05/06/2026
Masih ada kekosongan. Boleh pm nombor pengurusan untuk maklumat lanjut. Jemput sebar luaskan kepada kenalan-kenalan.
π’ GURU AKADEMIK MERANGKAP WARDEN PEREMPUAN DIPERLUKAN
Akademi Tahfiz Al Quran Sayyidah Faqihah - AQSA Lil Banat, Meru, Ipoh
membuka peluang kepada yang benar-benar berminat untuk bersama membina generasi hafizah yang berakhlak dan berilmu.
β¨ Kelayakan ringkas :
β’ Perempuan sahaja
β’ Mempunyai latar belakang agama (Hafizah diutamakan)
β’ Sekurang-kurangnya Diploma dan setaraf
β’ Boleh mengajar subjek akademik peringkat menengah (rendah dan atas)
β’ Bersedia tinggal di asrama & bertugas sebagai warden
β’ Mampu menjadi contoh yang baik kepada pelajar
π
Kemasukan: JUN 2026
π Lokasi : Taman Meru, Ipoh, Perak
π Untuk pertanyaan & permohonan :
Ustaz Fariq: www.wasap.my/60108083099
Ustazah Ansoriah: 013-244 5064
Silakan kongsi kepada yang berkelayakan.
05/06/2026
Ruang untuk infaq masih terbuka.
Setiap Jumaat adalah peluang untuk kita menanam saham akhirat. πΏ
Infaq yang disalurkan akan digunakan bagi menampung kos pengurusan dan operasi Akademi Tahfiz AQSA, termasuk makanan dan keperluan pelajar, bahan pembelajaran serta penyelenggaraan tahfiz.
Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang berterusan dan dilipatgandakan ganjarannya oleh Allah SWT.
Jazakumullahu khairan atas sokongan dan doa anda. π€²
01/06/2026
DIRGAHAYU TUANKU
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
SULTAN IBRAHIM
sempena
Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku
pada
1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H
sembah takzim daripada:
Akademi Tahfiz Al Quran Sayyidah Faqihah - AQSA
26/05/2026
Di malam Aidiladha yang mulia ini, mari kita sama-sama menadah tangan kesyukuran. Aidiladha bukan sekadar sambutan, ia adalah simbolik pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan ketaatan Nabi Ismail A.S. terhadap perintah Allah SWT.
Apakah pengorbanan yang telah kita lakukan pada tahun ini dalam mendalami Kalamullah? Semangat qurban ini mengajar kita untuk mengorbankan masa, tenaga, dan nafsu demi mendekatkan diri kepada-Nya.
Pihak pentadbiran dan para asatizah di Akademi Tahfiz Al Quran Sayyidah Faqihah - AQSA mengucapkan Salam Aidiladha 1447H / 2026M kepada semua warga tahfiz, ibu bapa, pelajar, dan sahabat-sahabat seperjuangan.
Kami mendoakan agar ibadah qurban anda pada tahun ini diterima oleh Allah SWT dan jemaah haji mendapat haji yang mabrur.
24/05/2026
Sedar atau tidak, kita sedang berada dalam hari-hari terbaik Zulhijjah.
Harini, 8 Zulhijjah disunatkan berpuasa; dikenali sebagai Puasa Tarwiyah. Manakala 9 Zulhijjah p**a ialah Puasa Arafah, antara puasa sunat yang sangat besar ganjarannya bagi mereka yang tidak menunaikan haji.
Sabda Nabi ο·Ί:
βPuasa hari Arafah, aku berharap kepada Allah agar ia menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya.β (Riwayat Muslim)
Turut dikongsikan di sini beberapa doa yang boleh diamalkan sempena Hari Arafah nanti.
Jom sama-sama rebut peluang gandakan amal sebelum Aidiladha tiba. Semoga Allah menerima setiap amal kecil kita.
22/05/2026
π Bermula hari ini, para pelajar Akademi Tahfiz Al-Quran Sayyidah Faqihah (AQSA) telah mula menikmati cuti persekolahan pertengahan tahun.
Semoga tempoh cuti ini dimanfaatkan dengan sebaiknya, rehat secukupnya, luang masa bersama keluarga, dan jangan lupa terus istiqamah bersama al-Quran serta mengulang hafazan.
Selamat bercuti dan jumpa semula dengan semangat yang lebih segar, insya-Allah
21/05/2026
Hari Ini: Hari Bertemu Waris di Tahfiz AQSA
Alhamdulillah, pada hari ini Akademi Tahfiz Al-Quran Sayyidah Faqihah (AQSA) Lil Banat akan mengadakan program Hari Bertemu Waris bermula jam 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang.
Hari Bertemu Waris ini bertujuan untuk membincangkan perkembangan hafazan, akademik dan sahsiah pelajar bersama ibu bapa dan waris.
Semoga pertemuan ini menjadi medan kerjasama yang baik antara pihak tahfiz dan waris dalam mendidik anak-anak menjadi hafizah yang cemerlang dunia dan akhirat.
Terima kasih kepada semua ibu bapa dan waris yang sentiasa memberikan sokongan dan kepercayaan kepada Tahfiz AQSA.
20/05/2026
πβ¨ Sambutan Hari Guru di Tahfiz AQSA β¨π
Insya-Allah, hari ini warga Akademi Tahfiz Al-Quran Sayyidah Faqihah (AQSA) Lil Banat akan mengadakan Sambutan Hari Guru bermula jam 11.00 pagi.
Turut diadakan penyampaian hadiah kepada para pelajar sebagai tanda penghargaan dan galakan untuk terus berusaha.
Selamat Hari Guru kepada semua guru yang tidak pernah jemu mendidik dengan penuh sabar dan ikhlas. π·
17/05/2026
Bermula Maghrib ini, kita telah memasuki 1 Zulhijjah 1447H. 10 hari terawal Zulhijjah adalah antara hari yang paling dicintai oleh Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda:
βTiada hari-hari yang amal soleh padanya lebih dicintai oleh Allah daripada sepuluh hari ini.β
(HR al-Bukhari)
Rebut peluang ini untuk memperbanyakkan tilawah Al-Quran, zikir, sedekah, puasa sunat dan doa. Bagi yang menunaikan ibadah qurban disunatkan untuk tidak memotong kuku, mencukur, atau mencabut sebarang bulu dan rambut pada tubuh bermula dari 1 Zulhijjah sehingga haiwan korban selesai disembelih.
Semoga Allah menerima setiap amal kita dan mengurniakan ganjaran yang berlipat ganda. π€²β¨
16/05/2026
Selamat Hari Guru π·
Terima kasih kepada insan-insan hebat yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan mencurahkan ilmu buat anak-anak Akademi Tahfiz Al-Quran Sayyidah Faqihah.
Terima kasih buat:
π³ Pengerusi: Ustaz Fariq
π§ Mudirah: Ustazah Ansoriah
π§ Guru Al-Quran: Ustazah Husna
π§ Guru Akademik: Ustazah Masitah
Jasamu tidak ternilai, ilmu yang dicurahkan menjadi bekalan dunia dan akhirat buat anak-anak didik. Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan, kekuatan dan ganjaran pahala yang berpanjangan atas segala pengorbanan mendidik generasi pencinta al-Quran.
Selamat Hari Guru. Terima kasih, ustaz dan ustazah π