Sazly Tulih Page

Sazly Tulih Page

Share

Kongsi ilmu..

13/06/2026

Sarapan apa pagi ni?
Kalau pergi ke restoran mamak pagi ni... Baca ni dulu...

Roti Canai, Capati atau Puri.... Yang mana sihat??

Jika objektif anda adalah untuk mendapatkan pilihan yang lebih sihat, capati merupakan pilihan terbaik kerana kandungan serat yang lebih tinggi dan lemak yang lebih rendah. Roti canai berada di tempat kedua, manakala puri berada di kedudukan terakhir kerana proses menggoreng yang meningkatkan kandungan lemak dan kalori.

Ingatlah, kesihatan bukan hanya ditentukan oleh apa yang kita makan sekali-sekala, tetapi oleh corak pemakanan yang diamalkan setiap hari.

"Pilihan yang lebih sihat bukan bermaksud mengorbankan keenakan, tetapi memilih keseimbangan dalam setiap hidangan."
โ€” Sazly Tulih ๐Ÿฝ๏ธ๐Ÿฅ—

09/06/2026

LARD, MENTEGA, MINYAK SAWIT ATAU LEMAK HAIWAN: YANG MANA PALING SELAMAT?

Oleh Sazly Tulih

Soalan ini sering ditanya oleh pengguna dan juga kawan saya Dr. Ahmad Sahir Jais minta saya tuliskan berkenaan hal ini. Saya cuba tulis dengan jayanya.

Ada yang beranggapan minyak sawit berbahaya, ada p**a yang mengatakan mentega lebih sihat kerana "semula jadi". Malah ada yang menganggap lard (lemak babi) lebih sedap dan sesuai untuk memasak.

Hakikatnya, tiada satu jenis lemak yang boleh dianggap 100% baik atau 100% buruk. Kesannya bergantung kepada jenis lemak, kuantiti yang diambil dan corak pemakanan seseorang secara keseluruhan.

1. Lard (Lemak Babi)
Lard merupakan lemak yang diekstrak daripada tisu lemak babi. Ia banyak digunakan dalam pembuatan pastri kerana menghasilkan tekstur yang rangup dan lembut.

Kelebihan
โ€ข Memberikan rasa yang sedap dan aroma yang unik.
โ€ข Stabil untuk beberapa kaedah memasak.

Kekurangan
โ€ข Mengandungi lemak tepu yang agak tinggi.
โ€ข Pengambilan berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.
โ€ข Tidak sesuai untuk pengguna Muslim.

Kesimp**an: Sedap untuk masakan tertentu tetapi tidak digalakkan diambil secara berlebihan.

2. Mentega (Butter)
Mentega dihasilkan daripada lemak susu.

Kelebihan
โ€ข Mengandungi vitamin larut lemak seperti Vitamin A.
โ€ข Memberikan rasa yang kaya kepada makanan.

Kekurangan
โ€ข Tinggi lemak tepu.
โ€ข Pengambilan berlebihan boleh meningkatkan paras kolesterol LDL (kolesterol "jahat").

Kesimp**an: Sesuai digunakan secara sederhana tetapi bukan pilihan terbaik jika digunakan secara berlebihan setiap hari.

3. Minyak Sawit
Minyak sawit sering menjadi mangsa persepsi negatif walaupun banyak kajian menunjukkan ia mempunyai profil lemak yang seimbang.

Kelebihan
โ€ข Mengandungi Vitamin E (tocotrienol dan tocopherol).
โ€ข Lebih stabil pada suhu tinggi berbanding sesetengah minyak sayuran lain.
โ€ข Mempunyai gabungan lemak tepu dan lemak tak tepu yang agak seimbang.

Kekurangan
โ€ข Jika digunakan berulang kali untuk menggoreng, kualitinya akan merosot dan menghasilkan bahan yang tidak baik untuk kesihatan.
โ€ข Pengambilan berlebihan tetap menyumbang kepada lebihan kalori.

Kesimp**an: Minyak sawit yang digunakan dengan betul dan tidak dipanaskan berulang kali merupakan pilihan yang baik untuk kegunaan harian.

4. Lemak Haiwan Lain (Lembu, Kambing dan Sebagainya)
Lemak haiwan seperti tallow (lemak lembu) juga semakin pop**ar dalam sesetengah trend pemakanan.

Kelebihan
โ€ข Tahan haba tinggi.
โ€ข Memberikan rasa yang kuat kepada makanan.

Kekurangan
โ€ข Tinggi lemak tepu.
โ€ข Pengambilan berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.
โ€ข
Kesimp**an: Boleh digunakan tetapi perlu dikawal dari segi kuantiti.

Jadi Yang Mana Paling Selamat?
Jika disusun secara umum berdasarkan bukti saintifik semasa dan penggunaan harian:
๐Ÿฅ‡ Minyak sawit (digunakan dengan betul)
๐Ÿฅˆ Mentega
๐Ÿฅ‰ Lemak haiwan (tallow)
๐Ÿ… Lard

Namun perlu difahami bahawa faktor paling penting bukanlah jenis lemak semata-mata, tetapi:
โ€ข Jumlah yang diambil.
โ€ข Kekerapan pengambilan.
โ€ข Cara memasak.
โ€ข Gaya hidup keseluruhan.

Seseorang yang mengambil sedikit mentega dalam diet seimbang mungkin lebih sihat berbanding individu yang mengambil minyak sawit secara berlebihan setiap hari.

Aspek Keselamatan Makanan
Selain aspek pemakanan, semua produk lemak dan minyak yang dijual di Malaysia perlu mematuhi keperluan perundangan yang ditetapkan di bawah:

Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983.

Peraturan ini merangkumi perkara seperti:
โ€ข Standard identiti produk.
โ€ข Pelabelan makanan.
โ€ข Kandungan bahan yang dibenarkan.
โ€ข Kualiti dan keselamatan produk.
โ€ข Keperluan pembungkusan.
โ€ข Pengisytiharan ramuan dan alergen.

Mana-mana produk seperti minyak sawit, mentega, marjerin, shortening, lemak haiwan atau produk berasaskan lemak yang dipasarkan kepada pengguna hendaklah mematuhi peruntukan yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Makanan bagi memastikan produk tersebut selamat, berkualiti dan tidak mengelirukan pengguna.

Penutup

Lemak bukanlah musuh. Tubuh manusia memerlukan lemak untuk tenaga, pembentukan hormon dan penyerapan vitamin. Yang menjadi masalah ialah pengambilan berlebihan dan penggunaan yang tidak terkawal.

Jadi, daripada bertanya "lemak mana paling bahaya?", mungkin soalan yang lebih tepat ialah:

"Berapa banyak lemak yang saya ambil setiap hari?"

Kerana dalam pemakanan, keseimbangan sentiasa lebih penting daripada mencari satu bahan yang dianggap sempurna.



Anda belajar sesuatu, sila Like, Share dan Comment.

08/06/2026

๐—Ÿ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ธ ๐—›๐—ฎ๐—ถ๐˜„๐—ฎ๐—ป: ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜†๐—ฎ?

Oleh Sazly Tulih

"Bahagian paling sedap itu biasanya bahagian yang paling berlemak."

Ayat ini mungkin biasa kita dengar apabila menikmati rendang, sate, sup tulang, kambing bakar atau nasi kandar. Lemak haiwan sememangnya memberikan rasa yang lebih enak, aroma yang lebih menggoda dan tekstur yang lebih lembut. Namun persoalannya, adakah lemak haiwan sebenarnya baik untuk kesihatan atau menjadi ancaman senyap kepada tubuh kita?

๐—”๐—ฝ๐—ฎ ๐—œ๐˜๐˜‚ ๐—Ÿ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ธ ๐—›๐—ฎ๐—ถ๐˜„๐—ฎ๐—ป?

Lemak haiwan ialah lemak yang berasal daripada haiwan seperti lembu, kambing, ayam, itik dan lain-lain. Ia boleh ditemui pada kulit ayam, lapisan lemak pada daging, sumsum tulang serta produk tenusu seperti mentega dan keju.

Lemak ini mengandungi pelbagai jenis asid lemak, termasuk lemak tepu (saturated fat) yang sering menjadi perhatian pakar kesihatan.

๐—ž๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐—Ÿ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ธ ๐—›๐—ฎ๐—ถ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ?

Dari sudut sains makanan, lemak memainkan peranan penting dalam menghasilkan rasa dan aroma.

Antara sebab makanan berlemak lebih sedap ialah:
โ–ช๏ธ Memberikan tekstur yang lembut dan berjus.
โ–ช๏ธ Membantu membawa dan menguatkan aroma makanan.
โ–ช๏ธ Memberikan rasa kenyang yang lebih lama.
โ–ช๏ธ Menjadikan makanan lebih memuaskan apabila dimakan.

Sebab itulah kulit ayam goreng, rendang berlemak atau daging wagyu mendapat tempat di hati ramai peminat makanan.

๐—”๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—Ÿ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ธ ๐—›๐—ฎ๐—ถ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜†๐—ฎ?

Jawapannya: bergantung kepada jumlah dan corak pengambilan.
Tubuh manusia sebenarnya memerlukan lemak untuk:
โ–ช๏ธMembekalkan tenaga.
โ–ช๏ธ Membantu penyerapan vitamin A, D, E dan K.
โ–ช๏ธ Melindungi organ dalaman.
โ–ช๏ธ Membantu pembentukan hormon tertentu.

Masalah mula timbul apabila pengambilan lemak tepu terlalu tinggi dan berterusan dalam jangka masa panjang.

Kajian menunjukkan pengambilan lemak tepu yang berlebihan boleh meningkatkan paras kolesterol LDL atau "kolesterol jahat". Keadaan ini boleh menyumbang kepada:
โ–ช๏ธ Penyakit jantung.
โ–ช๏ธ Tekanan darah tinggi.
โ–ช๏ธ Strok.
โ–ช๏ธ Obesiti.
โ–ช๏ธ Diabetes jenis 2.

๐—Ÿ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ธ ๐—›๐—ฎ๐—ถ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—•๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐˜‚๐˜€๐˜‚๐—ต ๐— ๐˜‚๐˜๐—น๐—ฎ๐—ธ

Ramai yang menganggap semua lemak haiwan perlu dielakkan. Hakikatnya tidak semestinya begitu.

Sebagai contoh:
โ–ช๏ธ Ikan berlemak seperti salmon dan sardin mengandungi asid lemak omega-3 yang baik untuk jantung.
โ–ช๏ธ Daging tanpa lemak masih boleh menjadi sumber protein yang berkualiti.

Pengambilan secara sederhana tidak semestinya memberi kesan buruk kepada individu yang sihat.

Yang menjadi masalah ialah apabila makanan berlemak diambil secara berlebihan, ditambah p**a dengan gaya hidup kurang aktif.

๐—•๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—ธ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ถ ๐—Ÿ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ธ ๐—›๐—ฎ๐—ถ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐—•๐—ถ๐—ท๐—ฎ๐—ธ?

Beberapa langkah mudah boleh diamalkan:
โœ“ Pilih potongan daging yang kurang lemak.
โœ“ Buang kulit ayam sebelum dimakan jika sesuai.
โœ“ Seimbangkan hidangan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.
โœ“ Kurangkan makanan bergoreng secara kerap.
โœ“ Amalkan aktiviti fizikal secara konsisten.
โœ“ Nikmati makanan berlemak sebagai hidangan sekali-sekala, bukan setiap hari.

๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป

Lemak haiwan bukanlah racun, tetapi ia juga
bukan lesen untuk makan tanpa had. Dalam dunia pemakanan, jarang ada makanan yang "jahat" atau "baik" secara mutlak. Yang menentukan kesannya ialah kuantiti, kekerapan dan gaya hidup seseorang.

Jadi, lemak haiwan itu sedap atau bahaya?
Jawapannya mudah: sedap apabila dinikmati secara sederhana, tetapi boleh menjadi bahaya apabila berlebihan.

Seperti kata orang lama, "yang berlebihan itu selalunya membawa mudarat." Dalam hal makanan, nasihat itu masih relevan sehingga hari ini.

08/06/2026

Ultra-Processed Food (UPF): Ancaman Senyap di Sebalik Kemudahan

Oleh: Sazly Tulih

Kita hidup dalam dunia yang serba pantas. Sarapan boleh dibeli di stesen minyak, makan tengah hari boleh ditempah melalui aplikasi, dan makan malam boleh dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro hanya dalam beberapa minit. Kemudahan ini menjadikan kehidupan lebih mudah, namun di sebalik kemudahan tersebut tersembunyi satu cabaran besar kepada Keselamatan msksnsn iaitu makanan ultra-proses atau Ultra-Processed Foods (UPF).

Ramai beranggapan masalah pemakanan hanyalah soal disiplin individu. Jika seseorang mengalami obesiti atau diabetes, mereka sering dipersalahkan kerana tidak menjaga pemakanan. Hakikatnya, isu ini jauh lebih kompleks daripada sekadar pilihan peribadi.

Pilihan makanan yang kita buat setiap hari sebenarnya dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Harga makanan, kemudahan mendapatkan produk, iklan yang agresif, reka bentuk pembungkusan yang menarik, promosi berterusan di media sosial serta norma masyarakat memainkan peranan besar dalam menentukan apa yang masuk ke dalam troli membeli-belah kita.

Di sinilah UPF menjadi isu yang penting untuk dibincangkan.

Makanan ultra-proses lazimnya mengandungi kandungan gula, garam, lemak dan bahan tambahan yang tinggi. Produk ini direka untuk tahan lama, mudah dimakan dan memberikan rasa yang sangat menarik kepada pengguna. Akibatnya, ia menjadi pilihan utama ramai orang, terutama dalam kehidupan moden yang sibuk.

Namun, pelbagai kajian antarabangsa menunjukkan pengambilan UPF secara berlebihan dikaitkan dengan peningkatan risiko obesiti, diabetes, penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan pelbagai penyakit tidak berjangkit yang lain.

Apa yang lebih membimbangkan, makanan jenis ini sering kali lebih murah dan lebih mudah diperoleh berbanding pilihan makanan yang lebih sihat. Keadaan ini mewujudkan satu persekitaran makanan yang mendorong masyarakat untuk memilih makanan yang kurang berkhasiat tanpa mereka sedari.

Sudah tentu, kita tidak boleh menafikan bahawa industri makanan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara. Industri ini menyediakan peluang pekerjaan, merangsang perdagangan dan memacu inovasi. Namun pembangunan ekonomi tidak boleh mengorbankan kesihatan rakyat.

Cabaran sebenar adalah mencari keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan perlindungan kesihatan awam.
Atas sebab itu, usaha menangani isu UPF tidak boleh bergantung kepada kempen pendidikan semata-mata. Memberitahu orang ramai supaya "makan secara sihat" tidak mencukupi jika makanan tidak sihat terus menjadi pilihan yang paling murah, paling mudah dan paling banyak dipromosikan.

Pendekatan yang lebih menyeluruh perlu dipertimbangkan. Antaranya termasuk memperkukuhkan pelabelan makanan, mengawal pemasaran kepada kanak-kanak, menggalakkan reformulasi produk bagi mengurangkan kandungan gula dan garam, memperbaiki persekitaran makanan di sekolah dan tempat kerja serta memperluaskan akses kepada pilihan makanan yang lebih sihat.

Kesihatan rakyat sebenarnya tidak hanya ditentukan di klinik atau hospital. Ia turut ditentukan di pasar raya, kantin sekolah, tempat kerja, media sosial, papan iklan dan dalam setiap keputusan harian yang dibuat oleh pengguna.

Apa yang kita makan hari ini akan menentukan tahap kesihatan generasi akan datang. Jika kita benar-benar mahu membina sebuah negara yang sihat, perbincangan mengenai makanan ultra-proses perlu diteruskan secara terbuka, berasaskan bukti dan melibatkan semua pihak.

Kerana pada akhirnya, membina persekitaran makanan yang sihat bukan sekadar tanggungjawab individu. Ia adalah tanggungjawab bersama seluruh masyarakat.

06/06/2026

Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2026

7 Jun bukan sekadar satu tarikh dalam kalendar. Ia adalah peringatan kepada kita semua bahawa makanan yang selamat bukan berlaku secara kebetulan. Di sebalik setiap hidangan yang sampai ke meja makan, terdapat rantaian panjang yang melibatkan petani, penternak, pengilang, pengangkut, peniaga dan juga pengguna.

Tema Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2026, โ€œDaripada Bebanan kepada Penyelesaian โ€“ Makanan Selamat di Mana Juaโ€ mengingatkan kita bahawa isu keselamatan makanan bukan lagi sekadar cabaran yang perlu dibincangkan, tetapi satu tanggungjawab yang memerlukan tindakan dan penyelesaian.

Dunia hari ini berdepan pelbagai cabaran. Perubahan iklim, pencemaran alam sekitar, penggunaan bahan kimia yang tidak terkawal, penipuan makanan serta peningkatan permintaan makanan yang tinggi memberi tekanan kepada sistem bekalan makanan global. Jika tidak ditangani dengan baik, semua ini boleh menjadi punca kepada pencemaran makanan dan penyakit bawaan makanan.

Namun, setiap cabaran mempunyai penyelesaiannya.

Penyelesaian bermula di ladang apabila amalan pertanian yang baik diamalkan. Ia diteruskan di kilang melalui pematuhan GMP, HACCP dan sistem kawalan kualiti yang berkesan. Di premis makanan p**a, kebersihan diri pengendali makanan, penyimpanan makanan pada suhu yang betul serta pencegahan pencemaran silang menjadi benteng utama keselamatan makanan.

Sebagai pengguna, kita juga memainkan peranan penting. Membasuh tangan sebelum makan, memilih premis yang bersih, menyimpan makanan dengan betul dan mengelakkan pembaziran makanan adalah antara langkah kecil yang memberi impak besar.

Hakikatnya, keselamatan makanan bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata. Ia adalah tanggungjawab bersama. Setiap individu dalam rantaian makanan mempunyai peranan masing-masing untuk memastikan makanan yang dihasilkan, dijual dan dimakan adalah selamat.

Sebagai seorang yang telah lama berkecimpung dalam bidang keselamatan makanan, saya percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama. Apabila ilmu keselamatan makanan difahami dan diamalkan, kita bukan sahaja melindungi diri sendiri, malah melindungi keluarga, pelanggan dan masyarakat keseluruhannya.

Sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2026, marilah kita sama-sama memperkukuhkan budaya keselamatan makanan dalam kehidupan seharian. Kerana setiap makanan yang selamat bukan sekadar mengenyangkan perut, tetapi juga menjaga kesihatan, kesejahteraan dan masa depan generasi akan datang.

Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama. Makanan Selamat, Di Mana Jua.

โ€” Sazly Tulih โœ๏ธ

06/06/2026

๐— ๐—ฒ๐—ฒ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ: ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ, ๐— ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐—ต... ๐—ง๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—๐—ถ๐—ธ๐—ฎ ๐——๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—น๐˜‚?

Oleh Sazly Tulih

Mee segera merupakan antara makanan yang paling pop**ar di dunia. Harganya murah, mudah disediakan dan mempunyai pelbagai pilihan perisa yang menarik. Bagi pelajar, pekerja yang sibuk atau individu yang ingin berjimat, mee segera sering menjadi pilihan utama ketika lapar.

Namun, timbul persoalan yang sering ditanya:

Bahayakah jika kita makan mee segera dengan kerap?

๐— ๐—ฒ๐—ฒ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—•๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚๐—ป

Pertama sekali, perlu difahami bahawa mee segera yang dijual secara sah di pasaran telah melalui proses kawalan kualiti dan memenuhi keperluan keselamatan makanan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Maksudnya, makan mee segera sekali-sekala tidak akan menyebabkan seseorang jatuh sakit secara serta-merta.

Masalah sebenar bukan terletak pada mee segera itu sendiri, tetapi pada corak pemakanan yang tidak seimbang apabila ia diambil terlalu kerap.

๐—ž๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—š๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ

Kebanyakan mee segera mengandungi kandungan natrium (garam) yang agak tinggi, terutamanya dalam paket perencah.

Pengambilan garam yang berlebihan dalam jangka masa panjang boleh meningkatkan risiko:
๐Ÿ˜ต Tekanan darah tinggi
๐Ÿ˜ต Penyakit jantung
๐Ÿ˜ต Strok
๐Ÿ˜ต Penyakit buah pinggang

Ada sesetengah hidangan mee segera yang boleh menyumbang lebih separuh daripada keperluan natrium harian seorang dewasa.

๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ ๐—Ÿ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฎ๐—น๐—ผ๐—ฟ๐—ถ

Mee segera biasanya digoreng terlebih dahulu sebelum dikeringkan bagi memanjangkan jangka hayat produk.

Akibatnya, sesetengah produk mengandungi kandungan lemak yang agak tinggi.

Jika diambil dengan kerap tanpa kawalan, ia boleh menyumbang kepada:
๐Ÿค• Pertambahan berat badan
๐Ÿค• Obesiti
๐Ÿค• Risiko penyakit metabolik

Lebih membimbangkan apabila mee segera dimakan bersama makanan lain yang tinggi lemak seperti sosej, nuget atau makanan bergoreng.

๐—ž๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ก๐˜‚๐˜๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด

Walaupun mengenyangkan, mee segera biasanya rendah kandungan:
โ–ช๏ธ Serat
โ–ช๏ธ Vitamin
โ–ช๏ธ Mineral
โ–ช๏ธ Protein berkualiti

Jika seseorang menjadikan mee segera sebagai makanan utama hampir setiap hari, tubuh mungkin tidak mendapat nutrien yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik.
Dalam jangka masa panjang, amalan ini boleh menjejaskan kesihatan keseluruhan.

๐—•๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐— ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ฒ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐——๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐—ฆ๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜?

Jawapannya, boleh.

Beberapa langkah mudah boleh dilakukan:
โœ… Kurangkan penggunaan perencah.
โœ… Tambahkan sayur-sayuran seperti sawi, bayam atau kubis.
โœ… Masukkan sumber protein seperti telur, ayam atau ikan.
โœ… Elakkan menambah garam atau sos secara berlebihan.
โœ… Jadikan mee segera sebagai pilihan sekali-sekala, bukan makanan harian.

๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—”๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฒ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป

Seperti banyak makanan lain, isu utama bukanlah "boleh atau tidak boleh makan", tetapi berapa kerap kita memakannya.

Makan mee segera sekali-sekala ketika kesuntukan masa mungkin tidak menjadi masalah. Namun jika sarapan, makan tengah hari dan makan malam semuanya berasaskan mee segera, tubuh kita akhirnya akan "membayar harga" akibat ketidakseimbangan nutrisi tersebut.

๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐˜๐˜‚๐—ฝ

Mee segera bukanlah musuh. Ia dicipta untuk memberikan kemudahan kepada pengguna. Namun kemudahan tidak seharusnya menggantikan pemakanan yang seimbang.

Sebagai pengguna yang bijak, kita perlu melihat mee segera sebagai makanan kecemasan atau pilihan sekali-sekala, bukannya menu harian.

Ingatlah, apa yang mengenyangkan perut tidak semestinya mencukupkan keperluan tubuh. Kesihatan yang baik bermula daripada pilihan makanan yang kita buat setiap hari.

Sazly Tulih
Penulis dan Pengamal Keselamatan Makanan

04/06/2026

๐˜ผ๐™ˆ๐™ ๐˜ฟ๐™–๐™ก๐™–๐™ข ๐™ˆ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ๐™–๐™ฃ

Pernahkah kita terfikir bahawa sepinggan ayam goreng, segelas susu atau ikan yang kita makan mungkin membawa bersama satu ancaman yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar?

Bukan bakteria biasa. Bukan juga bahan kimia.

Tetapi bakteria yang sudah "kebal" terhadap antibiotik.

Inilah yang dikenali sebagai Antimicrobial Resistance (AMR) atau kerintangan antimikrob.

AMR berlaku apabila bakteria, virus, kulat atau parasit berubah dan menjadi tahan terhadap ubat yang sepatutnya mampu membunuh atau mengawalnya. Akibatnya, rawatan menjadi kurang berkesan, tempoh penyakit menjadi lebih lama dan risiko kematian meningkat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggap AMR sebagai salah satu ancaman kesihatan global terbesar pada abad ini.

๐—”๐—ฝ๐—ฎ ๐—ธ๐—ฎ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—”๐— ๐—ฅ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป?

Ramai yang menyangka AMR hanya berkaitan dengan hospital dan penggunaan antibiotik dalam kalangan manusia.

Hakikatnya, makanan juga memainkan peranan penting.

Dalam sektor penternakan dan akuakultur, antibiotik digunakan untuk merawat penyakit haiwan. Jika penggunaan antibiotik tidak dikawal dengan baik, bakteria dalam haiwan boleh membina daya tahan terhadap antibiotik tersebut.

Bakteria yang kebal ini kemudiannya boleh berpindah kepada manusia melalui beberapa cara:

Pengambilan makanan yang tercemar.
Pengendalian makanan mentah yang tidak bersih.
Pencemaran silang semasa penyediaan makanan.
Alam sekitar yang tercemar dengan sisa ternakan.

Walaupun makanan dimasak dengan sempurna mampu membunuh kebanyakan bakteria, risiko pencemaran silang sebelum proses memasak masih boleh berlaku.

๐—•๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—”๐— ๐—ฅ ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ ๐—บ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ?

Bayangkan seekor ayam yang menerima antibiotik secara tidak terkawal.

Dalam usus ayam tersebut mungkin terdapat bakteria yang berjaya "belajar" menentang antibiotik. Apabila ayam disembelih dan diproses, bakteria ini boleh mencemari daging.

Jika pengendalian daging tidak bersih, bakteria tersebut boleh merebak ke tangan, pisau, papan pemotong atau makanan lain.

Apabila manusia dijangkiti bakteria kebal ini, rawatan menjadi lebih sukar kerana antibiotik yang biasa digunakan mungkin tidak lagi berkesan.

Inilah sebabnya AMR bukan sekadar isu veterinar atau perubatan. Ia adalah isu keselamatan makanan.

๐—”๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฎ ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ถ ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ฏ๐—ถ๐—ผ๐˜๐—ถ๐—ธ?

Tidak.

Sistem kawalan makanan di Malaysia mempunyai pelbagai mekanisme pemantauan untuk memastikan makanan yang berada di pasaran mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan.

Namun begitu, AMR bukan hanya berkaitan residu antibiotik dalam makanan.

Isu yang lebih membimbangkan ialah kewujudan bakteria yang telah menjadi kebal terhadap antibiotik.

Dalam erti kata lain, walaupun tiada residu antibiotik dikesan, bakteria tahan antibiotik masih boleh wujud jika langkah kawalan tidak dilaksanakan dengan baik di sepanjang rantaian makanan.

๐—”๐—ฝ๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป?

Sebagai pengguna, kita mungkin tidak mampu mengawal penggunaan antibiotik di ladang, tetapi kita boleh mengurangkan risiko melalui amalan keselamatan makanan yang baik.

1. Asingkan makanan mentah dan makanan sedia dimakan

Gunakan papan pemotong dan peralatan yang berbeza untuk daging mentah dan makanan yang telah dimasak.

2. Masak makanan dengan sempurna

Pastikan ayam, daging dan makanan laut dimasak sehingga mencapai suhu yang sesuai.

3. Basuh tangan dengan betul

Cuci tangan menggunakan sabun sebelum dan selepas mengendalikan makanan mentah.

4. Simpan makanan pada suhu yang betul

Penyimpanan yang baik dapat mengurangkan pertumbuhan bakteria.

5. Gunakan antibiotik secara bertanggungjawab

Jangan mengambil antibiotik tanpa preskripsi atau menghentikan rawatan sesuka hati. Penggunaan antibiotik yang tidak terkawal dalam manusia juga menyumbang kepada masalah AMR.

๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป "๐—ข๐—ป๐—ฒ ๐—›๐—ฒ๐—ฎ๐—น๐˜๐—ต"

AMR tidak boleh diselesaikan oleh satu sektor sahaja.

Doktor, doktor veterinar, penternak, pengusaha makanan, saintis dan pengguna perlu bekerjasama.

Pendekatan ini dikenali sebagai One Health, iaitu mengiktiraf bahawa kesihatan manusia, haiwan dan alam sekitar saling berkait rapat.

Jika penggunaan antibiotik dalam mana-mana sektor tidak dikawal, kesannya akhirnya akan dirasai oleh semua.

๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐˜๐˜‚๐—ฝ

Ancaman AMR tidak datang dengan bunyi siren atau amaran kecemasan. Ia bergerak secara senyap.

Hari ini antibiotik masih mampu menyelamatkan nyawa. Namun jika AMR terus meningkat, suatu hari nanti jangkitan yang mudah dirawat mungkin kembali menjadi ancaman yang membawa maut.

Keselamatan makanan bukan sekadar memastikan makanan bebas daripada kotoran atau bahan cemar. Ia juga melibatkan usaha memastikan bakteria berbahaya tidak menjadi semakin kebal sehingga rawatan tidak lagi berkesan.

Kerana pada akhirnya, melindungi keberkesanan antibiotik bukan hanya tanggungjawab doktor atau saintis.

Ia adalah tanggungjawab kita semua..... dari ladang, ke kilang, ke dapur, hingga ke meja makan.

Photos from Sazly Tulih Page's post 02/06/2026

๐—˜๐—ฉ, ๐—ฃ๐—›๐—˜๐—ฉ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—ฐ๐—ฎ๐˜€ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฅ&๐—ฅ
(versi: Benda boleh gaduh, Buat apa nak bincang)

Musim perayaan memang mengajar banyak perkara. Selain menguji kesabaran di lebuh raya, ia juga menguji perangai manusia apabila berdepan sesuatu yang terhad.

Tahun ini, antara yang menjadi perhatian ialah stesen pengecas EV di R&R. Ada yang beratur panjang, ada yang menunggu hampir sejam, dan ada juga yang mula berdebat. Pengguna EV kata pengecas itu sepatutnya diberi keutamaan kepada mereka kerana kereta mereka bergantung sepenuhnya kepada elektrik. Pengguna PHEV p**a tidak bersetuju.

Kata mereka, kereta mereka juga mempunyai soket pengecas dan mereka juga berhak menggunakan kemudahan yang disediakan.

Bagi saya, mudah sahaja.
Siapa sampai dahulu, dia guna dahulu.
Bukankah itu lebih adil?

Kalau setiap orang mula merasakan dirinya lebih layak daripada orang lain, sampai bila pun masalah tidak akan selesai. Pengecas EV bukan milik pengguna EV sahaja dan bukan juga hak eksklusif pengguna PHEV. Ia adalah kemudahan awam yang disediakan untuk kenderaan yang layak menggunakannya.

Yang lebih penting sebenarnya ialah perancangan perjalanan.

Jika memilih untuk memandu EV atau PHEV, maka bersedialah dengan segala kelebihan dan kekangannya. Semak lokasi pengecas, kira jarak perjalanan, rancang waktu berhenti dan sentiasa ada pelan alternatif. Jangan hanya bergantung kepada satu pengecas di satu R&R, kemudian marah apabila terpaksa beratur panjang.

Teknologi kenderaan semakin maju, tetapi sikap pengguna juga perlu bergerak seiring.
Kadang-kadang saya melihat keadaan ini dan terfikir, mungkin sebab itu ramai yang masih selesa dengan kenderaan hibrid biasa. Tidak perlu berebut pengecas, tidak perlu risau bateri hampir habis di tengah perjalanan jauh, dan dalam masa yang sama masih dapat menikmati penjimatan bahan api yang ketara berbanding enjin konvensional.

Apa pun pilihan kita, EV, PHEV atau hibrid, jalan raya bukan milik seorang. Kemudahan yang ada juga bukan untuk satu golongan sahaja.

Hari raya sepatutnya mengajar kita tentang bertolak ansur, bukan berlumba-lumba menunjukkan siapa yang lebih berhak.

Kadang-kadang, bateri yang perlu dicas bukan kereta.

Tetapi kesabaran kita sendiri.

Photos from Sazly Tulih Page's post 29/05/2026

Bila Budaya Negara Asal Tidak Sesuai Diamalkan dalam Pengendalian Makanan di Malaysia

Oleh: Sazly Tulih

Malaysia merupakan sebuah negara yang menerima kehadiran pekerja asing dan pelarian daripada pelbagai latar belakang budaya dan negara. Kehadiran mereka banyak membantu sektor pembinaan, perkilangan, perladangan dan juga makanan. Namun begitu, terdapat satu perkara yang tidak boleh dikompromi iaitu aspek keselamatan makanan dan kesihatan awam.

Setiap negara mempunyai amalan dan norma kebersihan yang berbeza. Ada perkara yang mungkin dianggap biasa di negara asal mereka, tetapi tidak memenuhi standard kebersihan dan keselamatan makanan yang ditetapkan di Malaysia.

Sepanjang bertugas dan menjalankan pemeriksaan, saya pernah melihat pelbagai amalan yang menimbulkan kebimbangan. Antaranya mencuci bekas makanan menggunakan air lopak atau air yang bertakung di tepi jalan, mencuci peralatan berhampiran longkang, tidak mencuci tangan selepas menggunakan tandas, memakai pakaian yang kotor ketika mengendalikan makanan, serta menyediakan makanan di kawasan yang tercemar dengan habuk, sampah atau kehadiran serangga perosak.

Mungkin di sesetengah tempat, amalan tersebut dianggap memadai berdasarkan keadaan setempat dan kemudahan yang tersedia. Namun apabila berada di Malaysia, semua pengendali makanan perlu mematuhi peraturan dan standard kebersihan yang telah ditetapkan. Mikroorganisma penyebab penyakit tidak mengenal bangsa, negara atau budaya. Bakteria seperti Salmonella, Escherichia coli dan Staphylococcus aureus boleh mencemari makanan jika kebersihan diri dan persekitaran tidak dijaga.

Apa yang lebih membimbangkan ialah pencemaran silang boleh berlaku tanpa disedari. Tangan yang kotor, bekas yang tidak dicuci dengan sempurna, atau air yang tercemar boleh menjadi medium penyebaran penyakit bawaan makanan. Akibatnya bukan sahaja menjejaskan pengguna, malah boleh menyebabkan kejadian keracunan makanan yang melibatkan ramai mangsa.

Dalam perkara ini, kita perlu berlaku adil. Isunya bukan soal kewarganegaraan atau bangsa seseorang. Ramai juga rakyat tempatan yang masih mengabaikan aspek kebersihan ketika mengendalikan makanan. Namun cabaran menjadi lebih besar apabila terdapat pekerja yang datang daripada latar belakang yang tidak pernah didedahkan kepada amalan kebersihan makanan yang sistematik atau latihan keselamatan makanan yang formal.

Oleh sebab itu, pendidikan dan latihan berterusan sangat penting. Setiap majikan yang menggaji pekerja asing perlu memastikan mereka menghadiri latihan pengendali makanan, memahami amalan kebersihan diri, mengetahui cara mencuci peralatan dengan betul, serta memahami keperluan penyimpanan dan penyediaan makanan yang selamat.

Pihak berkuasa p**a perlu terus memperkukuhkan penguatkuasaan dan program pendidikan agar mesej keselamatan makanan dapat difahami oleh semua golongan tanpa mengira bahasa dan negara asal. Penggunaan bahan latihan dalam pelbagai bahasa mungkin dapat membantu meningkatkan kefahaman mereka.

Hakikatnya, apabila seseorang memilih untuk bekerja dan menjalankan perniagaan makanan di Malaysia, mereka juga perlu menerima dan mematuhi standard yang ditetapkan di negara ini. Keselamatan makanan bukan sekadar budaya atau pilihan peribadi. Ia adalah tanggungjawab bersama untuk melindungi kesihatan pengguna.

Makanan yang selamat bermula daripada tangan yang bersih, peralatan yang bersih dan persekitaran yang bersih. Apa yang dianggap biasa di tempat lain tidak semestinya sesuai diamalkan di sini. Dalam soal keselamatan makanan, standard Malaysia perlu dihormati dan dipatuhi demi kesejahteraan semua.

"Kita boleh menerima kepelbagaian budaya, tetapi kita tidak boleh berkompromi dengan keselamatan makanan." โ€“ Sazly Tulih.



Gambar Korban: TheReporter

26/05/2026

Salam Aidiladha..

โ€œDalam setiap pengorbanan yang ikhlas, Allah selitkan sebuah kejayaan yang indah pada waktunya.โ€

Want your school to be the top-listed School/college in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Ipoh
30000