewan Persembahan Multimedia, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM), UKM.
Berikut merupakan senarai pemenang bagi setiap penyataan masalah:
๐ Penyataan Masalah 1
๐ฅ Naib Johan : KAWTIM CODE
๐ฅ Tempat Ketiga : RIEMANNZETA
๐๏ธ Tempat Keempat : SIX SEVEN
๐ Penyataan Masalah 2
๐ฅ Johan : ORION
๐ฅ Naib Johan : LAICI
๐ฅ Tempat Ketiga : LOW CORTISOL
๐ Best Junior Team Award
๐
YSL & G
Syabas dan tahniah kepada semua peserta atas semangat inovasi, kreativiti dan komitmen yang dipamerkan sepanjang pertandingan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melahirkan idea-idea baharu serta kecemerlangan dalam bidang teknologi dan kecerdasan buatan.
Program ini telah mendapat sokongan dan tajaan daripada Hilti Asia IT Services Sdn. Bhd., SplashMania dan Berjaya Times Square Theme Park, dengan kerjasama Amazon Web Services (AWS) dan Cognizant.
FTSM Peneraju Teknologi Digital โข Ilmu, Mutu dan Budi
04/06/2026
๐ข HEBAHAN PENDAFTARAN AWAL PELAJAR SISWAZAH SEDIA ADA
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM), UKM ingin memaklumkan bahawa Pendaftaran Awal Kursus / Tesis / Disertasi bagi Semester 1, Sesi Akademik 2026/2027 kini dibuka kepada semua pelajar siswazah sedia ada.
๐๏ธ Semua pelajar adalah disarankan untuk membuat pendaftaran awal mengikut tempoh yang telah ditetapkan bagi memastikan proses pengajian pada semester baharu berjalan dengan lancar.
๐ Tarikh pendaftaran bermula 1 - 28 Jun 2026
Pautan : http://smplucee.ukm.my/smpweb atau sila imbas kod QR pada poster
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak pentadbiran Unit Pengajian Siswazah (UPS) FTSM.
FTSM Peneraju Teknologi Digital โข Ilmu, Mutu dan Budi
04/06/2026
Unit Penyelidikan & Inovasi (P&I), Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM), UKM akan mengadakan "Bengkel Penulisan Buku FTSM Siri 1/2026" seperti butiran yang berikut:
Tarikh : 08 Jun 2026 (Isnin)
Masa : 02:00 petang - 05:00 petang
Tempat : Bilik Eksekutif, Aras 2, Blok G, FTSM
Penceramah :
Puan Zafira Filza Zakaria & Encik Muhammad Daniel Hakim Samsuddin
Editor, Penerbit UKM
Bengkel ini terbuka kepada semua penyelidik FTSM.
Pautan Pendaftaran : https://tinyurl.com/bpbukuftsm-siri1
atau imbas kod QR pada poster.
Mohon agar dapat mendaftar kehadiran sebelum atau pada 5 Jun 2026 (sebelum 5.00pm).
FTSM Peneraju Teknologi Digital โข Ilmu, Mutu dan Budi
31/05/2026
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM), UKM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh warga FTSM dan UKM, khususnya yang beragama Buddha.
Semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini membawa limpahan kedamaian, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua yang meraikannya. Mudah-mudahan nilai kasih sayang, toleransi dan saling menghormati yang dizahirkan melalui perayaan ini terus menyemarakkan semangat perpaduan serta memperkukuh keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya.
Selamat Hari Wesak. Semoga keamanan dan kebahagiaan sentiasa mengiringi kehidupan kita bersama.
FTSM Peneraju Teknologi Digital โข Ilmu, Mutu dan Budi
30/05/2026
Selamat Menyambut Pesta Keamatan dan Hari Gawai kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga FTSM UKM yang meraikannya.
Marilah kita sama-sama menghargai budaya Malaysia yang kaya dengan adat dan tradisi serta memperkukuh semangat perpaduan dan keharmonian.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan & Gayu Guru, Gerai Nyamai!
Tulus ikhlas daripada seluruh warga Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) UKM.
FTSM Peneraju Teknologi Digital โข Ilmu, Mutu dan Budi
26/05/2026
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM), Universiti Kebangsaan Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam khususnya warga FTSM UKM.
27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447H.
Semoga semangat pengorbanan dan keikhlasan yang dizahirkan melalui ibadah korban menjadi inspirasi dalam memperkukuh keimanan, menyemai rasa syukur serta mengeratkan ukhuwah sesama insan.
FTSM Peneraju Teknologi Digital โข Ilmu, Mutu dan Budi
26/05/2026
Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada 4 orang wakil SIG ARVIS (TEAM LAICI) dari Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM), UKM atas kejayaan meraih TEMPAT KE-3 dalam pertandingan Malaysia AeroRobotech Championship (MARTC) yang telah berlangsung pada 17 Mei 2026 bertempat di Universiti Malaya (UM). ๐
Pasukan ini telah berjaya mencatat pencapaian cemerlang dalam Kategori Dron Belia โ Pengaturcaraan Dron Berhalangan, sekali gus mengharumkan nama FTSM UKM di peringkat kebangsaan.
Ahli pasukan yang terlibat ialah:
1. Nurfarhanah Binti Mislan (Program Kejuruteraan Perisian, Tahun 2)
2. Nurul Jannah Binti Azman (Program Sains Komputer, Tahun 2)
3. Teoh Shu Ying (Program Kejuruteraan Perisian, Tahun 1)
4. Wong Xiang Yi (Program Kejuruteraan Perisian, Tahun 1)
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh mahasiswa FTSM untuk terus aktif, berinovasi dan cemerlang dalam bidang teknologi serta pertandingan berteraskan STEM dan robotik.
Tulus ikhlas daripada Seluruh Warga Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM), UKM
FTSM Peneraju Teknologi Digital โข Ilmu, Mutu dan Budi
26/05/2026
๐ขMINGGU CABARAN DIGITAL UKM 2026
Fakulti Teknologi & Sains Maklumat (FTSM), Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Unit HEPA FTSM, Persatuan Mahasiswa FTSM (PERTAMA) serta 8 Special Interest Group (SIG) Kelab Pelajar FTSM iaitu ARVIS, Cyberhack & Ethics, iMachine, IMeC, Programming Club (PC), iBisnes, MAD Club dan VIC akan menganjurkan :
๐ฅ MINGGU CABARAN DIGITAL UKM 2026 ๐ฅ
๐
Tarikh : 6 โ 18 Jun 2026
๐ Masa : 8.00 pagi โ 5.00 petang
๐ Tempat : Fakulti Teknologi & Sains Maklumat (FTSM), UKM
Pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik menanti para pelajar sekolah, kolej dan universiti antaranya:
๐ฎ Pertempuran Gametech ML 2026
๐ป Codequest: Beginner Coding Adventure
๐ฌ 48 Jam Produksi Tanggam Buana & Pameran Karya Visual Tanggam Buana
๐ค ScratchTalk: Chatbot Kecerdasan Buatan (AI) Interaktif
๐ ๏ธ Bengkel Asas GitHub
๐ Cabaran DJI RoboMaster 2026
๐ง Anda vs AI: Kuasa di Tangan Siapa?
๐ผ Hari Keusahawanan FTSM
โจ Jangan lepaskan peluang untuk menyertai program yang penuh dengan inovasi, kreativiti dan pengalaman digital menarik!
๐ Tempat adalah TERHAD!
Daftar segera dengan imbas kod QR pada poster.
FTSM Peneraju Teknologi Digital โข Ilmu, Mutu dan Budi
26/05/2026
Setinggi-tinggi TAHNIAH diucapkan kepada Saudara Muhammad Nur Amjadh Bin Asabdeen (Program Kejuruteraan Perisian (Sistem Maklumat)) atas penerimaan Anugerah Seroja Emas OKU Kategori Ikon Pelajar OKU Prasiswazah Peringkat Universiti Kebangsaan Malaysia 2025.
Pengiktirafan ini diberikan atas pencapaian, ketabahan dan sumbangan beliau sebagai mahasiswa yang menjadi inspirasi dalam memperkukuh nilai inklusiviti serta kecemerlangan pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tulus ikhlas daripada Seluruh Warga Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM), UKM
FTSM Peneraju Teknologi Digital โข Ilmu, Mutu dan Budi
See less