P2Paradise - SK Seri Perling 2

P2Paradise - SK Seri Perling 2

Share

Together wE can Achive More

Photos from P2Paradise - SK Seri Perling 2's post 14/06/2024

Semoga input dan ilmu daripada webinar ini dapat membuka mata murid- murid dan warga SKSP2 untuk terus aktif bersama-sama memperjuangkan komuniti Rendah Karbon🥰

*WEBINAR RENDAH KARBON EDISI JUNIOR ECO WORRIOR: SPEAK UP AND ACT NOW*

Tarikh : 12 Jun 2024 (Rabu)
Masa : 11.00 pagi hingga 1.00 petang
Platform :
1. FB Live : RCE /skandar https://www.facebook.com/sustainablerceiskandar

2. Youtube Live : JSMPR WEBINAR https://www.youtube.com/

Together We Achieve More💪🏻

Photos from P2Paradise - SK Seri Perling 2's post 05/02/2024

3&4 FEBRUARI 2024
KARNIVAL BAKAT & HARI KEUSAHAWANAN

🍂Sempena karnival ini, kami mengambil kesempatan untuk mempromosikan kebaikan kompos ini kepada orang ramai.
🍂Julung-julung kalinya baja kompos yang dihasilkan di tapak P2Post akan dijual kepada warga sekolah dan komuniti bagi berkongsi kebaikan dan keistimewaannya bersama.
🍂Kami juga turut berkongsi pengalaman dalam menghasilkan baja kompos kepada komuniti yang berkunjung di gerai kami.


.0

.0

Photos from P2Paradise - SK Seri Perling 2's post 05/02/2024

19 Januari 2024 (Jumaat)

Tahniah kepada semua penerima Anugerah Lestari Aktif💪🏻

ANUGERAH UNIT BERUNIFORM AKTIF LESTARI
🌿UNIFORM PENGAKAP

ANUGERAH KELAB PERSATUAN AKTIF LESTARI
🌿KELAB ALAM SEKITAR

ANUGERAH PRA AKTIF LESTARI
🌿PRA BETA

ANUGERAH KOMUNITI AKTIF LESTARI
PUAN AZANURFAEZAN BINTI OTHMAN

INFO P2POST 🌱

🍂 Anugerah Lestari Aktif ini adalah sebahagian daripada program P2Post. Program ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada unit/ persatuan/komuniti yang memberi sumbangan aktif selama projek ini dijalankan di Sk Seri Perling 2.

🍂 Projek ini selaras dengan saranan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) untuk memperkasakan Pelan Tindakan Pendidikan Kelestarian Johor 2019 – 2023 dan Pelan Pembangunan Mampan Johor.

🍂 SK Seri Perling 2 juga telah berjaya memperoleh Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 3.0 daripada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri untuk Projek P2Post 2.0 sebanyak RM11,000.00.

Anjuran Bersama:
Unit Kelestarian P2Paradise & Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) Iskandar Puteri Rendah Karbon


.0

Photos from P2Paradise - SK Seri Perling 2's post 05/02/2024

*18 Januari 2024 (Khamis)*

Alhamdulillah, ribuan terima kasih kepada komuniti, ibu bapa guru-guru ,dan murid- murid yang pada hari menjayakan Program Gotong-royong Lestari.

Gotong-royong dijalankan secara berkumpulan mengikut unit beruniform masing-masing di taman angkat mereka. Pelbagai aktiviti pembersihan dan keceriaan taman dilaksanakan dengan jayanya.

Pengakap- Tanaman Nutripot/ hugel kultur
Puteri Tunas- Herbal Garden
PPIM- Islamic Garden
❤️BBSM - Maze Garden
💚 TKRS - P2Post Garden

Kompos yang dihasilkan oleh P2POST juga digunakan di seluruh P2Garden di sekolah.

Semoga aktiviti ini memberi manfaat kepada semua, khususnya murid-murid supaya lebih menghargai dan mencintai alam.

Photos from Agro Usahawan Roselle Organik Skudai's post 02/02/2024

14 Januari 2024
Sebanyak 30 anak pokok Roselle sumbangan dari Agro Usahawan Roselle Organik Skudai telah disemai di tapak penanaman yang menggunakan teknik Hugel Kultur pada hari Gotong Royong Lestari sempena Karnival Kokurikulum❤️

17/01/2024

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Dengan rasa sukacitanya, pihak sekolah menjemput ibu bapa dan komuniti setempat untuk sama-sama memeriahkan Program Gotong - Royong Lestari sempena Karnival Unit Beruniform SK Seri Perling 2. Semua dijemput hadir 😍

Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Photos from P2Paradise - SK Seri Perling 2's post 16/01/2024

*3 JANUARI 2024*

🌱Alhamdulillah tuaian terakhir sebelum penanaman semula pokok pada sesi akan datang.

🍆Murid diberi peluang untuk merasai pengalaman memetik sendiri sayur-sayuran di kawasan kebun sekolah.

🌶️Terima kasih Cg Qasimi yang banyak memberi tunjuk ajar cara memilih sayuran yang boleh dipetik dan cara menggunakan gunting untuk memetik hasil tanaman.

🤑Hasil kutipan dijual dengan harga Rahmah kepada warga SK Seri Perling 2.

.0

Photos from P2Paradise - SK Seri Perling 2's post 16/01/2024

P2post

13 DISEMBER 2023 (RABU)

✨Proses menggaul sisa makanan dengan daun yang dihancurkan menggunakan tumbler serta daun kering digaul bersama penapaian teknik Takakura.

✨Sebanyak 50kg daun kering dihancurkan sebelum digaul dengan tanah dan penapaian Takakura. Di dalam tumbler juga diisi daun kering,sisa makanan dan tanah.Kita tunggu hasilnya 2 bulan lagi ya😍.

✨Selain itu,murid membantu menimbang dan membungkus kompos yang telah matang. Aktiviti seperti ini adalah salah satu elemen pembelajaran luar bilik darjah. Murid akan menggunakan kemahiran yang telah dipelajari di dalam kelas, untuk diaplikasi di lapangan Selain itu, aktiviti ini dapat membentuk pasukan kerja yang saling bertolak ansur antara satu sama lain.

✨Sebanyak 30 kg kompos daun kering dan 30kg kompos sisa makanan telah terhasil dari peraman kompos pada bulan oktober.

.0


Photos from P2Paradise - SK Seri Perling 2's post 06/12/2023

5 Disember 2023 (SELASA)

P2Recycle (Disember)

Terima kasih SWM kerana memudahkan urusan kami dalam proses kitar semula. Sistem kitar Recycle yang diperkenalkan membantu data kutipan yang diperolehi dan disimpan dengan baik.
Terima kasih juga kepada guru-guru dan murid-murid SKSP2 ,sama-sama membantu dalam pengasingan barang kitar semula. Markah tambahan amalan nilai baik juga diberikan kepada murid yang sukarela membantu guru dalam program kitar semula. Semoga amalan ini dapat membantu melestarikan alam dan memupuk amalan rendah karbon dalam kalangan warga sekolah

SWM Environment Sdn Bhd

05/12/2023
Photos from P2Paradise - SK Seri Perling 2's post 04/12/2023

KARNIVAL ISKANDAR PUTERI RENDAH KARBON
28&29 NOVEMBER 2023

🏆 VIDEO TERBAIK - TEMA PERTANIAN DAN SEKURITI MAKANAN
🏆 ANUGERAH KHAS MBIP
🏆 PINGAT EMAS (KATEGORI SEKOLAH RENDAH)

Photos from P2Paradise - SK Seri Perling 2's post 29/11/2023

28 NOVEMBER 2023 (SELASA)

🌷 Alhamdulillah. Hari ini kami dapat sumbangan sisa makanan dari Haji Salman, komuniti di sekitar sekolah kami.

❤️ Terima kasih atas kecaknaan tuan tentang kewujudan P2POST kami.❤️

Ini juga sebagai bukti kerjasama PIBG & PIBK sekolah berjaya menguar-uarkan tentang projek kami yang mengamalkan aktiviti kompos untuk mengurangkan kadar pelupusan sisa makanan🥰

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


SK Seri Perling 2, Jalan Camar 9, Taman Perling
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 16:30