12/06/2026
πΉ Selamat Datang ke SMK Jenjarom πΉ
Warga SMK Jenjarom dengan penuh rasa hormat dan sukacita mengalu-alukan kehadiran guru baharu yang menyertai keluarga besar sekolah ini.
Semoga kehadiran cikgu membawa semangat, idea dan inspirasi baharu dalam usaha mendidik anak-anak bangsa. Diharapkan agar cikgu sentiasa diberikan kesihatan, kekuatan dan kemudahan dalam melaksanakan amanah yang mulia ini.
"Datang sebagai tetamu, kekal sebagai keluarga."
Selamat menjalankan tugas dan semoga terus cemerlang bersama warga SMK Jenjarom. π
12/06/2026
πβ¨ PROGRAM PEJUANG JAGOAN SEJARAH β¨π
Dalam usaha memperkasakan kecemerlangan akademik murid SPM, SMK Jenjarom menganjurkan Program Pejuang Jagoan Sejarah bagi membantu murid menguasai teknik menjawab dan meningkatkan pemahaman terhadap subjek Sejarah.
ποΈ 11 Jun 2026 (Khamis) β° 1.30 β 3.30 petang π Bilik Wawasan 2
Semoga program ini menjadi pemangkin kejayaan dan membakar semangat murid untuk terus berjuang mencapai keputusan cemerlang dalam SPM.
πͺπ A+ milikmu, Insya-Allah!
10/06/2026
πβ¨ PROGRAM PEJUANG JAGOAN MATEMATIK TAMBAHAN β¨π
SMK Jenjarom komited dalam membantu murid mencapai kecemerlangan akademik melalui program pengukuhan khas bagi subjek Matematik Tambahan.
ποΈ 10 Jun 2026 (Rabu) β° 3.00 β 5.00 petang π Bilik Wawasan 2
Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat dan meningkatkan keyakinan murid dalam menghadapi peperiksaan.
πͺ A+ milikmu, insya-Allah!
09/06/2026
SMK Jenjarom dengan penuh rasa bangga telah menyertai Karnival Sambutan 100 Tahun Kampung Jenjarom yang berlangsung pada 5 hingga 7 Jun 2026 bertempat di Padang SK Jenjarom.
Pelibatan warga sekolah ini merupakan satu usaha memperkukuh hubungan komuniti dan menyerlahkan bakat murid dalam aktiviti kokurikulum serta kesenian. Antara yang terlibat ialah:
1. Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat SMK Jenjarom β yang telah menunjukkan disiplin, komitmen dan semangat kesukarelawanan yang tinggi sepanjang program berlangsung.
2. Pasukan Gamelan Seni Lagenda SMK Jenjarom β yang mempamerkan keunikan seni muzik tradisional sebagai warisan budaya yang terus dipelihara.
3. Pasukan Koir SMK Jenjarom β yang telah bergabung tenaga bersama Koir SK Jenjarom dan Koir Kampung Jenjarom, menghasilkan persembahan yang harmoni dan menyentuh jiwa para hadirin.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua murid yang terlibat atas kesungguhan dan komitmen yang diberikan dalam membuat persiapan serta menjayakan persembahan.
Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada para guru pengiring, jurulatih, serta semua warga pendidik yang telah bertungkus-lumus membimbing, melatih dan memastikan setiap pasukan dapat memberikan persembahan terbaik.
Semoga penglibatan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus mengharumkan nama sekolah serta mengukuhkan jalinan ukhuwah antara sekolah dan komuniti setempat.
09/06/2026
β¨ SELAMAT DATANG KE SMK JENJAROM β¨
Seluruh warga SMK Jenjarom dengan penuh sukacita mengalu-alukan kedatangan Pn. Nurul Izzah binti Salehudin, guru baharu yang akan bersama kami sebagai PPP DG9 (Opsyen: Pendidikan Moral).
Semoga kehadiran Pn. Nurul Izzah akan sama-sama menyumbang idea, tenaga dan kecemerlangan dalam usaha melahirkan generasi pelajar yang berakhlak mulia, berilmu dan berdaya saing.
βBersama mendidik, membina masa depan.β
π Selamat berkhidmat dan selamat menjadi sebahagian daripada keluarga besar SMK Jenjarom!
Ikhlas daripada: Warga SMK Jenjarom
07/06/2026
β¨ UCAPAN PERPISAHAN & PENGHARGAAN β¨
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pn Nor Azila bt Musa dan Pn Nur Zulaikha bt Mohd Zain atas segala jasa bakti, komitmen serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di sekolah ini.
Segala ilmu, bimbingan dan dedikasi yang telah diberikan akan sentiasa dikenang dan menjadi inspirasi kepada warga sekolah. Kehadiran kalian banyak memberi impak positif dalam membentuk kecemerlangan murid serta memperkukuh suasana pendidikan di sekolah ini.
Semoga perpindahan ini membuka lembaran baharu yang lebih cemerlang dan diberkati. Kami mendoakan agar kalian terus sukses, sihat sejahtera dan terus istiqamah dalam mendidik anak bangsa.
πΈ Terima kasih atas segala jasa. Semoga terus cemerlang di tempat baharu. πΈ
Daripada:
Warga SMK Jenjarom
02/06/2026
Selamat bersara cikgu Jalaludin bin Paiman.
Warga SMK Jenjarom merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu atas segala jasa, pengorbanan dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan dalam dunia pendidikan khususnya di SMK Jenjarom.
Segala ilmu, pengalaman dan teladan yang ditinggalkan akan terus menjadi inspirasi kepada warga SMK Jenjarom.
Kami mendoakan agar Cikgu Jalaludin dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan bersama keluarga serta dipermudahkan segala urusan dalam fasa kehidupan yang baharu selepas persaraan.
Sesungguhnya, persaraan hanyalah titik noktah dalam perkhidmatan, tetapi jasa dan kenangan akan terus terpahat dalam ingatan kami semua.
Patah tumbuh hilang berganti,
Jasa dikenang sepanjang hari;
Bersara tuan dengan dihormati,
Kenangan bersama kekal di hati.
Terima kasih, Cikgu Jalaludin. Selamat bersara dan selamat menempuh kehidupan baharu yang lebih bermakna.
Ampon maaf atas segala kekhilafan kami.
*SELAMAT BERSARA CIKGU JALALUDIN*
*Terima kasih cikgu*
23/05/2026
πΈβ¨ SAMBUTAN HARI GURU 2026 & MAJLIS PERSARAAN CIKGU JALALUDIN BIN PAIMANβ¨πΈ
βGuru Bitara, Nadi Negaraβ
SMK Jenjarom telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah bagi menghargai jasa dan pengorbanan insan bergelar pendidik yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu dan membentuk generasi masa hadapan. ππ
π
22 Mei 2026 (Jumaat)
π Dataran Jagoan
Terima kasih cikguβ¦
Kerana sabar mendidik, ikhlas membimbing dan sentiasa menjadi inspirasi buat anak bangsa β€οΈ