01/02/2025
TIP PILIH ITEM EMAS YANG TERBAIK
Mana lebih baik, item gold bar 5 gram x 20 keping (total 100 gram), atau
gold bar 100 gram sekeping?
Saranan saya;
Kalau nak mudah jual (atau pajak) sikit-sikit bila nak pakai duit, saya cadangkan pilih item kecil tapi banyak keping.
Pilih;
🛒 Gold bar 5 gram x 20 keping, atau
🛒 Gold bar 10 gram x 10 keping
Dua-dua pun total 100 gram.
✅ Mudah jual / pajak sikit-sikit
✅ Mudah dibahagi-bahagikan bila nak diwariskan
Tapi kalau plan nak jual sekaligus pada masa depan, beli item besar terus seketul.
Contohnya untuk tujuan tunaikan haji.
Pilih;
🛒 Gold bar 100 gram sekeping, atau
🛒 Gold bar 50 gram x 2 keping.
✅ Lebih jimat caj premium, dan
✅ Spread lebih nipis (lebih cepat untung)
Kalau tak pasti kegunaan masa depan, ambil item kecil banyak keping lebih baik.
Supaya lebih mudah dicairkan (dijual atau dipajak) bila nak pakai duit sikit-sikit.
Item kecil yang saya maksudkan ialah item 1 dinar (4.25 gram) atau gold bar 5 gram ke atas. Ini item paling kecil yang nilai pelaburannya tinggi.
Item lebih kecil dari itu bukan item pelaburan. Tapi item koleksi.
Kos dapatkannya lebih tinggi, dan tempoh menunggu nak dapatkan keuntungan lebih lama.
Kredit: Tuan Mohd Zulkifli Shafie
26/01/2025
𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐔𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐔𝐃𝐀
Sikap manusia memang s**a memberi alasan. Kita boleh pilih untuk tidak mengulangi kesilapan yang pernah kita lakukan dulu. Tetapkan matlamat di usia muda. Ramai anak muda muflis disebabkan tiada pengurusan kewangan yang betul.
Salah satu puncanya bila sudah berduit, keinginan semakin bertambah dan terus bertambah. Walaupun gaji setiap tahun semakin banyak, tapi hutang juga sama naik dengan gaji. Pastikan perkara yang ingin kita lakukan itu memberi pulangan kepada diri kita. Jangan jadikan orang lain sebagai acuan kewangan kita di usia muda.
Inilah masanya kita perlu belajar mengawal nafsu
dan tidak terlalu beremosi. Bina tabungan kecemasan sekurang kurangnya 3 - 6 bulan pendapatan dan tentukan matlamat masa pendek. Tabungan kecemasan mestilah mudah dicairkan untuk keperluan kecemasan.
Sebenarnya tidak susah membuat bajet bulanan dengan prinsip 'perbelanjaan jangan melebihi pendapatan'. Menyimpan duit memang susah jika tabiat 'saving' tidak ditanamkan dari kecil.
Paling elok 10% dari pendapatan diasingkan sebagai simpanan. Jadikan sebagai 'forgotten saving'. Jika tidak berjaya simpan dalam bentuk tunai, belajarlah untuk menabung emas. Simpanlah emas kerana ianya dapat mengelak dari boros. Jika simpan dalam bentuk cash, memang susah untuk kita capai.
Jom mulakan simpanan emas fizikal hari ini dan mula beli emas serendah RM100 melalui simpanan emas fizikal patuh syariah (GAP).
Jika anda berminat nak dapatkan bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di
https://www.publicgoldofficial.com/fairuznawi
Jom! Sertai keluarga besar G100Network!
24/01/2025
Terperangkap Dalam Perlumbaan Tikus? 🐭
Gaji RM1,000, belanja RM1,000.
Gaji RM5,000, belanja RM5,000.
Gaji RM10,000, belanja RM10,000.
Gaji makin besar, tapi tetap tak cukup? Mungkin anda terperangkap dalam perlumbaan tikus!
Kebanyakan orang fikir kenaikan gaji akan selesaikan masalah kewangan, tapi realitinya ramai yang terus hidup dari gaji ke gaji tanpa simpanan untuk masa depan.
Jangan terlalu selesa dengan kais sebulan, makan sebulan. Mulakan simpanan walaupun kecil, 10% daripada gaji setiap bulan.
Untuk simpanan yang lebih selamat dan bernilai, emas adalah pilihan terbaik. Kenapa emas? Sebab emas bantu lindungi kekayaan anda daripada susut nilai wang.
Nak tahu lebih lanjut? Klik link ini untuk dapatkan eBook asas tentang emas secara percuma 👇
https://publicgoldofficial.com/app/ebook/fairuznawi
Mari kita ubah cara fikir dan bina kewangan yang lebih kukuh bersama emas!
21/01/2025
🌟 **Trend Kenaikan Harga Emas dari Tahun 2000 hingga 2024** 🌟
Gambar menunjukkan sejarah harga emas di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2024. Kita dapat melihat bagaimana harga emas telah meningkat dengan ketara dari RM35 per gram pada tahun 2000 hingga RM426 per gram pada tahun 2024.
Emas adalah pelaburan jangka panjang yang menguntungkan:
- **2000**: RM35
- **2005**: RM50
- **2010**: RM130
- **2016**: RM181
- **2020**: RM270
- **2023**: RM331
- **2024**: RM426
Menurut **Robert Kiyosaki**, penulis "Rich Dad Poor Dad,"
**"Simpan sekurang-kurangnya enam bulan pendapatan sebagai dana kecemasan sebelum mula melabur."** (https://www.richdad.com/))
Manakala **Warren Buffet**, pelabur terkenal, mengatakan:
**"Emas adalah cara yang baik untuk memelihara nilai kerana ia bersifat mudah cair dan stabil."** (https://www.forbes.com/profile/warren-buffett/))
Dengan inflasi yang menyebabkan nilai wang kertas menurun, menyimpan emas adalah cara yang bijak untuk melindungi kekayaan.
🔹 **Mulakan Simpanan Emas Anda Serendah RM100 dengan Akaun GAP (Gold Accumulation Program)!** 🔹
Akaun GAP adalah cara mudah dan fleksibel untuk mula menabung emas. Anda boleh menyimpan serendah RM100 dan menikmati kelebihan trend kenaikan harga emas ini.
Jom mulakan simpanan emas anda sekarang dan lindungi masa depan kewangan anda! 🌟✨
Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan bimbingan percuma 👇
https://www.publicgoldofficial.com/fairuznawi
MOHD FAIRUZ BIN MOHD NAWI
PG 0070156
20/01/2025
KEAJAIBAN BILA MULA MENABUNG
1. Membentuk mindset orang kaya iaitu kumpul dan kembangkan harta
Menabung bukan hanya sekadar menyimpan wang tetapi juga membina mentaliti untuk mengumpul dan melabur dengan bijak. Orang kaya sering memfokuskan pada cara mengembangkan harta mereka, dan tabiat menabung adalah langkah pertama untuk mencapai matlamat kewangan jangka panjang.
2. Lebih bermotivasi untuk membina kekayaan
Apabila kita melihat tabungan kita bertambah, ia memberikan semangat dan motivasi untuk terus konsisten. Menabung membuka mata kita terhadap potensi kewangan dan keupayaan untuk mencapai kehidupan yang lebih selesa.
3. Mula berkira-kira untuk berbelanja barang yang tidak perlu
Tabiat menabung menjadikan kita lebih berhati-hati dalam membuat keputusan kewangan. Kita mula menilai keutamaan dan mengelakkan pembelian impulsif yang tidak memberikan nilai tambah kepada kehidupan.
4. Tidak berminat membuat hutang baru
Menabung mengurangkan kebergantungan kepada hutang kerana kita sudah mempunyai simpanan untuk digunakan dalam keadaan kecemasan atau keperluan lain. Kita menjadi lebih bijak dalam mengurus kewangan tanpa perlu berhutang.
5. Lebih kreatif cari pendapatan tambahan lain
Semangat menabung turut mendorong kita mencari peluang untuk meningkatkan pendapatan. Ini termasuk usaha mencari sumber pendapatan sampingan atau melibatkan diri dalam pelaburan yang berpotensi mengembangkan simpanan sedia ada.
Menabung adalah langkah asas tetapi sangat penting dalam perjalanan kewangan. Dengan tabiat ini, kita bukan sahaja membentuk disiplin kewangan tetapi juga membuka peluang untuk kehidupan yang lebih stabil dan berjaya.
19/01/2025
EMAS: DUIT ANTARABANGSA
Hari ni saya nak kongsikan satu kisah benar yang saya dapat daripada mentor saya. Kisah ni memang membuka mata tentang nilai emas sebagai aset yang tak ternilai harganya.
Kisahnya begini:
Ada seorang kenalan mentor saya dari Acheh. Waktu konflik besar berlaku di sana sekitar tahun 1990-an, dia terpaksa lari ke Malaysia. Nama dia dah masuk senarai hitam tentera Indonesia sebab dia salah seorang anggota Gabungan Acheh Merdeka (GAM).
Bayangkan situasi dia waktu tu. Tinggalkan tanah air sehelai sepinggang.
Tapi sebelum dia berangkat, ibunya bekalkan dia barang kemas seberat 20 gram. Itu saja harta yang dia bawa untuk mulakan hidup baru di Malaysia.
Sampai Malaysia, dia gadaikan emas tu untuk dapatkan modal buat bisnes kecil-kecilan. Dari situ, dia berjaya bangunkan bisnesnya sedikit demi sedikit.
Yang menariknya, emas yang dia gadaikan dulu sempat dia tebus semula. Dan hingga hari ni, emas 20 gram yang dia bawa sejak tahun 1990-an tu masih ada dalam simpanannya!
Begitulah kelebihan emas. Ke mana saja kita pergi, emas tetap diterima. Sebab emas ialah duit antarabangsa.
Kalau bawa duit ringgit ke luar negara? Belum tentu semua tempat nak terima. Tapi emas? Semua negara menganggapnya bernilai.
Itulah sebabnya emas penting sebagai aset simpanan. Kita tak tahu apa cabaran masa depan, tapi bila ada emas, kita sentiasa bersedia.
Jadi, mula simpan emas hari ni walaupun sikit-sikit. Yang penting, konsisten. Lagi lama anda simpan, lagi besar nilainya untuk masa depan.
Kalau rasa perkongsian ni bermanfaat, jangan lupa LIKE, SHARE, dan FOLLOW page saya untuk lebih banyak kisah dan ilmu tentang emas.