Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh

Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, High School, Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh.

03/06/2026

Selamat kembali ke sekolah buat semua murid Tingkatan 5 bagi Program Perkampungan Ilmu Siri 2.

Semoga program ini menjadi medan untuk memperkukuhkan ilmu, meningkatkan keyakinan, dan menggilap potensi diri ke arah kecemerlangan SPM 2026.

Teruskan melangkah dengan semangat, disiplin dan fokus. Setiap usaha yang dilakukan hari ini adalah pelaburan untuk kejayaan esok.

Dream Big. Work Hard. Stay Focused. Success Will Follow.

Photos from Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh's post 31/05/2026

Alhamdulillah dan tahniah kepada para pemain bola sepak bawah 15 dan 18 Tahun yang mengekalkan kejuaraan dalam Kejohanan Bola Sepak Bawah 15 dan 18 Tahun Zon C Kinta Utara untuk tahun ke 4 berturut-turut bermula 2023-2026 di padang keramat Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Kejayaan ini adalah bukti usaha ,disiplin serta semangat berpasukan yang tinggi dalam pasukan Sekolah Tuanku Abdul Rahman

Terima kasih kepada pentadbiran sekolah , guru dan jurulatih serta para ibu bapa yang sentiasa menjadi obor pembakar semangat buat para pemain untuk berjaya dalam sukan bola sepak.

πŸŸ’πŸ”΅βš«πŸ”΄βšͺ🟑πŸ₯‡πŸ†

Sumber : Fb STAR Cougars

Photos from Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh's post 31/05/2026

Alhamdulillah dan tahniah kepada para pemain bola sepak Bawah 13 dan 16 Tahun yang berentap dalam merebut Piala Navira U13 dan Piala GPN U17 yang berlangsung di Ipoh Padang.

Pasukan Bawah 16 Tahun beraksi cemerlang di setiap perlawanan sebelum dinobatkan JOHAN Piala GPN U17 setelah menang 1-0 ke atas pasukan Young Pro dalam Perlawanan Akhir.

Manakala bawah 13 Tahun dikecewakan dalam aksi separuh akhir Piala Navira setelah tewas 0-1 kepada pasukan PPL Warriors.

Tahniah juga kepada 3 pemain Bawah 16 Tahun yang menerima anugerah individu :

1) Ahmad Alif Irfan Bin Mohd Azizan ( Pemain Terbaik Perlawanan)

2) Ahmad Ahyan Ukayl Khan Bin Mohd Razmi & Meor Muhammad Ariq Bin Meor Zamharil ( MVP)

Terima kasih kepada guru dan jurulatih serta ibu bapa yang sentiasa menyokong dan memberikan semangat kepada pasukan bola sepak Sekolah Tuanku Abdul Rahman.

Sumber : FB STAR Cougars

πŸŸ’πŸ”΅βš«πŸ”΄βšͺ🟑πŸ₯‡πŸ†

Photos from Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh's post 30/05/2026

KURSUS KEPEMIMPINAN KETUA MURID & PENOLONG KETUA MURID GENERASI MADANI SBP PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-19 TAHUN 2026

πŸ“† 18-21 Mei 2026
πŸ“ MMU Cyberjaya

Alhamdulillah dan tahniah kepada saudara Kamal Fahreen dan Aqeel Qays selaku Ketua Umum dan TKU Akademik kerana telah menyertai kursus ini dan menerima :

1. Anugerah Perak
Pembentangan Amalan Terbaik

2. Pembentangan Jejak Kepimpinan
Anugerah Emas - Kamal Fahreen
Anugerah Emas - Aqeel Qays

3. Mereka juga berpeluang untuk berjumpa dengan YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan dan menyuarakan pendapat serta masalah kepada beliau

4. Saudara Fahreen bertemu dengan En. Shahrizin bin Shaharudin, CEO ENERVIVE dan Presiden STAROBA untuk slot jejak kepimpinan. Manakala, saudara Aqeel qays bertemu dengan Y.A.D. Dato' Setia Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, S.S. Dato' Seri Utama Diraja M***i Selangor

Photos from Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh's post 28/05/2026

STAR A is THE CHAMPION πŸ†
of Cheltenham School Debate Competition 2026 !

Final Best Speaker :
Nik Emir Qalif -STAR πŸŽ–πŸŽ–πŸŽ–

ALSO ALL 3 SPEAKERS WIN
Best Speakers Awards πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯

πŸ†Qalif : Overall Best Speaker Open Category

πŸŽ–οΈIman : 5th Best Speaker Open Category

πŸŽ–οΈAli : 7th Best Speaker Open Category

πŸŽ–οΈAli : 4th Best Speaker U 15 Category

Comisserations to STAR B esp Ziyad πŸŽ— for his hardwork in training and guiding Star B juniors;
Shafi and Dani in this competition.

Alhamdulillah dan Terima Kasih seluruh warga STAR atas doa dan sokongan.
Usaha ini juga adalah demi membawa pulang Piala PPM satu hari nanti.

Photos from Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh's post 22/05/2026

SAMBUTAN HARI GURU 2026 PERINGKAT SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN

Ipoh, 18 Mei 2026 – Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) telah mengadakan Sambutan Hari Guru 2026 dengan bertemakan "If You Weren't a Teacher, What Would You Be?"

Majlis telah diwarnai dengan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan pelajar, penyampaian penghargaan kepada guru, dan acara santai yang melibatkan seluruh warga sekolah.

Sambutan ini bukan sahaja menjadi tanda penghargaan kepada para guru, malah turut mengeratkan hubungan antara guru dan murid dalam suasana yang ceria dan harmoni. Diharapkan semangat serta dedikasi para pendidik akan terus menjadi inspirasi kepada generasi masa depan.

β€œGuru Bitara, Nadi Negara"



Photos from Malaysia Super Schools Rugby Fifteens's post 22/05/2026

Jemput semua penyokong kita penuhkan Tanjung Malim

Photos from Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh's post 22/05/2026

🏏 STAR KEMBALI MERAJA ARENA KRIKET KINTA UTARA! πŸ†

Selepas penantian panjang selama 9 tahun, Pasukan Kriket Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) akhirnya berjaya menamatkan kemarau kejuaraan dengan penuh bergaya apabila dinobatkan sebagai Johan Kejohanan Kriket MSSD Kinta Utara Lelaki Bawah 18 Tahun 2026.

Kejayaan bersejarah ini menjadi lebih manis apabila STAR berjaya menewaskan beberapa pasukan pilihan dan pencabar utama kejohanan, termasuk pasukan tradisi yang terkenal dengan kekuatan serta reputasinya, SMK Anderson, dalam perjalanan menuju takhta kejuaraan.

Kemenangan ini merupakan hasil gabungan disiplin, semangat juang yang tinggi, kerja keras para pemain, serta komitmen barisan jurulatih, pengurus pasukan serta sokongan kuat daripada pihak STAROBA serta ibu bapa yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Ribuan terima kasih diucapkan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga pasukan kriket STAR atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga momentum kecemerlangan ini diteruskan dalam saingan seterusnya dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah.

KEPUTUSAN PERLAWANAN

Grouping: STAR vs SMK Bercham β€” STAR menang dengan 9 wicket.

Grouping: STAR vs SMK Methodist β€” STAR menang dengan 10 wicket.

Semi Final: STAR vs SMK St. Michael β€” STAR menang dengan 9 wicket.

Final: STAR vs SMK Anderson β€” STAR muncul juara dengan kemenangan 11 runs.

Tahniah diucapkan kepada:

1. MUHAMMAD NOOR IMAN BIN MOHD RASID - Best Wicket Keeper
2. ALI IMRAN BIN NURUL MUIZ - Best Bowler





Photos from Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh's post 19/05/2026

Alhamdulillah dan syabas diucapkan kepada para pemain bola sepak Sekolah Tuanku Abdul Rahman Bawah 13 yang telah dinobatkan JOHAN dalam Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah 13 Tahun 2026 Peringkat SBP Negeri Perak. Berikut merupakan keputusan bagi setiap perlawanan :

Kumpulan :
STAR VS SESTA: 5-0
STAR VS SABDA : 3-0
STAR VS SEMESTI : 5-0

Separuh Akhir
STAR VS IGOP : 1-0

Akhir :
STAR VS SABDA : 4-0

Terima kasih kepada para ibu bapa yang hadir menyokong dan memberikan semangat kepada anak-anak.

πŸŸ’πŸ”΅βš«πŸ”΄βšͺ🟑πŸ₯‡

Sumber : FB STAR Cougars

Photos from Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh's post 18/05/2026

UNLOCKING TRUE POTENTIAL UTP TRONOH

πŸ“† 12-14 MEI 2026
πŸ“ Universiti Teknologi Petronas

Program anjuran BPSBP dengan kerjasama Universiti Teknologi Petronas (UTP) sebagai pendedahan kepada kursus bidang kejuruteraan selepas SPM. Seramai 8 orang murid Tingkatan 5 terlibat dalam program ini.

Selain itu, program ini juga fokus kepada kemahiran kepimpinan dan semangat berpasukan sebagai persediaan kepada proses temuduga. Aqil Firas bin Mohd Sukri mendapat tempat kedua dalam pertandingan vlog kerjaya.

Lawatan ke makmal kejuruteraan memberi peluang kepada peserta merasai sendiri pengalaman sebagai pelajar kursus kejuruteraan.

Semoga dengan program ini, peserta terlibat akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat mereka untuk mengambil kursus kejuruteraan selepas SPM.

Want your school to be the top-listed School/college in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Jalan Sultan Azlan Shah
Ipoh
31400