11/06/2026
PAMERAN BERKAITAN PENYALAHGUNAAN DADAH oleh Pihak Narkotik Perak.
Tarikh: 11 Jun 2026 (Khamis)
Masa: 9.00-12.00
Tempat: Dataran depan surau
Sasaran: Semua murid tahap 2
Perasmian oleh:
Sub Insp Noor Diana Binti Rosli (Narkotik IPD Ipoh)
09/06/2026
9 Jun 2026
Pertandingan Scrabble
09/06/2026
9 Jun 2026
Kejohanan Olahraga dan Balapan MSSD 2026
Lontar Peluru (P)
05/06/2026
"Persediaan yang baik adalah langkah pertama menuju kejayaan"
05/06/2026
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
Salam hormat,
Sekolah akan dibuka semula setelah cuti pertengahan tahun selama dua minggu.
Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian agar hari persekolahan pada Isnin, 8 Jun 2026 nanti berlangsung dengan teratur sekali.
Ibu ayah/penjaga murid perlu pastikan :
1. Kesihatan fizikal dan emosi anak/anak jagaan berada dalam keadaan yang terbaik. Pastikan anak benar² sihat sebelum dibenarkan hadir ke sekolah.
2. Pastikan kekemasan diri khususnya rambut, kuku dan seragam mematuhi peraturan sekolah.
3. Pastikan anak/anak jagaan telah menyiapkan semua tugasan yang diberikan oleh para guru.
4. Pastikan anak/anak jagaan telah mengemas beg serta menyusun buku dengan mengikut jadual waktu.
5. Pastikan kelengkapan alat tulis lengkap.
6. Sehari sebelum hari persekolahan, pastikan anak/anak jagaan mendapat rehat yang cukup.
7. Kawal waktu solat, waktu belajar, waktu main, waktu tidur, waktu makan dan waktu menonton televisyen anak/anak jagaan. Paling utama kawal kebebasan anak/anak jagaan sewaktu menggunakan gajet !
8. Pesan dan nasihat serta berikan kata² motivasi serta kasih sayang agar anak termotivasi untuk menjadi anak yang mendoakan syurga buat ibu ayahnya.
9. Cipta suasana indah semasa bersama anak/anak jagaan agar melaluinya anak akan lebih terangsang untuk menghargai kenangan tersebut seterusnya berusaha untuk membahagiakan ibu ayahnya.
10. Doakan anak/anak jagaan agar mereka berjaya menjadi anak yang soleh/solehah.
Warga SPATRA menanti kehadiran anak/anak jagaan tuan dengan hati dan perasaan yang gembira.
Izinkan kami melakar masa depan anak/anak jagaan tuan agar hasilnya menjadi satu lukisan indah buat agama, nusa dan bangsa.
Terima kasih.
(SALEHUDDIN ZAINAN)
PK HEM
SPATRA
25/05/2026
MAKLUMAT PENTING DARI KPM
24/05/2026
Pemenang Aktiviti -Aktiviti
Minggu Bahasa Melayu
Sesi Petang