24/06/2026
π KAWAD KAKI FORMASI KINTA UTARA 2026 π
π
Tarikh: 24 Jun 2026 (Rabu)
π Tempat: AEON Falim
π Tahniah kepada pasukan Kawad Kaki Formasi SRAH atas pencapaian Tempat Ketiga Peringkat Daerah Kinta Utara!
Lebih membanggakan, penyertaan kali pertama pasukan dalam pertandingan ini berjaya membuahkan kejayaan yang membanggakan. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang. πͺβ¨
π₯π
23/06/2026
π¬β¨ Kancil Science Competition 2026 β¨π¬
Tahniah kepada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 yang telah berani menyahut cabaran menyertai Kancil Science Competition 2026.
Penyertaan ini merupakan penglibatan pertama murid SRIAHI dalam pertandingan bertaraf antarabangsa ini. Keberanian untuk mencuba, kesungguhan untuk belajar dan keyakinan untuk bersaing merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan.
Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin untuk terus meneroka dunia sains dan mengembangkan potensi diri ke tahap yang lebih tinggi.
π Selamat menjawab dan semoga memperoleh keputusan yang cemerlang. Kami mendoakan yang terbaik buat semua peserta.
Berani mencuba, berani berjaya!
23/06/2026
π Kejohanan MSSD Ping Pong 2026 (Zon Kinta Utara) π
π
23 Jun 2026 (Selasa)
π SJKC Wan Hwa 1
Tahniah kepada semua peserta yang telah mewakili SRIAHI dalam kejohanan ini. π
β¨ Pencapaian:
π₯ Tempat Ke-7 π Meor Faqeeh Ziyyad
Terima kasih atas usaha dan semangat yang ditunjukkan sepanjang pertandingan. Semoga terus maju dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. πͺπ
23/06/2026
π Keputusan Bola Jaring MSSD Kinta Utara 2026 π
Keputusan Perlawanan:
π SRIAHI 3-4 SK Bandar Baru Putera
π SRIAHI 5-1 SK Wira Jaya β
π SRIAHI 14-0 SK Seri Kepayang β
π SRIAHI 5-8 SK Taman Bersatu
Alhamdulillah, pasukan bola jaring SRIAHI berjaya menamatkan saingan di tempat ketiga peringkat kumpulan. Walaupun perjalanan terhenti di sini, semua pemain telah mempamerkan semangat juang, komitmen dan kesungguhan yang membanggakan. πͺβ¨
Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberi sokongan kepada anak-anak BOJA SRIAHI. Semoga pengalaman ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan pada masa akan datang. β€οΈπ
πβ¨
23/06/2026
β½ MSSD Bola Sepak Kinta Utara 2026 β½
Keputusan Perlawanan:
ποΈ SRIAH 0-3 SKBBP
ποΈ SRIAH 1-1 SJKT Klebang (Gol: Hafiy β½οΈ Penalti)
ποΈ SRIAH 0-0 SK Perpaduan
ποΈ SRIAH 0-2 SK Manjoi Dua
ποΈ SRIAH 2-1 SK Manjoi Satu β
Alhamdulillah, para pemain telah memberikan komitmen dan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan. Walaupun rezeki belum memihak kepada pasukan kali ini, banyak pengalaman berharga berjaya dikutip untuk bekalan masa hadapan. πͺβ½
Terima kasih kepada pihak sekolah, jurulatih, ibu bapa serta para penaja yang sentiasa menyokong pasukan bola sepak SRIAH.
π€ Penaja Pasukan:
β’ Azno Katering
β’ Ayam Gepuk Artisan Kauthar Ent
β’ Tok Ya Emas Master Dealer Public Gold
β’ A Plus K Consultancy
β¨ Terus melangkah, terus berusaha. Insya-Allah, kejayaan akan tiba pada waktunya.
β½π
20/06/2026
π Grammar Workshop with Sir Bistamam π
π₯ Participants: Year 5 & Year 6 Students
π
Year 5: 18 June 2026
π
Year 6: 19 June 2026
π Venue: Dewan Seminar PPAH
Alhamdulillah, the Grammar Workshop with Sir Bistamam was successfully conducted, providing students with valuable insights and practical strategies to strengthen their English grammar skills.
Through engaging activities and interactive learning sessions, students were encouraged to build confidence in using English accurately and effectively.
β¨ We hope that the knowledge and skills gained from this workshop will inspire our students to continue improving their English proficiency and excel in their academic journey.
πβ¨
20/06/2026
π€ Hari Bertemu Waris 2026 π€
π
Tarikh: 18 Jun 2026 (Khamis)
π Tempat: Kelas masing-masing
Alhamdulillah, Hari Bertemu Waris telah berlangsung dengan lancar. Program ini menjadi platform terbaik untuk mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa serta berkongsi perkembangan akademik, sahsiah dan potensi murid.
Terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir serta memberikan komitmen demi kecemerlangan anak-anak. Semoga kerjasama erat antara sekolah dan keluarga terus menjadi pemangkin kejayaan murid di dunia dan akhirat. π
17/06/2026
π Perlawanan Persahabatan Bola Jaring di SK Silibin π
Sebagai persediaan menghadapi Kejohanan MSSD 2026, pasukan bola jaring SRIAHI telah mengadakan perlawanan persahabatan di SK Silibin pada 16 Jun 2026 (Selasa).
π Keputusan Perlawanan: π SRIAHI π SJKT Klebang 8 - 0
π SRIAHI π SK Taman Bersatu 3 - 4 (Perlawanan dihentikan lebih awal kerana cuaca tidak mengizinkan.)
Alhamdulillah, perlawanan ini menjadi medan terbaik untuk menambah pengalaman, menguji keserasian pasukan dan memperkemaskan strategi menjelang MSSD 2026.
πͺ Terus berjuang, pasukan bola jaring SRIAHI!
πβ¨
17/06/2026
π PEMILIHAN ATLET BOWLING TENPIN MSSD 2026 π
Alhamdulillah, sesi pemilihan atlet Bowling Tenpin telah dijalankan di AEON Kinta City pada 15 Jun 2026 (Isnin), 3.30 petang.
Peserta telah menunjukkan bakat dan komitmen masing-masing, dan pemilihan dibuat berdasarkan prestasi yang ditunjukkan. π³πͺ
Semoga berjaya mewakili sekolah ke peringkat MSSD 2026! π²πΎ
βBakat Digilap, Kecemerlangan Diciptaβ
17/06/2026
π₯π₯ PERAK OPEN TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 2026 π₯π₯
π Kejayaan membanggakan!
π€ Yasmin bt Zainal Zulia (6 Ibnu Khaldun)
π€ Yusraa bt Khalis Amali (5 Zakaria)
π₯ Johan Perak Open Taekwondo Championship 2026
Tahniah atas pencapaian hebat ini yang mengharumkan nama sekolah! πͺπ²πΎ