26/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha
Sekolah Rendah Imtiyaz (SRIM) - Membentuk Generasi Harapan Ummah SRIM ini diuruskan sepenuhnya oleh Akademi Ikatan Muslimin (AIM)
Sekolah Rendah Imtiyaz (SRIM) adalah sebuah Sekolah Rendah Islam Persendirian yang menggabungkan bidang pengajian Islam dan akademik di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). SRIM ditubuhkan bagi memberikan alternatif kepada ibubapa yang bercita-cita memberikan pendidikan Islam secara bersepadu kepada anak-anak.
26/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha
26/05/2026
“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah,
“لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”
(Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah SWT yang satu saja, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Mampu atas segala sesuatu).
(HR Tarmizi, 3585)
22/05/2026
20/05/2026
🚗 𝗜𝗻𝗼𝘃𝗮𝘀𝗶 𝗕𝗲𝗿𝗴𝗲𝗿𝗮𝗸, 𝗞𝗿𝗲𝗮𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝗶 𝗕𝗲𝗿𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴!
Pelajar Tahun 6 bagi subjek RBT berjaya menghasilkan projek membina kereta kawalan jauh hasil gabungan kreativiti, kemahiran teknikal dan semangat kerjasama.
Aktiviti ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada asas reka bentuk dan teknologi, malah melatih pelajar berfikir secara kreatif dalam menyelesaikan masalah serta menghasilkan produk yang berfungsi dengan baik.
Tahniah kepada semua pelajar atas usaha dan idea yang hebat!
19/05/2026
Mesyuarat PIBG Sekolah Rendah Imtiyaz
Mesyuarat PIBG telah berlangsung dengan penuh harmoni dan kerjasama antara pihak sekolah serta ibu bapa. Antara perkara utama yang dibincangkan ialah penambahbaikan pelaksanaan kelas RRA, peluang kemasukan murid ke KAA serta penyertaan pertandingan rasmi, selain isu disiplin dan pemantauan barang larangan murid.
Pihak sekolah amat menghargai segala pandangan, cadangan dan sokongan yang diberikan oleh ibu bapa demi memastikan kebajikan serta kecemerlangan anak-anak terus menjadi keutamaan bersama. Semoga hubungan erat antara sekolah dan ibu bapa terus diperkukuhkan demi masa depan anak-anak yang lebih cemerlang.
18/05/2026
🌙 Ayuh hidupkan 10 hari terawal Zulhijjah dengan puasa sunat, sedekah dan amal soleh terbaik di sisi Allah SWT.
💻 Bersama menyumbang dalam Kempen Infak Komputer Sekolah Rendah Imtiyaz bagi membantu menyediakan kemudahan pembelajaran yang lebih baik buat para pelajar.
15/05/2026
“Guru Bitara, Nadi Negara”
Terima kasih wahai guru,
insan yang tidak pernah jemu mendidik,
menyuluh ilmu dan membina generasi harapan.
Jasamu dikenang,
pengorbananmu disanjung,
semoga terus diberi kekuatan mendidik anak bangsa dengan penuh ikhlas dan hikmah.
Selamat Hari Guru 2026
Membina Generasi Harapan