31/05/2026
BUKU TERBITAN IRIS DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2026
Dapatkan buku-buku terbitan Interdisciplinary Research and International Strategy - IRIS Institute di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) melalui rakan pengedar sah kami iaitu Pustaka Taybah, ILHAM Books dan Pelita Dhihin.
Pelbagai diskaun dan promosi bakal menanti anda. Unit adalah terhad.
——
PBAKL akan berlangsung bermula 29 Mei hingga 7 jun ini dari 10 pagi ke 10 malam di PWTC.
29/05/2026
International Journal of Interdisciplinary & Strategic Studies (IJISTRA) Vol. 7 No. 12 (May 2026)
1. Nation-state philosophy and the ummah from Wael Hallaq's perspective
Tom Facchine
https://doi.org/10.47548/ijistra.2026.121
2. Pembentukan elit Melayu Anglophile: Suatu tinjauan kritis terhadap pembinaan negara Malaysia
Mohd Aiman Ahmad Faudzi
https://doi.org/10.47548/ijistra.2026.123
3. Agenda imperialisme dalam Malaysia pascamerdeka
Dr Mohd Shazwan Mokhtar
https://doi.org/10.47548/ijistra.2026.122
4. Pembangunan kerangka pendidikan mualaf berteraskan epistemologi Islam dan pendekatan sosio-ekologi di Sarawak
Dr Mohammed Rasheedan Ellin, Dr Mohd Khairol Jambli, Mohammad Afiq Shazwan Abdul Samat, Dr Abdul Jabbar Abdullah
https://doi.org/10.47548/ijistra.2026.120
5. Kerangka budaya baharu dalam pembangunan kuasa nasional
Zaidi Mohamad Jalil, Mohammad Afiq Shazwan Abd Samat, Mohd Shahril Atiqi Mohamed Sharip, Noorzamri Ibrahim, Noor Ruzaini Adam, Zulikha Ali
https://doi.org/10.47548/ijistra.2025.94
Layari https://www.ijistra.com/journal untuk maklumat lanjut
27/05/2026
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam, khususnya di Malaysia, daripada kami di IRIS Institute.
26/05/2026
AGENDA AWANI – MUKTAMADKAN SEGERA RUNDINGAN DAMAI AS-IRAN
"Iran memegang 'upper hand' dalam krisis ini dan usaha gencatan senjata oleh pihak AS ketika ini adalah langkah terdesak bagi menguruskan krisis global atas kesilapan mereka sendiri..."
Saksikan siaran semula perkongsian daripada Sdr. Muhammad Wafiq Azman (Ketua KMC, IRIS Institute) bersama Prof. Madya Dr. Aminurraashid Yatiban (UUM) di Astro AWANI malam semalam.
Perbincangan ini merungkai realiti rundingan damai, kedaulatan wilayah air di Selat Hormuz, serta impak teknikal jangka panjang terhadap rantaian industri petrokemikal, tenaga, dan keterjaminan makanan global.
Tonton analisis penuh di sini:
🔗 https://www.youtube.com/watch?v=hMmHWGPSvGw
14/05/2026
Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan panel pakar daripada pelbagai sektor industri, akademik, dan badan pemikir atas sumbangan intelektual yang luar biasa dalam Diskusi Meja Bulat yang bertajuk Konflik Timur Tengah & Krisis Tenaga Global: Menilai Kemandirian Tenaga Strategik Malaysia. Kehadiran para profesional yang berwibawa ini telah membolehkan penilaian kritis dibuat terhadap rantaian bekalan tenaga negara dalam mendepani ketidaktentuan geopolitik di Timur Tengah. Setiap input dan perspektif yang dikongsikan merupakan nilai tambah yang amat signifikan dalam merangka strategi ketahanan nasional. Diharapkan perbincangan ke arah pembinaan kuasa nasional seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
14/05/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Institute of Sustainable Energy (ISE), Prof Ir Dr Shaliza Ibrahim atas kerjasama strategik dalam menjayakan Diskusi Meja Bulat yang bertajuk Konflik Timur Tengah & Krisis Tenaga Global: Menilai Kemandirian Tenaga Strategik Malaysia. Diharapkan kerjasama ini dapat terus diperkukuhkan pada masa akan datang.
13/05/2026
KAJANG – Ketegangan geopolitik di Timur Tengah bukan sekadar berita antarabangsa, sebaliknya ia merupakan ancaman nyata kepada rantaian bekalan dan keselamatan tenaga negara.
Menyedari hakikat itu, satu Diskusi Meja Bulat julung kalinya diadakan hari ini di National Energy Centre, UNITEN bagi membincangkan sejauh mana kemandirian tenaga Malaysia mampu bertahan dalam mendepani krisis tenaga global yang kian meruncing.
Sesi eksklusif ini menghimpunkan barisan pakar daripada pelbagai sektor termasuk pemain industri, ahli akademik, serta wakil badan pemikir (think-tank). Fokus utama perbincangan tertumpu kepada penilaian strategik terhadap kedudukan tenaga Malaysia rentetan konflik di Timur Tengah yang menjejaskan kestabilan pasaran dunia.
Program yang berlangsung di National Energy Centre, UNITEN ini diadakan secara tertutup dan penyertaannya adalah melalui jemputan sahaja.
08/05/2026
Ketegangan geopolitik di Timur Tengah menjadi cabaran langsung dan tidak langsung kepada rantaian bekalan dan keselamatan tenaga negara. Sejauh mana kemandirian tenaga kita mampu bertahan?
Diskusi meja bulat buat julung kalinya akan membicangkan kemandirian tenaga negara bersama barisan pakar daripada industri, akademik, dan badan pemikir (think-tank) untuk merungkai bagaimana bekalan tenaga Malaysia dapat diperkukuhkan dalam mendepani krisis tenaga global.
📅 Tarikh: 13 Mei 2026 (Rabu)
📍 Tempat: Bilik Mesyuarat Ombak, National Energy Centre, UNITEN
🔍 Topik Utama: Konflik Timur Tengah & Krisis Tenaga Global: Menilai Kemandirian Tenaga Strategik Malaysia
Kehadiran ke diskusi ini adalah terhad kepada para jemputan sahaja.
05/05/2026
Konflik Timur Tengah & Krisis Tenaga Global: Menilai Kemandirian Tenaga Strategik Malaysia
Krisis geopolitik di Timur Tengah telah mencetuskan gangguan besar terhadap rantaian bekalan tenaga global, sekali gus mendedahkan kerentanan struktur tenaga negara.
Diskusi ini bertujuan untuk membincangkan secara kritikal isu kemandirian tenaga Malaysia melalui tiga persoalan utama:
1. Apakah implikasi krisis tenaga global terhadap keselamatan tenaga Malaysia?
2. Sejauh mana kesiapsiagaan tenaga nasional dapat membentuk dasar tenaga yang lebih mampan dan berdaya tahan?
3. Apakah rekomendasi strategik dalam membangunkan kemandirian tenaga di Malaysia?
Butiran Diskusi Meja Bulat adalah seperti berikut:
📅 Tarikh: 13 Mei 2026
🗓 Hari: Rabu
⏰ Masa: 9.30 pagi - 1.00 tgh hari
📍 Lokasi: Bilik Mesyuarat Ombak, National Energy Centre, UNITEN
Jemputan khas sahaja.