01/06/2026
DIRGAHAYU TUANKU
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah Takzim daripada Tan Sri Dato' Dr. Azmi bin Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara dan seluruh Warga Istana Negara.
31/05/2026
✨ Majlis penuh bermakna, dengan penuh kasih dan penghargaan ✨
Sekalung penghormatan dan ucapan terima kasih diucapkan buat
🌹 YM Raja Sharifah binti Raja Mamat
🌹 Puan Mariza binti Mansur
atas segala jasa, pengorbanan dan bakti yang dicurahkan sepanjang berkhidmat.
Semoga setiap ilmu dan kebaikan yang ditinggalkan menjadi amal jariah yang berpanjangan. 🤍
Selamat bersara, selamat melangkah ke fasa kehidupan yang baharu dengan penuh kebahagiaan, kesihatan yang baik dan ketenangan bersama keluarga tersayang.
“Jasamu dikenang, baktimu disanjung.”
31/05/2026
🌿🚍 Rombongan SePadu ke Cameron Highlands 🚍🌿
Alhamdulillah, rombongan warga SePadu ke Cameron Highlands telah berlangsung dengan lancar dan penuh keceriaan. Perjalanan yang bukan sahaja memberikan peluang untuk menikmati keindahan alam semula jadi, malah mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga sekolah.
Pelbagai pengalaman menarik dapat dikongsi bersama sambil menikmati udara yang nyaman, pemandangan yang indah serta destinasi-destinasi menarik di Cameron Highlands. Semoga kenangan yang tercipta sepanjang program ini menjadi memori yang manis dan bermakna buat semua.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan rombongan ini. Semoga ukhuwah yang terbina terus mekar dan dipermudahkan lagi urusan untuk program-program akan datang.
✨ Jauh perjalanan, luas pemandangan. Erat persahabatan, indah kenangan. ✨
22/05/2026
📢 MAKLUMAN CUTI SEKOLAH 📢
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa cuti pertengahan penggal bagi murid-murid SK Perpaduan akan bermula pada:
🗓️ 23 Mei 2026 hingga 7 Jun 2026
🏫 Murid akan kembali bersekolah pada 8 Jun 2026.
Pihak sekolah mengucapkan Selamat Bercuti dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga SK Perpaduan.
✨ Semoga cuti ini dimanfaatkan dengan perkara yang berfaedah bersama keluarga tersayang.
✨ Jagalah keselamatan diri walau di mana berada.
✨ Perbanyakkan ibadah, hormati ibu bapa dan teruskan amalan akhlak mulia.
15/05/2026
Selamat Hari Guru 2026! ✨
Selamat Hari Guru kepada semua pendidik di seluruh negara, khususnya buat barisan guru hebat SK Perpaduan yang sentiasa dedikasi menabur bakti.
Tahun ini, berteraskan tema
"Guru Bitara Nadi Negara",
Kita raikan pengorbanan, kegigihan, dan keikhlasan guru-guru dalam membentuk modal insan yang gemilang.
Menjadi lilin yang membakar diri, menyuluh jalan, dan mencorakkan masa depan generasi muda bukanlah tugas yang mudah, namun kalian melaksanakannya dengan penuh kasih sayang.
Ucapan ikhlas daripada:
👤 Tn Hj Shahrul Norrizan bin Shahrom (Guru Besar)
15/05/2026
Selamat Hari Guru 2026! ✨
Segenap warga SK Perpaduan ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik di seluruh negara, khususnya buat barisan guru hebat SK Perpaduan yang sentiasa dedikasi menabur bakti.
Tahun ini, berteraskan tema
"Guru Bitara Nadi Negara",
Kita raikan pengorbanan, kegigihan, dan keikhlasan guru-guru dalam membentuk modal insan yang gemilang.
Menjadi lilin yang membakar diri, menyuluh jalan, dan mencorakkan masa depan generasi muda bukanlah tugas yang mudah, namun kalian melaksanakannya dengan penuh kasih sayang.
Ucapan ikhlas daripada:
👤 Tn Hj Shahrul Norrizan bin Shahrom (Guru Besar) serta seluruh Warga Pendidik SK Perpaduan.
15/05/2026
✨ Salam Perpisahan Guru Praktikum ✨
📅 Hari : Jumaat
🗓️ Tarikh : 08.05.2026
Terima kasih diucapkan kepada guru-guru praktikum (Cikgu Shahir, Cikgu Azraf, Cikgu Raja, Cikgu Ahmad dan Cikgu Nimroid) atas segala jasa, ilmu dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang berada bersama warga sekolah. Kehadiran kalian bukan sahaja membantu mencorakkan suasana pembelajaran, malah turut meninggalkan pelbagai kenangan manis buat guru dan murid ❤️
Semoga segala pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan berharga untuk melangkah lebih jauh dalam dunia pendidikan. Kami mendoakan semoga terus cemerlang dan sukses walau di mana jua berada 🌸✨
“Jauh di mata, dekat di hati.” 🤍
15/05/2026
🏅 KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK PERPADUAN KALI KE-24 🏅
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
YB Muhamad Arafat bin Varisai Mahamad kerana sudi merasmikan Kejohanan Olahraga Tahunan SePadu Kali Ke-24.
Terima kasih juga diucapkan kepada Tok Ketua, En Sezali, YDP PIBG wakil-wakil AJK PIBG serta semua ibubapa yang turut hadir bagi memeriahkan kejohanan SePadu.
Kejohanan telah berlangsung dengan semangat kesukanan yang tinggi melibatkan murid, guru serta acara ibu bapa. Kejohanan ini bukan sahaja mencungkil bakat dalam bidang sukan, malah memupuk nilai disiplin, kerjasama dan semangat perpaduan dalam kalangan warga sekolah.
Tahniah dan syabas kepada semua murid, guru, jawatankuasa pelaksana serta semua pihak yang telah menjayakan kejohana kali ini.