30/05/2026
📍 SABTU | 30 MEI 2026
🕝 2.30 PETANG – YB Senator Tuan Shahrol Wizan bin Sulong berkesempatan menghadiri Majlis Adat Istiadat Berkhatan Tradisi Masyarakat Orang Asli Suku Kaum Jahut di Kampung Orang Asli Penderas, Kuala Krau.
Program ini merupakan antara warisan budaya yang masih dipelihara dan menjadi lambang identiti serta jati diri masyarakat Orang Asli, khususnya suku kaum Jahut. Selain meraikan anak-anak yang terlibat, majlis sebegini turut mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk kampung dan masyarakat setempat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Dato Rodzuan Zaaba, ADUN Jenderak yang turut hadir menyantuni warga kampung serta bersama-sama meraikan program masyarakat Orang Asli di sini.
Semoga usaha memelihara adat dan tradisi yang diwarisi turun-temurun ini terus diperkasakan demi kelangsungan warisan budaya masyarakat Orang Asli.
28/05/2026
📍KHAMIS | 28 MEI 2026
🕣 8.30 PAGI – Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Penyembelihan Ibadah Korban Kariah Surau Darul Islah (SKJ), Kampung Orang Asli Penderas, Kuala Krau dalam suasana penuh ukhuwah, kebersamaan dan semangat pengorbanan.
Istimewanya, ibadah korban pada kali ini dilaksanakan sendiri oleh saudara muslim daripada kalangan masyarakat Orang Asli di kampung ini. Bagi tahun 1447H / 2026M, sebanyak 2 ekor lembu dan seekor kambing telah berjaya dikorbankan hasil penyertaan dan semangat gotong-royong penduduk setempat.
InsyaaAllah, pada tahun hadapan lebih ramai saudara muslim dalam kalangan masyarakat Orang Asli berhasrat untuk turut sama melaksanakan ibadah korban sebagai manifestasi penghayatan, kefahaman dan pengamalan ajaran Isla
m dalam kehidupan seharian.
YB Senator Tuan Shahrol Wizan bin Sulong merangkap Pengerusi Persatuan Pendakwah Orang Asli Islam Malaysia (PENDOA MALAYSIA) & Pengerusi Persatuan Qiadah PETAMA Pahang (PQPP) turut menzahirkan hasrat untuk terus memperkukuhkan usaha dakwah dan pembangunan insaniah dalam kalangan masyarakat Orang Asli agar mereka bukan sekadar menanti sumbangan korban, bahkan dididik dan dibimbing untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam ibadah ini sebagai hamba Allah SWT yang bertanggungjawab dan berkemampuan mengikut kadar masing-masing.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Dato’ Rodzuan Zaaba – ADUN Jenderak, Encik Muzammir bin Md Syukri – Pegawai JAKOA Daerah Temerloh, Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA JAKIM), Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Asli (PEPIMA), Jawatankuasa Surau serta seluruh penduduk kampung yang hadir memeriahkan dan membantu melancarkan urusan korban pada tahun ini.
Semoga segala amal ibadah para pengkorban serta seluruh petugas dan pembantu diterima dan diredhai Allah SWT.
19/05/2026
📍ISNIN | 18 MEI 2026
7.00 MALAM - Alhamdulillah, YB Senator Tuan Shahrol Wizan Sulong turut bersama dalam Majlis Jamuan Rakyat Kenduri Sekampung dan Ceramah Perdana sempena program “Moh Singgah ke Kampung Kome” bertempat di Masjid Kampung Batu Sawar, DUN Kerdau.
Program ini dianjurkan oleh YB Dato’ Sri Haji Syed Ibrahim Syed Ahmad, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Kerdau.
Ceramah agama telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Badlishah bin Alauddin Sohibul Fadhilah, Timbalan M***i Pahang dan turut diserikan dengan persembahan nasyid daripada kumpulan Rabbani.
Semoga program sebegini terus menjadi medium penyatuan ummah serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat setempat.
14/05/2026
📍 KHAMIS | 14 MEI 2026
11.30 PAGI - YB Senator Tuan Shahrol Wizan Sulong Berkesempatan hadir, beramah mesra bersama guru-guru serta pelajar PETAMA, seterusnya merasmikan Program Orientasi dan Kem Motivasi PETAMA 2026 di Pantai Balok, Kuantan.
YB Senator mengucapkan terima kasih atas jemputan daripada pihak pengurusan PETAMA. Semoga program ini menjadi platform terbaik dalam membentuk sahsiah, jati diri serta semangat kepimpinan dalam kalangan para pelajar.
09/05/2026
📍JUMAAT | 8 MEI 2026
8.00 MALAM - Alhamdulillah, YB Senator Shahrol Wizan Sulong berkesempatan membimbing adik Asmiza A/P Jamal (23 tahun) dari KOA Seboi, DUN Jenderak, Kuala Krau melafazkan dua kalimah syahadah sebagai pegangan hidupnya.
Majlis turut dihadiri oleh Yang Beradat Batin serta disaksikan oleh ahli keluarga terdekat dalam suasana penuh syahdu dan harmoni. Semoga Allah SWT terus mempermudahkan segala urusan serta mengurniakan kekuatan dan hidayah yang berterusan buat saudari Asmiza dalam mendalami ajaran Islam.
Majlis ini turut diselaraskan dengan kerjasama Persatuan Qiadah Petama Pahang (PQPP) dan Team Prihatin OA Temerloh.
06/05/2026
📍RABU | 6 MEI 2026
3.30 PETANG - YB Senator Shahrol Wizan Sulong bersama dalam Program 'Tekmuk Berpaklas' Mingguan Kejiranan di KOA Sungai Enggang, Lanchang, Temerloh bersama Team Prihatin OA Temerloh.
Program dimulakan dengan sesi perbincangan bersama komuniti setempat bagi memahami isu dan keperluan semasa dakwah tempatan. Turut diadakan ziarah mahabbah bersama Yang Beradat Batin serta menyantuni beberapa keluarga asnaf dengan penyampaian sumbangan keperluan asas.
Semoga usaha kecil ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim serta meringankan beban mereka yang memerlukan.
04/05/2026
📍ISNIN | 4 MEI 2026
2.30 PETANG -
YB Senator Shahrol Wizan Sulong berkesempatan membimbing lafaz syahadah saudara baru. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. Pada petang yang penuh barakah ini, telah tertunai hajat Allahyarhamah ibu saudara kami, Puan Besah binti Loh, apabila anaknya diberikan hidayah untuk melafazkan syahadah.
Walaupun Allahyarhamah tidak lagi bersama kita, namun berkat didikan dan doa, ia menjadi asbab pahala yang berterusan buat arwah. Sesungguhnya doa anak yang soleh akan terus sampai dan memberi manfaat kepadanya di alam sana.
Adik Zasahaidy, anak ke-5 kepada Yang Beradat Batin Fandi Yunus Seman, telah dengan penuh keikhlasan melafazkan syahadah pada hari yang penuh bermakna ini. Semoga terus diberikan kekuatan iman, bimbingan dan istiqamah dalam menempuh kehidupan sebagai seorang Muslim.
6.00 PETANG -
YB Senator turut bersama dalam program ‘Tekmuk Berpaklas’ Mingguan Tempatan. Pada minggu ini, dua buah keluarga telah disantuni iaitu keluarga Encik Jaimon Ojimpol dan Pakcik Roslan bin Othman. Semoga ziarah ini dapat mengeratkan ukhuwah serta menyemai nilai kasih sayang dalam komuniti.
7.00 MALAM -
Pada sebelah malam, YB Senator turut bersama dalam Program Pengimarahan Surau dengan pengisian solat berjemaah, tazkirah “Membentuk Fikir” serta bacaan hadis fadilat. Mudah-mudahan program ini memberi manfaat dan meningkatkan kefahaman serta penghayatan dalam kehidupan seharian.
03/05/2026
📍AHAD | 3 MEI 2026
3.30 PETANG -
YB Senator Shahrol Wizan Sulong hadir menyantuni kelas bimbingan al-Quran Wanita di Masjid KOA Pantos, Lipis. Alhamdulillah kehadiran amat menggalakkan, mencerminkan kesungguhan para peserta dalam mendalami ilmu al-Quran. Semoga usaha ini berterusan dan mereka dikurniakan istiqamah sehingga mampu membaca dengan baik serta menjadikannya amalan sepanjang hayat.
Sejurus itu, YB Senator turut menziarahi sahabat Alumni PETAMA, Saudara Mat Khirul Azmi yang mengalami kemalangan baru-baru ini. Didoakan agar beliau diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan untuk kembali menjalankan tugas seperti sediakala.
6.00 PETANG -
YB Senator juga turut mengadakan lawatan tapak di KOA Rakoh, Pos Lenjang, DUN Jelai bagi mengenalpasti lokasi yang sesuai untuk penganjuran acara santai sepak takraw belia Orang Asli yang dijadualkan pada Jun 2026. In shaa Allah, program ini diharapkan dapat menjadi platform memperkukuh ukhuwah dan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan belia setempat.
30/04/2026
📍 KHAMIS | 30 APRIL 2026
🕔 5.00 petang
“Tekmuk Berpaklas” YB Senator Shahrol Wizan Sulong bersama Yang Beradat Batin Fandi Yunus bin Seman di KOA Berdut, Kuala Krau. Sempat mengadakan sesi sembang santai serta menyerahkan sumbangan bola dan jaring bola tampar kepada Ketua Cawangan, Encik Yusof bersama para belia. Difahamkan KOA Berdut bakal menganjurkan Kejohanan Bola Tampar Terbuka Wanita dalam masa terdekat. Semoga dipermudahkan segala urusan—semua kena ready! 👍
🕖 7.00 malam
Pada sebelah malam, YB Senator bersama jemaah Surau Darul Islah, KOA Penderas dalam rutin mingguan bacaan Yasin dan tahlil. Pada malam ini turut menunaikan hajat Yang Beradat Batin Fandi Yunus bin Seman yang memohon doa keampunan dan rahmat buat arwah isterinya, Allahyarhamah Puan Besah binti Loh yang telah kembali ke rahmatullah kira-kira 100 hari yang lalu. Al-Fatihah 🤲
29/04/2026
📍SELASA | 28 APRIL 2026
5.00 PETANG - YB Senator Tuan Shahrol Wizan Sulong bersama Muafakat Batin menziarahi Yang Beradat Batin Salim a/l Sulaiman di KOA Paya Badak, Kuala Semantan, Temerloh. Kunjungan ini sebagai tanda kebersamaan dan sokongan atas pemergian ayahanda beliau, mendiang Sulaiman bin Wasun yang telah meninggal dunia pada 24 April lalu pada usia 83 tahun akibat sakit tua.
Semoga seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi saat yang penuh ujian ini.
Turut hadir Yang Beradat Batin Fandi Yunus Seman (KOA Penderas) dan Yang Beradat Batin Charlie bin Din (KOA Paya Mendoi).
7.00 - 10.00 MALAM - Pada sebelah malam, YB Senator turut bersama dalam Program Ziarah & Pengimarahan Surau Mingguan Kejiranan (Ghash 2) - Surau Darul Islah, KOA Penderas di KOA Pian, Kuala Krau.
Memasuki minggu ke-2, penumpuan diberikan di Surau KOA Pian dengan usaha menghidupkan semula beberapa amalan daripada 5 amal masjid yang pernah dilaksanakan sebelum ini. Program seperti ini merupakan sebahagian daripada agenda pembangunan insaniah, yang menekankan kepentingan peranan dakwah sebagai tanggungjawab bersama seluruh umat Islam tanpa mengira latar belakang, pangkat dan kedudukan.
Semoga usaha ini dapat menyuburkan semangat kebersamaan serta mengimarahkan institusi surau sebagai pusat pembangunan ummah, inshaaAllah.