06/04/2026
Selamat datang bakal pendidik
Selamat menjalani latihan mengajar di SMK Bandar Saujana Putra.
Terbang burung tinggi di awan,
Hinggap sebentar di dahan sena,
Jangan gentar hadapi cabaran,
Pengalaman ini amat berharga.
31/03/2026
Tahniah dan syabas kepada semua murid yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia 2025 atas pencapaian yang membanggakan!
SMK Bandar Saujana Putra telah melakar kejayaan dengan peningkatan prestasi yang memberangsangkan hasil dedikasi dan komitmen guru, usaha murid yang tidak kenal jemu serta sokongan padu komuniti.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.
Ilmu, Iltizam, dedikasi
Di persada Saputra terbilang.....
31/03/2026
Bersama-samalah kita mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghadapi cuaca panas ini.
21/03/2026
Syawal menjelma membawa sinar bahagia,
mengikat ukhuwah dan menyulam kasih sesama kita.
Seluruh warga sekolah mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Semoga keberkatan Ramadan terus mekar dalam kehidupan kita. Sambutlah kemenangan dengan penuh rasa kesyukuran dan kesederhanaan.
19/03/2026
Majlis Penutup Bulan Dakwah & Ihya Ramadan
SMK Bandar Saujana Putra
Semoga mendapat keberkatan oleh-Nya
14/03/2026
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-5
Bersama berganding bahu berpadu tenaga demi kemenjadian anak-anak Saputra