30/04/2026
๐ ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ด๐ฟ๐ฎ๐บ ๐๐ฎ๐๐๐ฎ๐ฏ๐ถ๐พ๐ 1447๐ ๐
Alhamdulillah, sepanjang bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, para pelajar telah berjaya menyempurnakan hafalan sebanyak 1 juzuk Al-Quran.
Bagi kategori Hafazan Unggul, penghargaan khas diberikan kepada pelajar terbaik yang berjaya menghafal melebihi 20 muka surat beserta ulangan yang mantap.
โจ Tahniah diucapkan kepada 15 orang pelajar yang telah mencapai kejayaan ini.
Semoga terus istiqamah dan cemerlang dalam perjalanan menghafal Al-Quran, serta berjaya di dunia dan akhirat.
30/04/2026
29 April 2026 Rabu - Penyerahan sumbangan bagi kelengkapan fasiliti asrama dan kelas sekolah telah disempurnakan oleh YABhg Datin Seri Aezer binti Zubin isteri YAB Menteri Besar Perak dalam satu program yang diadakan di Casuarina Hotel.
Senarai penyempurnaan sumbangan adalah seperti berikut:
1. Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia Perhubungan Negeri Perak
2. Persatuan Isteri dan Staf Wanita USAS (USASNITA)
3. BAIDURI
4. PERKIM
5. Persatuan Pink Champion Perak
6. Mr Yakup Jun Aynacioglu
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas sokongan dan sumbangan yang diberikan terutama Datin Fairuz atas jemputan Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat ADDIN Kg Kepayang ke program tersebut.
30/04/2026
Alhamdulillah..
MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI KELAB BAKTI GUNUNG KLEDANG & PERASMIAN MTQ ADDIN KG KEPAYANG
17 April 2026M bersamaan 28 Syawal 1447H - Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Kelab Bakti Gunung Kledang (KBGK) yang turut diserikan dengan Perasmian Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat ADDIN Kg Kepayang.
Majlis yang penuh bermakna ini bukan sahaja menjadi wadah mengeratkan silaturrahim sempena bulan Syawal yang mulia, malah turut mencatat satu lagi detik bersejarah dalam usaha memperkasa pendidikan Al-Quran melalui penubuhan MTQ ADDIN Kampung Kepayang.
Semoga segala usaha dan kerjasama yang terjalin ini terus diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT demi kelangsungan dakwah dan pendidikan Islam di negara ini.
Selanjutnya pada Link di bawah ;
https://shorturl.at/GGEvo
30/04/2026
25 April 2026 Sabtu - Seramai 20 orang pelajar telah menyertai Program PESONA โ26 yang dianjurkan di Masjid Al-Khairiah, Kampung Kepayang (Fair Park), Ipoh. Program ini berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang dan mensasarkan penyertaan remaja perempuan berumur antara 13 hingga 17 tahun.
Program ini bertemakan โAkal yang Cerdas dari Badan yang Sihatโ dan bertujuan untuk membentuk sahsiah diri pelajar melalui pengisian rohani, fizikal dan intelektual. Sepanjang program berlangsung, para pelajar telah mengikuti pelbagai aktiviti menarik seperti sesi Heart Setting, ceramah Fiqh & Kesihatan, slot Psikologi Remaja, pengisian Sirah & Kehidupan, aktiviti luar (outdoor), serta kuiz interaktif dan sesi soal jawab.
Penyertaan pelajar dalam program ini telah memberikan pendedahan yang bermanfaat terutamanya dalam aspek pembinaan jati diri, pemahaman agama serta penjagaan kesihatan mental dan fizikal. Selain itu, pelajar juga berpeluang meningkatkan kemahiran komunikasi dan keyakinan diri melalui aktiviti berkumpulan.
Secara keseluruhannya, program ini memberi impak positif kepada para pelajar dan diharapkan ilmu serta pengalaman yang diperoleh dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.
20/03/2026
๐โจ๐จ๐ฐ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฅ๐ฎ๐๐ฎ ๐๐ถ๐ฑ๐ถ๐น๐ณ๐ถ๐๐ฟ๐ถ โจ๐
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN 11 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam.
Semoga hari yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mempereratkan silaturrahim sesama kita.
Ampun maaf dipohon atas segala kesilapan, zahir dan batin.
Taqabbalallahu minna wa minkum ๐คฒ
Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT.
๐ ๐ฆ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐๐ถ๐ฑ๐ถ๐น๐ณ๐ถ๐๐ฟ๐ถ, ๐ ๐ฎ๐ฎ๐ณ ๐ญ๐ฎ๐ต๐ถ๐ฟ & ๐๐ฎ๐๐ถ๐ป๐
16/03/2026
Titik permulaan pertama bagi tahun 2026 semoga tahun ni lebih baik dari tahun lepas..
13/03/2026
๐จ SEDEKAH JUMAAT DI BULAN RAMADAN: MENCARI 5000 PENYUMBANG RM10! ๐จ
Alhamdulillah, hari ini kita dikurniakan rezeki untuk bertemu dengan hari Jumaat penghulu segala hari, di dalam bulan Ramadan yang penuh barakah. Inilah waktu yang paling tepat untuk kita lipat gandakan pahala bersedekah! ๐
Alhamdulillah, setakat ini jumlah kutipan terkini telah mencecah RM 1582.37! Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah menyumbang.
Namun, perjalanan kita masih panjang. Kami masih memerlukan sokongan anda untuk capai sasaran kutipan. Bayangkan dengan hanya RM10 (nilai secawan kopi), anda mampu membantu melancarkan urusan pengurusan dan kebajikan institusi pendidikan anak-anak kita.
Ayuh, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Rebut pahala sedekah Jumaat bulan Ramadan hari ini juga!
Anda boleh salurkan melalui QRpay atau nombor akaun.
๐ฑ Atau lebih mudah, SCAN sahaja QR Code pada poster di atas!
Semoga Allah SWT menerima amalan kita, melipatgandakan rezeki, dan mempermudahkan segala urusan tuan/puan yang berinfaq hari ini. Amin Ya Rabbal Alamin. ๐คฒ
Mohon jasa baik sahabat semua untuk kongsikan (Share) hantaran ini agar lebih ramai yang dapat bersama-sama buat saham akhirat. ๐๐
12/03/2026
๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐ก๐จ๐ญ๐จ๐ ๐๐ ๐ค๐จ๐ฅ๐๐ก(๐ค๐จ๐ฅ๐๐ก ๐๐ข๐จ๐ฅ)
11 Mac 2026 - Seramai 20 ๐ผ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐ฝ๐ฒ๐น๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฟ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐บ๐ฎ 2 ๐ผ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐ด๐๐ฟ๐ ๐ฝ๐ฒ๐ป๐ด๐ถ๐ฟ๐ถ๐ป๐ด telah menghadiri ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ด๐ฟ๐ฎ๐บ ๐ค๐๐ฟ๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐๐ฟ yang dianjurkan di bawah kelolaan ๐ ๐ฎ๐๐ท๐ถ๐ฑ ๐ก๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ธ
Program ini bertujuan untuk menggalakkan budaya membaca, memahami dan menghayati Al-Quran dalam kalangan pelajar. Sepanjang program berlangsung, para peserta berpeluang menyertai sesi bacaan Al-Quran secara bersama serta pengisian tazkirah yang memberi penghayatan tentang kepentingan Al-Quran sebagai panduan hidup.
Diharapkan program seperti ini dapat terus menyemai kecintaan terhadap Al-Quran serta membentuk sahsiah pelajar yang berakhlak mulia dan berpegang teguh kepada ajaran Islam.