26/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H/ 2026M ๐โ
Aidiladha mengingatkan kita tentang erti pengorbanan, keikhlasan dalam memberi dan kekuatan dalam melepaskan.
โ
Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan membawa keberkatan, ketenangan dan kasih sayang dalam kehidupan kita semua.โ
Ikhlas daripada seluruh Warga PTPTN ๐โ
โ
26/05/2026
NOTIS PENUTUPAN OPERASI PEJABAT PTPTN NEGERI PERAK DAN PEJABAT PTPTN CAWANGAN SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA 2026
Di maklumkan, Operasi kaunter Pejabat PTPTN Negeri Perak dan Pejabat PTPTN Cawangan akan ditutup pada 26 Mei 2026 (Selasa/ 2.00 petang) menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha 2026.
Pejabat PTPTN Negeri Perak dan Pejabat PTPTN Cawangan akan beroperasi semula pada 28 Mei 2026 (Khamis) jam 8.30 pagi.
Sekian terima kasih.
22/05/2026
SLOT TEMU BUAL NASIONAL FM (95.3FM)
WAKAF PENDIDIKAN PEMANGKIN GENERASI BERILMU
Puan Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran akan bersiaran secara langsung menerusi Slot Temu Bual di Nasional FM (95.3FM) yang akan membincangkan topik โWAKAF PENDIDIKAN PEMANGKIN GENERASI BERILMU.โ
Maklumat temu bual adalah seperti berikut:
๐๏ธTarikh & Hari: 25 Mei 2026 (Isnin)
โฐMasa: 11.15 Pagi
๐Medium: Nasional FM (95.3FM)
๐Pautan: https://rtmklik.rtm.gov.my/radio/nasional/nasional-fm
Jom!! Jangan lupa untuk ikuti temu bual secara langsung ini!
16/05/2026
Cuba angkat tangan para guru yang dulu pernah pinjam PTPTN ๐โโ๏ธ๐โโ๏ธ
Dulu duduk dalam dewan kuliah sebagai pelajar. Hari ni berdiri depan kelas membimbing generasi baru p**a.
Daripada dibantu untuk sambung belajar, kini jadi insan yang membantu anak bangsa capai impian mereka.
Kadang-kadang satu peluang pendidikan tuโฆ kesannya boleh ubah lebih daripada satu kehidupan.
Selamat Hari Guru buat semua pendidik hebat di luar sana.
Tag cikgu yang paling kalian ingat sampai hari ni ๐
12/05/2026
Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia!โ
Terima kasih wira kesihatan atas dedikasi dan pengorbanan yang tidak pernah lelah dalam menjaga nyawa dan kesejahteraan masyarakat.โ
Semoga terus diberi kekuatan dan ketabahan dalam melaksanakan amanah yang penuh makna ini.โ
Ikhlas daripada seluruh warga PTPTN โค๏ธโ
โ
10/05/2026
Selamat Hari Ibu buat semua yang bergelar ibu di seluruh dunia! ๐
Ibu,
Kasihmu tidak pernah meminta balasan,
Lelahmu tidak pernah kau tunjukkan,
Doamu sentiasa mengiringi setiap langkah kehidupan.
Terima kasih kerana menjadi kekuatan,
Di sebalik diam dan setiap pengorbanan.
Buat semua ibu, mama, umi dan mak, kalianlah cinta pertama yang kekal selamanya. โค๏ธ
Ikhlas daripada seluruh Warga PTPTN.
07/05/2026
โDividen Simpan SSPN 2025 sebanyak 4.10% tertinggi dalam tempoh 11 tahunโ
Ini bukti setiap simpanan kecil hari ini boleh jadi langkah besar untuk masa depan pendidikan anak-anak nanti. Dengan Simpan SSPN, bukan sahaja dapat menyimpan secara konsisten, malah kalian juga berpeluang menikmati dividen yang kompetitif setiap tahun.
Untuk ibu ayah yang masih belum menyimpan, mungkin ini masa terbaik untuk mulakan sekarang!
Jom menyimpan melalui myPTPTN sekarang!
https://bit.ly/m/myPTPTN
Info lanjut/ hubungi Eksekutif Jualan PTPTN https://linktr.ee/PTPTNPERAK
06/05/2026
PTPTN telah mengumumkan agihan dividen Skim Simpan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi tahun 2025 sebanyak 4.10%.
โ
Pemberian dividen Simpan SSPN sebanyak 4.10% ini memberi manfaat kepada 6.07 juta akaun pendeposit Simpan SSPN, melibatkan peruntukan berjumlah RM505.68 juta.โ
Agihan dividen ini akan dimasukkan terus ke dalam akaun Simpan SSPN dan pendeposit boleh membuat semakan penyata simpanan masing-masing melalui myPTPTN mulai 7 Mei 2026 (Khamis).โ
Terima kasih kepada semua pendeposit atas kepercayaan berterusan menjadikan Simpan SSPN sebagai pilihan utama simpanan pendidikan anak-anak, di samping menikmati pelbagai keistimewaan yang ditawarkan.โ
โ
06/05/2026
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) sebanyak 4.10 peratus, angka tertinggi dalam tempoh 11 tahun.
Pengerusi PTPTN Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata dividen Simpan SSPN 2025 yang melibatkan anggaran peruntukan berjumlah RM505.68 juta, memberi manfaat kepada 6.07 juta akaun pendeposit, menjadikan keseluruhan dividen kepada RM2.63 bilion sejak Simpan SSPN diperkenalkan pada 2004.
Berita lanjut di:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ptptn-umum-dividen-simpan-sspn-410-peratus-bagi-2025-tertinggi-dalam-11-tahun
PTPTN umum dividen simpan SSPN 4.10 peratus bagi 2025, tertinggi dalam 11 tahun
Agihan dividen akan dimasukkan terus ke dalam akaun Simpan SSPN, dan pendeposit boleh menyemak penyata simpanan masing-masing melalui aplikasi myPTPTN mulai esok.