SRI Al-Qarni

SRI Al-Qarni

Share

Sekolah Agama Swasta;
Perkhidmatan KAFA, Hafazan & Transit

Kelas Mengaji Fizikal & Online

08/06/2026

๐Ÿ“š SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH ๐Ÿ“š

Dimaklumkan sesi persekolahan akan bermula pada:

๐Ÿ—“ Tarikh: 08 Jun 2026 (Isnin)

๐Ÿ’Semoga semua murid hadir dengan semangat baharu, lebih berdisiplin dan bersedia menuntut ilmu demi mencapai kejayaan dunia dan akhirat. โœจ

๐ŸŒธ Semoga dipermudahkan segala urusan anak-anak dan diberikan keberkatan dalam menimba ilmu. ๐Ÿคฒ

Sekian, terima kasih.

*Pihak Penguruan Sekolah Rendah Islam Al-Qarni*

Photos from SRI Al-Qarni's post 06/06/2026

KELAS TAMBAHAN UPKK

Alhamdulillah, kelas tambahan telah berlangsung dengan lancar. Semoga ilmu yang dipelajari menjadi manfaat dan membantu murid mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
Terima kasih kepada semua murid yang hadir dengan penuh komitmen dan semangat. Teruskan berusaha, kejayaan menanti mereka yang tidak mudah berputus asa.

Walaupun di luar waktu persekolahan, semangat murid-murid untuk menuntut ilmu tetap tinggi. Tahniah dan syabas atas kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang sesi pembelajaran.
"Usaha hari ini adalah kejayaan pada masa hadapan."

01/06/2026

Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

26/05/2026

๐ŸŒ™โœจ SALAM AIDIL ADHA 1447H / 2026M โœจ๐ŸŒ™

Seluruh warga Sekolah Rendah Islam Al-Qarni mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua muslimin dan muslimat.

Semoga ibadah korban dan pengorbanan yang dilakukan diterima Allah SWT serta membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua. ๐Ÿค

โ€œุชูŽู‚ูŽุจูŽู‘ู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ู…ูู†ูŽู‘ุง ูˆูŽู…ูู†ู’ูƒูู…ู’โ€

Semoga Allah menerima segala amalan kami dan kalian.

Ikhlas daripada:
Pihak Pengurusan SRI Al-Qarni




26/05/2026

๐ŸŒ™ JOM BERZIKIR

Hari Arafah adalah antara hari yang paling agung di sisi Allah.
Rebutlah peluang memperbanyakkan zikir, doa dan istighfar pada hari penuh keberkatan ini. ๐Ÿคฒโœจ

Sabda Rasulullah ๏ทบ:
โ€œSebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafahโ€ฆโ€
(Riwayat at-Tirmizi)

๐Ÿ•Œ Marilah kita hidupkan Hari Arafah dengan:

โœ… Memperbanyakkan zikir

โœ… Berdoa dengan penuh pengharapan

โœ… Memohon keampunan kepada Allah

โœ… Menguatkan tauhid dan tawakkal

Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita dan mengurniakan keampunan serta rahmat-Nya. ๐Ÿค




24/05/2026

๐ŸŒ™ Jom Rebut Ganjaran Puasa Tarwiyah & Arafah ๐ŸŒ™

Mari sama-sama kita hidupkan hari-hari terbaik Zulhijjah dengan berpuasa sunat:

โœจ Puasa Tarwiyah
๐Ÿ“… 8 Zulhijjah 1447H

โœจ Puasa Arafah
๐Ÿ“… 9 Zulhijjah 1447H

Rasulullah SAW bersabda:
โ€œPuasa hari Arafah, aku berharap kepada Allah agar ia dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya.โ€
(HR Muslim)

Semoga amalan kecil kita menjadi asbab mendapat keampunan, rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.

๐Ÿคฒ Ayuh ajak ahli keluarga, sahabat dan anak-anak bersama berpuasa sunat.

24/05/2026

*MAKLUMAN CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2026*

ุงู„ุณู‘ูŽู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

Ibu bapa/penjaga yang dihormati,

Untuk makluman tuan/ puan, *Sekolah Rendah Islam Al-Qarni* tidak beroperasi seperti ketetapan berikut:

*23 Mei hingga 07 Jun 2026 ( Sabtu - Ahad )*

Oleh itu, kami akan mula beroperasi semula pada *08 Jun 2026 ( Isnin )*.
ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡

Semoga anak-anak dapat menghabiskan masa cuti sekolah dengan perkara yang bermanfaat bersama keluarga tersayang.

Sekian, terima kasih.

*Pihak Pengurusan SRI Al Qarni*

Photos from SRI Al-Qarni's post 22/05/2026

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SRI AL QARNI

Alhamdulillah, telah berlangsung Sambutan Hari Guru di SRI Al Qarni dengan penuh meriah, ceria dan bermakna. Pelbagai aktiviti menarik diadakan sebagai tanda penghargaan buat para guru yang sentiasa mencurahkan ilmu, kasih sayang dan pengorbanan tanpa jemu.

Terima kasih kepada semua guru atas dedikasi dan komitmen dalam mendidik anak-anak menjadi insan berilmu dan berakhlak mulia. Semoga segala usaha dan pengorbanan kalian diberkati serta menjadi asbab kebaikan dunia dan akhirat.

Pihak Sri Al Qarni juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah memberikan sumbangan makanan, hadiah serta pelbagai bentuk sokongan sempena Sambutan Hari Guru yang diadakan pada hari ini.Terima kasih kerana sentiasa bersama SRI Al Qarni dalam menyokong usaha mendidik anak-anak menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat. ๐Ÿ’

Photos from SRI Al-Qarni's post 21/05/2026

SAINS TAHUN 5: HABA

Alhamdulillah,pada hari ini para pelajar tahun 5 dapat mempelajari subjek Sains berkaitan haba. Teruja sungguh anak-anak apabila membuat eksperimen berkitan tajuk haba. Tujuan eksperimen ini diadakan adalah supaya para pelajar dapat memerhatikan kesan haba ke atas udara.

Photos from SRI Al-Qarni's post 21/05/2026

KAD KREATIF UNTUK GURU

Alhamdulillah, para pelajar tahun 1 dapat membuat kad kreatif untuk guru pada hari ini. Gembira sungguh anak-anak semasa membuat aktiviti ini.

ใ‚š

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


No 33-01 & 35-01, , Jalan Pulai Makmur 5/2, , Bandar Baru Kangkar Pulai
Johor Bahru
81300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00