27/05/2025
Alhamdulillah, Selesai Mesyuarat Agung PIBG kali ke-42 yang berlangsung pada 24 Mei 2025 pada hari Sabtu...Ribuan Terima Kasih kepada semua ibubapa yang Hadir...๐๐ค
Mesyuarat yang telah dirasmikan oleh
TN.HJ AHMAD SHAFRIN BIN ABDUL AZIZ
PEGAWAI SIPARTNERS
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HULU LANGAT.
Pelbagai usul telah diambil maklum dan dibincangkan pada hari tersebut. Jutaan Terima Kasih juga pada Ibu Bapa yang hadir dalam berkongsi pandangan dan pendapat dengan cara yang harmoni.
Semoga medan ini dijadikan satu jambatan untuk kita bersilaturrahim ๐ค dan bukan medan mencari sebuah kekurangan.
Burung merpati terbang melayang,
Hinggap sebentar di dahan selasih.
Bicara sopan tutur pun tenang,
Mesyuarat jadi damai dan bersih.
Kami barisan Ajk PIBG 2024/2026 memohon maaf ๐ sekiranya ada kekurangan dalam memberi khidmat yang terbaik untuk warga SKKCB dan Komuniti.
16/05/2025
*SELAMAT HARI GURU 2025 WARGA KERJA SK KG CHERAS BAHARU*
โค๏ธ๐งก๐๐๐ฉต๐๐
Untukmu wahai guru
Kami ucapkan thank you
Kerna mengajar kami dulu
Kini kau masih lagi
Sudi menabur bakti
Untuk anak-anak kami
Dikau idola
Untuk kami terus berjaya
Semoga sihat sentiasa
Selamanya
_Terima kasih Cikgu_
_Jazakallahu Khair Murabbi_
_Guru Pemacu Reformasi Pendidikan_
Ikhlas dari,
*JK PIBG SUPERB 2024/2026*
27/02/2025
"Bulat air kerana pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat."๐ค
Sekali lagi, Kerjasama Padu dari Pihak Sekolah dan Team AJK PIBG berjaya mendapat sumbangan dari Parlimen Pandan sebanyak 200 unit kerusi plastik untuk kegunaan pelajar di Dewan SKKCB!
InshaAllah, isu kerusi plastik dapat diselesaikan yang mana sebelum ini sekolah dan Team PIBG perlu mencari inisiatif lain untuk kegunaan setiap kali ada majlis-majlis rasmi bersama Ibubapa mahupun pelajar
Semoga Pelajar dan Komuniti dapat manfaatnya...โบ๏ธ
Terus sebarkan kebaikkan dan Kasih Sayang๐ซฐ
26/02/2025
Kami AJK PIBG dan Pihak Sekolah sekali lagi melarang keras setiap aktiviti samada MENJUAL dan juga MEMBELI diluar kawasan sekolah.
Hal ini adalah bertujuan mengelakkan anak-anak dari makan makanan yang tidak berkhasiat.
Walaupun beberapa perkara Pihak sekolah dan AJK PIBG telah jalankan namun setakat semalam masih ada peniaga yang terus berniaga.
'Kuasa' kami juga terbatas.
Marilah sama-sama kita berganding bahu dengan sentiasa pesan pada anak-anak agar tidak membeli apa jua aktiviti jualan di luar kawasan sekolah kerana Kuasa membeli ada pada kita.
Kempen ini mesti bermula dari kita sendiri.
Kita selesaikan dengan cara harmoni tanpa menyalahkan atau menyakiti mana-mana pihak.
Ibubapa juga boleh membantu bersama membuat aduan pada pihak yang lebih berautoriti.
Terus sebarkan kebaikkan dan Kasih sayang๐ค
25/02/2025
Sekali lagi cerita
tentang sekolah.
"Cikgu, harini saya nak keluar rehat awal sikit boleh?"
"Awal?
Kenapa?"
"Iyalah cikgu, Setiap kali saya pergi kantin. Meja dengan kerusi semua penuh."
๐ฅน๐ฅน๐ฅน
Begitulah...
Kadang ada benda yang kita tak nampak, ada cerita yang kita tak dengar dan ada 'keringat' yang sedang diusahakan demi keselesaan anak-anak di SUPERB!
Sekali lagi, Gerak Kerja Team PIBG pimpinan YDP kita En.Nizam telah berjaya mendapatkan 36 Set Meja Kantin untuk kegunaan anak-anak SUPERB!
Semoga Set Meja Kantin ini dapat meyelesaikan masalah kekurangan dan menggantikan Meja/ Kerusi yang telah 'uzur'.
Terima Kasih pada IbuBapa dan Guru yang hadir membantu tadi. Pada mereka yang tak berkesempatan cukup bantu doakan kami untuk beberapa lagi projek yang akan menyusul, InshaAllah.
Seronok anak-anak dapat meja makan baru tadi. Kami yakin mereka lebih seronok jika tahu ini semua adalah hasil usaha bersama Mak Ayah mereka๐ฅน
Ingat, Kita satu Komuniti!๐ค
Terus sebar Kebaikkan
dan Kasih Sayang!
22/02/2025
Proses awal menyediakan satu ruang untuk pengumpulan barang-barang terpakai di bahagian padang sekolah.
Ini adalah untuk Program Kitar Semula anjuran MPAJ, sebelum ini pengumpulan barang-barang terpakai disimpan di ruang bangunan lama sekolah.
Namun bangunan tersebut tidak lagi sesuai untuk menyimpan barang.
Demi keselamatan pelajar,
Pihak Sekolah dan kerjasama AJK PIBG mencari inisiatif menyediakan satu ruang yang lain untuk simpanan barang kitar semula.
InshaAllah, ini juga sedikit usaha dari rakan PIBG kita membina sendiri ruang untuk menjayakan program kitar semula anjuran MPAJ.
Program ini bagus untuk diteruskan kerana mengajar anak-anak untuk lebih prihatin dengan setiap barangan buangan. Demi menjayakan Kempen Bumi Hijau๐
"Less Talk, more action. InshaAllah"
"Sebarkan Kebaikkan dan Kasih Sayang"
22/02/2025
"Sebarkan kebaikkan dan Kasih Sayang."๐ค
Ini sebahagian Inisiatif Gerak kerja kami AJK PiBG mengumpul sedikit dana membeli Kipas Dinding untuk kegunaan sekolah.
Kipas akan dipasang di bahagian luar kawasan surau untuk kegunaan pelajar dan guru memandangkan ruang tersebut masih belum mempunyai kipas.
Semoga kutipan dari Group 'Mak-Mak Sporting' ini dapat memberi sedikit manfaat untuk sekolah๐
Ayuh, kita terus kan perjalanan tahun 2025 kita dengan sebar lebih banyak kebaikkan dan Kasih Sayang๐คโบ๏ธ
23/11/2024
...
Benda paling bahagia dalam sesuatu pertandingan adalah sebuah Kemenangan!
Sekali lagi SUPERB mendapat JOHAN dalam pertandingan Teater yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
Ini bukan kerja mudah!
Tiada kejayaan tanpa usaha yang gigih.
Tiada kemenangan tanpa pengorbanan.
Pementasan Teater yang sarat dengan mesej kebaikkan dan pengajaran serta Plot twist cerita yang sangat cantik telah dipersembahkan di AuditoriumMPAJ Pandan Indah
Tahniah buat semua Guru, IbuBapa dan anak-anak yang terlibat!๐ค
Begitulah SUPERB saling mendukung serta bersama-sama dalam menempuh badai dan pada akhirnya Kapal perjuangan yang kita layar ini sampai ke pelabuhan kejayaan!
21/10/2024
"Saya nak infaq TV ๐บ untuk sebarkan maklumat pada Ibubapa."
Syukur SUPERB mempunyai 'Bapa Prihatin' yang ingin menyumbang TV untuk kegunaan Sekolah dan PIBG bagi menyampaikan maklumat penting kepada Ibubapa.
Lepas ni selain hebahan melalui surat rasmi dan hebahan pada murid untuk aktiviti atau makluman penting juga akan disampaikan disitu.
TV telah dipasang di belakang pondok pengawal.
Nanti Ibubapa yang menunggu anak-anak balik sekolah boleh lah dapatkan beberapa maklumat yang akan disampaikan disitu.
Tahniah dan Syabas untuk 'Bapa Prihatin' yang menyumbang...๐ค
Ini salah satu inisiatif dan juga usaha beliau untuk pastikan setiap maklumat sampai kepada Ibubapa.
Moga bermanfaat!๐
"Kalau bukan kita, siapa lagi."
23/09/2024
๐ *KEJOHANAN SUKANEKA & SUKAN TAHUNAN SKKCB 2024* ๐คพ๐ปโโ๏ธ
_Assalamualaikum & Selamat Sejahtera_
Sukacita dimaklumkan Unit Kokurikulum dan Sukan SKKCB akan mengadakan *KEJOHANAN SUKANEKA & SUKAN TAHUNAN SKKCB 2024* yang akan diadakan pada ketetapan berikut :
๐
*_KEJOHANAN SUKANEKA_*
๐๏ธ Tarikh : 26 SEPTEMBER 2023 (KHAMIS)
โฐ Masa : 7.30 AM - 12.30 PM
๐ Tempat : PADANG SUPERB
๐คพ๐ผ Penyertaan : MURID TAHAP 1 *(TAHUN 1-3)*
๐๏ธ *_KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN_*
๐๏ธ Tarikh : 28 SEPTEMBER 2023 (SABTU)
โฐ Masa : 7.30 AM - 1.00 PM
๐ Tempat : PADANG SUPERB
๐คพ๐ผ Penyertaan : MURID TAHAP 2 *(TAHUN 4-6)*
๐จ Semua Ibu Bapa / Penjaga dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan Kejohanan Sukan Superb ๐ฅณ๐
23/08/2024
Assalamualaikum wrt. ๐น
Untuk makluman guru-guru/ibubapa/penjaga/tuan/puan
*PER: BAIK PULIH TANDAS SUPERB 2024*
Bersama ini disertakan lampiran baik pulih TANDAS murid.
Daripada,
Jawatankuasa PIBG SUPERB
Sesi 2024-2026