Sekolah Izzuddin Shah - RASMI

Sekolah Izzuddin Shah - RASMI

Share

SABK SEKOLAH IZZUDDIN SHAH.

27/05/2026

πŸŒ™ Salam Aidiladha 1447H πŸŒ™

Selamat Hari Raya Aidiladha daripada warga Sekolah Izzuddin Shah.
Semoga ibadah korban yang dilaksanakan menjadi lambang keikhlasan, pengorbanan dan ketaatan kepada Allah SWT.

25/05/2026

IKRAR GURU🫑

25/05/2026

penutup persembahan teater Hari Guru SIS dari pelajar Tingkatan 5😊 21.05.26

Photos from Sekolah Izzuddin Shah - RASMI's post 24/05/2026

🌹Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SIS 2026🌹

21 Mei 2026 mencipta seribu kenangan indah buat seluruh warga Sekolah Izzuddin Shah apabila berlangsungnya Sambutan Hari Guru dalam suasana penuh meriah, ceria dan bermakna. Bertemakan Kesultanan Melayu.✨

β€œGuru Bitara Nadi Negara” menjadi tema yang menyuntik semangat seluruh warga pendidik SIS untuk terus mendidik dengan penuh dedikasi, keikhlasan dan kasih sayang demi melahirkan generasi cemerlang.

Terima kasih kepada semua guru SIS atas segala pengorbanan, jasa dan komitmen yang tidak ternilai dalam mendidik anak bangsa. ❀️

Terima kasih kepada penganjur BAKKSIS, AJK Pengelola dan seluruh warga SIS. Kepada para penyumbang, Koperasi SIS Berhad, PIBG, pembekal koperasi, Bank Rakyat, Dewan Makan SIS, Kantin SIS dan Alumni SIS.

Terima Kasih semua!🀍🫑



Photos from Sekolah Izzuddin Shah - RASMI's post 17/05/2026

πŸ†πŸ”₯ TERUS MENGGEMPUR PENTAS KEBANGSAAN! πŸ”₯πŸ† PELAJAR SIS WAKIL KEBANGSAAN

Warga Sekolah Izzuddin Shah dengan penuh bangga merakamkan ucapan tahniah kepada atlet cemerlang sekolah, Muhammad Isyraf Bin Norul Amin atas kejayaan membanggakan dalam dua kejohanan bola baling peringkat kebangsaan tahun 2026.

πŸ₯ˆ Naib Johan
πŸ† S*K Handball Open 2026
πŸ“ Universiti Utara Malaysia (UUM)
πŸ“… 1 Mei – 3 Mei 2026
βš”οΈ Tewas tipis kepada Sekolah Sukan Terengganu di pentas akhir.

πŸ₯ˆ Naib Johan
πŸ† Selangor Handball Challenge Peringkat Kebangsaan 2026
πŸ“ IWB Sports Arena, Puchong, Selangor
πŸ“… 15 Februari 2026
βš”οΈ Memberikan saingan sengit sebelum muncul naib juara kepada STAR Klang.

Kejayaan ini membuktikan bahawa semangat juang, disiplin dan kerja keras mampu membawa anak-anak SIS bersaing hebat di pentas nasional.

β€œBukan sekadar bermain, tetapi membawa nama sekolah dengan penuh maruah dan kebanggaan.” πŸ’ͺπŸ”₯

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SIS untuk terus melakar kejayaan dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.






Photos from Sekolah Izzuddin Shah - RASMI's post 17/05/2026

πŸ†πŸ€Ύβ€β™‚οΈ SIS JOHAN BOLA BALING MSSD KINTA UTARA 2026!! πŸ€Ύβ€β™‚οΈπŸ₯‡

Tahniah buat pasukan Bola Baling Sekolah Izzuddin Shah yang berjaya muncul JOHAN Kejohanan Bola Baling MSSD Kinta Utara 2026 selepas menewaskan SMK Raja Chulan di perlawanan akhir! πŸ”₯

Kejohanan telah berlangsung pada 5 hingga 7 Mei 2026.
Peringkat kumpulan berlangsung di Padang SK Kg. Dato Ahmad Said Tambahan manakala peringkat kalah mati dan akhir berlangsung di Gelanggang Serbaguna Unit Pembangunan Bakat Murid, JPN Perak.

πŸ’ͺ Semangat juang, disiplin dan kerjasama berpasukan yang tinggi telah membawa SIS muncul juara serta mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah!

Terima kasih atas sokongan padu Pengetua SIS, pihak pentadbir sekolah, guru-guru, penyokong serta semua pihak yang sentiasa memberikan dorongan sepanjang kejohanan berlangsung.

Penghargaan khas kepada barisan pengurusan pasukan:

1. En Wan Ibrahim Bin Wan Hassan – Pengerusi Kelab Bola Baling
2. En Mohd Afifi Bin Hasbullah – Pengurus Bersama Pasukan

Syabas dan tahniah kepada semua pemain atas pencapaian yang membanggakan ini:

1. QAID DANISH BIN JONI
2. MUHAMMAD ASHRAF BIN NAWAL FAIZ
3. MUHAMMAD DARWISY DASUKI BIN FAKTOR RAHMAN
4. MUHAMMAD AMNI NUKMAN BIN AHMAD NASIR
5. MUHAMMAD WAFIUDDIN BIN MOHD SALLEH
6. MUHAMMAD KHIR AD DAQIQI BIN RAHIM
7. MUHAMMAD ISYRAF BIN NORUL AMIN
8. MUHAMMAD FATEH BIN MOHD HAMIZAN
9. MEGAT DANIEL BIN MEGAT SAIFUL AZIZI
10. RAJA MUHAMMAD HADIF BIN RAJA AZLAN
11. AMNAN HAZIM BIN SHAIFUDIN
12. AHMAD SYAFI BIN KHAIRIL ANUAR

πŸ‘ Tahniah juga kepada semua guru dan warga SIS yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang kejohanan berlangsung.

🌟 β€œBerjuang sebagai satu pasukan, menang dengan penuh kebanggaan.” 🌟

Teruskan kecemerlangan! πŸ’™πŸ’›πŸ€Ύβ€β™‚οΈ




16/05/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI GURU 2026 | GURU BITARA NADI NEGARA

Atas nama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Izzuddin Shah, saya merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua warga pendidik sekolah ini.

"Ilmu Suluh Kehidupan, Guru Pembina Peradaban."

Gurulah yang membentuk generasi, membina akhlak, dan menjadi nadi kepada kemajuan bangsa. Setiap titik peluh, kesabaran, dan dedikasi tuan puan adalah aset terbesar buat anak-anak kami.

Terima kasih cikgu.

En Suhaili bin Ishak
Yang Dipertua PIBG Sekolah Izzuddin Shah

16/05/2026

"Guru Bitara Nadi Negara"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di Sekolah Izzuddin Shah. Setiap jasa dan pengorbanan cikgu adalah teras pembentukan generasi berilmu dan berakhlak mulia.

Seperti mana tema tahun ini, guru bukan sahaja mengajar, tetapi menjadi nadi yang menghidupkan semangat ilmu dan peradaban dalam diri setiap anak didik.
Teruskan berbakti dan perjuangan kalian.

β€œIlmu Suluh Kehidupan, Guru Pembina Peradaban.”

Terima kasih cikgu atas segalanya.
Kami menghargai setiap titis keringat dan kasih sayang yang tuan puan curahkan.

Sekian,

Dr. Hj Mazlan bin Mohamad Zaki
Pengetua
Sekolah Izzuddin Shah





Photos from Sekolah Izzuddin Shah - RASMI's post 10/05/2026

✨ TAHNIAH & SYABAS SIS!✨
πŸ₯‡

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kejayaan yang amat membanggakan dalam **Mahrajan Adab dan Nilai (MADANI) Program Pembangunan Adab dan Nilai (PADNI) Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia** bagi acara Qiraat, Khat, Hafazan dan Tilawah.

Dengan penuh rasa bangga, warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para peserta yang telah mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian yang cemerlang:

πŸ₯‡ *Anwar Fauzan bin Mohd Fadzil (Qiraat Sabie Bit Tarannum Menengah Rendah)* – Johan Qiraat
➑️ Layak ke Peringkat Negeri
Guru Penasihat: Ustazah Shahirah

πŸ… *Miftah Al Anwar bin Osman Fikri (Qiraat Sabie Bit Tarannum Menengah Atas)*– Tempat Kelima Qiraat
Guru Penasihat: Ustazah Shahirah

πŸ₯‡ *Muhammad Nuim bin Azarol* – Johan Hafazan
➑️ Layak ke Peringkat Negeri
Guru Penasihat: Ustaz Shahrul

πŸ₯ˆ *Muhammad Iman bin Mohd Hadri*– Naib Johan Tilawah
➑️ Layak ke Peringkat Negeri (Johan bukan dari sekolah KPM)
Guru Penasihat: Ustaz Yusof

Kejayaan ini bukan sekadar kemenangan di pentas pertandingan, tetapi bukti kesungguhan, disiplin, latihan berterusan pelajar serta bimbingan padu para guru penasihat dalam melahirkan generasi pencinta Al-Quran yang bukan sahaja mampu memperdengarkan bacaan yang merdu, malah menghayati setiap ayat, memahami makna, dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.

Tahniah sekali lagi! Terus melangkah megah, membawa nama sekolah dan agama dengan penuh gemilang. πŸŒŸπŸ“–

*β€œKalam Ilahi, Tradisi Diwarisi”*

Want your school to be the top-listed School/college in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Jalan Sultan Azlan Shah
Ipoh
31400