10/06/2026
✨PROGRAN SIMULASI HAJI CILIK PERMATA ILMU 2026 | DAFTAR SEKARANG✨
Assalamualaikum ibu bapa hebat!
Jom raikan ilmu dan cinta kepada Allah bersama anak-anak dalam Program Simulasi Haji Cilik Permata Ilmu 2026!
Program ini untuk kanak-kanak 5 hingga 9 tahun dengan pendekatan yang praktikal, interaktif & menyeronokkan!
Objektif Program:
🕋 Pengenalan asas rukun & wajib haji
📝 Latihan simulasi Haji Cilik
🎯 Belajar melalui aktiviti hands-on & kinestetik
❤️ Tanam rasa cinta kepada Allah & Rasulullah SAW
🤝 Asah nilai sabar, disiplin, kerjasama & kesederhanaan
Maklumat Program:
📅 27 Jun 2026 (Sabtu)
⏰ 7.30 pagi – 12.00 tengah hari
📍Surau Taman Intan Baiduri, Sepang.
Link Lokasi: https://share.google/w1OLylhk7tNV0lvlX
💰 Bayaran: RM100 sahaja
Termasuk : Kit Haji, Sijil, Pakaian Ihram/Telekung, Sarapan pagi & Makan Tengahari Peserta
👕 Pakaian: Baju Sukan Tadika / Sekolah
Jom Sertai Kami! Tempat sangat terhad!
Daftar melalui Google Form : https://forms.gle/AB2JJGJF7nuLXSUW6 selewat-lewatnya pada 17 Jun 2026 sebelum jam 4.00 petang.
27/05/2026
✨ Selamat Hari Raya Aidiladha ✨
Semoga Aidiladha tahun ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua.
Marilah kita menghayati erti pengorbanan, keikhlasan serta memperkukuhkan ukhuwah sesama insan.
Semoga setiap amal ibadah dan pengorbanan yang dilakukan diterima serta diberkati oleh Allah SWT.
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha, maaf zahir dan batin. 🌙🤍
Ikhlas daripada
Pengurusan Permata Ilmu Management And Services Sdn. Bhd.
18/05/2026
🌙 Salam 1 Zulhijjah 1447H 🌙
Semoga hadirnya bulan Zulhijjah membawa keberkatan, keampunan dan rahmat buat kita semua.
Marilah kita memperbanyakkan amal ibadah, doa serta pengorbanan demi meraih reda Allah SWT. 🤲✨
“Sesungguhnya hari-hari terbaik di sisi Allah ialah sepuluh hari terawal Zulhijjah.” - Riwayat al-Bukhari
Semoga segala amalan kita diterima dan dikurniakan kebahagiaan di dunia serta akhirat.
Salam 1 Zulhijjah 1447H. 🕋🌿
16/05/2026
“Guru bukan sekadar pendidik, tetapi insan yang menyalakan harapan, membina impian dan membentuk generasi masa hadapan.
Terima kasih atas segala ilmu, kasih sayang dan pengorbanan yang dicurahkan tanpa jemu.
Semoga setiap langkah dan usaha para guru sentiasa diberkati serta menjadi asbab lahirnya insan berilmu, berakhlak dan berjaya.” 🌷
✨Selamat Hari Guru 2026✨
‘Guru Bitara, Nadi Negara'
📅 16 Mei 2026
Ikhlas daripada
Permata Ilmu Management And Services Sdn. Bhd.
SRIPAH • TCPI • TPI