๐๐ค Sertai Pertandingan Bercerita : Cerita Rakyat Tempatan Peringkat Negeri Melaka!๐ค๐
Anda s**a bercerita? Jom suarakan semula kisah-kisah warisan yang penuh nilai dan pengajaran melalui pertandingan bercerita, cerita rakyat tempatan!
โจ Tonjolkan kreativiti, keyakinan dan bakat penyampaian anda.
โจ Hayati keunikan cerita rakyat yang menjadi khazanah budaya negara.
โจ Hadiah bernilai RM2,000.00 menanti untuk dimenangi.
๐ Jadilah penglipur lara moden yang mengangkat warisan bangsa kepada generasi masa kini.
**๐๐ฎ๐ณ๐๐ฎ๐ฟ ๐๐ฒ๐ธ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐๐ธ๐๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐ต๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ป๐ฑ๐ฎ ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐ฑ๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฝ๐ฒ๐ป๐ฐ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐๐ฎ๐ฎ๐ป!**
https://forms.gle/9cRD35XQgydPiLcP6
Perkhidmatan Perpustakaan Negeri Melaka
Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka
242-1, Jalan Bukit Baru 7515
๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐๐ก๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐ฅ๐๐๐ฌ๐๐ง ๐ง๐๐ ๐ฃ๐๐ง๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐๐
๐ญ Mempunyai bakat bercerita dan gemar berkongsi kisah yang penuh pengajaran? Inilah peluang terbaik untuk anda mengetengahkan kebolehan dalam seni penceritaan sambil memelihara warisan cerita rakyat tempatan yang tidak ternilai.
๐ Hadiah Utama bernilai RM2,000.00
๐ Pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi
๐ Menyemarakkan dan memelihara khazanah cerita rakyat tempatan
๐ค Ruang untuk menyerlahkan kreativiti, ekspresi dan keyakinan diri
๐
Tarikh Tutup Penyertaan: 31 Julai 2026
โจ โSetiap cerita rakyat membawa sejarah, nilai dan identiti bangsa yang wajar terus diwarisi.โ
Gunakan suara, gaya penyampaian dan penghayatan anda untuk menghidupkan watak-watak serta kisah yang menjadi sebahagian daripada warisan masyarakat kita. Tunjukkan bakat anda di pentas penceritaan dan rebut peluang untuk bergelar pencerita terbaik Negeri Melaka.
โก Penyertaan adalah terhad!
๐ฒ Imbas kod QR yang disediakan untuk mendapatkan maklumat lanjut, syarat penyertaan dan borang pendaftaran.
๐ Sertai sekarang dan jadikan cerita rakyat terus hidup dalam ingatan generasi akan datang!
11/06/2026
Sakit belakang yang turun sampai kaki, jangan anggap lenguh biasa
KESIHATAN: Sakit belakang yang bermula seperti lenguh biasa boleh menjadi lebih serius apabila rasa sakit itu mula menjalar ke punggung, peha atau kaki.
Dalam keadaan tertentu, ia mungkin berkait dengan slipped disc, iaitu apabila cakera di antara tulang belakang menonjol dan menekan saraf.
Sebab itu rasa sakitnya bukan hanya di pinggang. Ada yang rasa kebas, mencucuk, semut-semut, kaki lemah, susah duduk lama atau sakit makin terasa bila batuk dan bersin.
Yang selalu berlaku, ramai orang tahan sakit berbulan-bulan. Mula-mula sapu minyak. Lepas itu urut. Kemudian beli patch panas. Bila kaki mula rasa lemah, barulah panik.
Jangan tunggu sampai tubuh โmenjeritโ. Dapatkan pemeriksaan jika sakit belakang makin kuat, menjalar ke kaki atau tangan, disertai kebas, lemah otot, atau sudah mula mengganggu kerja, solat, tidur dan pergerakan harian.
Segera ke kecemasan jika sakit belakang datang bersama kebas di kawasan kelangkang, tidak boleh kencing, hilang kawalan kencing atau najis, hilang rasa pada kaki, atau berlaku selepas kemalangan serius. Ini tanda amaran yang tidak boleh ditangguh.
Badan kita bukan mesin. Bila ia sakit, itu bukan tanda kita manja. Itu cara tubuh minta kita berhenti sekejap, dengar isyaratnya, dan beri perhatian sebelum terlambat.
Sumber : Public Health Malaysia
11/06/2026
โญโญ๐ญ๐ข๐ก ๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ง๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ฃ๐จ๐ฆ๐ง๐๐ โญโญ
ULASAN BUKU
Tajuk : Sherlock Holmes - Wira Kota London
Penulis : Sir Athur Conan Doyle
โ
Manfaatkan masa terluang anda dengan mengakses eBuku secara ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐ ๐ dari kami. Hanya dengan 3 langkah mudah anda dapat membaca hampir 2000 judul !
โ
Layari : https://perpustam.elib.com.my/
sekarang atau muat turun aplikasi di :-
๐Android (Playstore) https: https://play.google.com/store/apps/details...
๐Apple (Appstore) : https://apps.apple.com/us/app/perpustam-elib/id6737874282
11/06/2026
Jika anda ada amalkan tabiat atau gaya hidup seperti ini, berhati-hatilah ya. Kesannya bukan sekarang tapi dalam jangka masa yang panjang.
11/06/2026
11/06/2026
SISI GELAP CHARGING EV
EV memang tenang bila dipandu.
Senyap. Smooth. Tidak banyak getaran. Untuk perjalanan harian, ramai pemilik EV akan setuju bahawa pengalaman memandunya sangat selesa.
Tetapi ada satu bahagian yang tidak selalu seindah iklan.
Tempat mengecas.
Di sinilah sebahagian pemilik EV mula berdepan realiti. Kuasa charging yang tertera pada charger bukan semestinya kuasa yang akan diterima sepanjang masa. Dalam sistem yang berkongsi kuasa, prestasi boleh berubah mengikut bilangan kereta, keadaan sistem, had grid, suhu bateri, tahap bateri dan charging curve kenderaan.
Sebab itu ada masa kereta dapat kuasa tinggi pada awal pengecasan, kemudian perlahan apabila bateri semakin penuh. Ada juga situasi di mana charger nampak laju atas kertas, tetapi prestasi sebenar jauh lebih rendah kerana kuasa sedang dikongsi atau sistem tidak berada pada tahap optimum.
Belum masuk isu aplikasi, sambungan gagal, sistem backend tidak stabil, charger rosak, queue panjang, atau lokasi yang bergantung kepada grid dan simpanan tenaga di tapak.
Inilah sisi yang ramai orang hanya faham selepas mula menggunakan EV.
Pemilik EV bukan hanya bergantung kepada kereta. Mereka bergantung kepada seluruh ekosistem charging. Hardware charger, aplikasi, grid, sistem pengagihan kuasa, lokasi, pengguna lain dan tahap kematangan infrastruktur.
Kasihan juga pemilik EV. Ketika memandu, kereta itu memberi ketenangan. Tetapi bila sampai ke tempat charging, ketenangan itu boleh hilang jika sistem tidak cukup stabil dan konsisten.
EV bukan masalahnya.
Ekosistem charging yang belum cukup matang itulah yang perlu diberi perhatian. Buat masa ini, ekosistem lengkap dan baik hanyalah dari pengeluar Tesla.
Sebelum beli EV, jangan hanya tanya berapa jauh kereta boleh pergi.
Tanya juga, di mana saya akan charge setiap hari? Charger awam di kawasan saya stabil atau tidak? Kalau balik kampung atau travel jauh, ada plan kedua atau tidak?
Kereta elektrik ialah teknologi masa depan. Tetapi pengalaman pengguna hari ini masih sangat bergantung kepada kualiti sistem charging yang ada di sekeliling kita.
11/06/2026
11/06/2026
Kanak-kanak memerlukan perlindungan khas setiap kali berada di dalam kenderaan. Pastikan mereka sentiasa menggunakan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (CRS) yang sesuai mengikut umur, berat dan ketinggian bagi mengurangkan risiko kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.
Selain itu, aktifkan Sistem Kunci Kanak-Kanak (Child Lock) pada pintu belakang bagi mengelakkan pintu dibuka secara tidak sengaja ketika kenderaan sedang bergerak.
โ
Gunakan CRS yang sesuai dan dipasang dengan betul.
โ
Aktifkan fungsi Child Lock pada pintu belakang.
โ
Jangan sesekali membiarkan kanak-kanak berada di dalam kenderaan tanpa pengawasan.
๐ Kongsikan kepada rakan dan keluarga agar semua lebih peka di jalan raya
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Contact the school
Telephone
Website
Address
Bukit Baru