27/05/2026
Salam Aidiladha 1447H πͺπππππ
Daripada seluruh pihak pengurusan serta barisan kejurulatihan MSC, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pelatih, ibu bapa, penyokong serta seluruh warga MSC yang sentiasa bersama kami dalam setiap perjalanan pasukan ini. Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan jiwa serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.
Aidiladha mengajar kita tentang pengorbanan, keikhlasan dan kesabaran dalam menempuh setiap cabaran. Nilai-nilai inilah yang sentiasa diterapkan dalam keluarga besar MSC, bukan sahaja di atas padang malah dalam membentuk sahsiah dan disiplin anak-anak untuk masa depan yang lebih baik. Terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan tanpa henti serta kepada para pelatih yang terus berusaha dan berjuang dengan penuh semangat.
Kami juga mendoakan agar semua urusan dipermudahkan, diberikan kesihatan yang baik serta dilimpahkan rezeki yang berpanjangan. Semoga semangat Aidiladha ini terus menyatukan hati kita untuk melangkah lebih jauh bersama MSC dalam melahirkan generasi yang cemerlang di dalam dan luar padang.
βPengorbanan hari ini, kejayaan masa hadapan.β
Salam Aidiladha daripada,
Pihak Pengurusan & Barisan Kejurulatihan MSC π
24/05/2026
Malaysia Youth League (MYL) 2026 (Season A)
MSC (U10)
π Ahad, 24 Mei 2026
β° 0900am
π Arena Mutiara Johor Land
π½ Ajmal Furniture
π£οΈ Pengarah MSC Tn Abdul Aziz, Timb. Pengarah 1 Tn Dhuhal Islam, Timb. Pengarah 2 Tn Azwyck & Coach Helme
KEPUTUSAN :
MSC [0] vs [1] KC
βββ π
Sedikit kecewa dengan keputusan hari ini apabila MSC tewas 0-1 kepada Kulai Cops. Perlawanan yang cukup mencabar dan penuh emosi, ditambah p**a dengan beberapa situasi di atas padang yang agak sukar difahami serta menimbulkan tanda tanya. Namun dalam apa jua keadaan, anak-anak MSC tetap berjuang. Itu yang paling penting semangat, disiplin dan hati yang tidak pernah mengarah.
Kadang-kadang dalam bola sepak, bukan semua perkara berjalan seperti yang kita harapkan. Ada hari kita diraikan dengan kemenangan, ada hari kita diuji dengan keputusan yang menyakitkan. Tapi daripada situ lahirnya pemain yang lebih matang, lebih kuat mental dan lebih memahami erti perjuangan sebenar. Kekalahan hari ini bukan alasan untuk tunduk, tetapi pembakar semangat untuk bangkit lebih baik selepas ini.
Bangga dengan usaha semua pemain, barisan jurulatih dan ibu bapa yang sentiasa berdiri di belakang pasukan tanpa jemu. Sokongan anda semua sangat bermakna buat anak-anak MSC untuk terus melangkah jauh. Perjalanan masih panjang dan proses masih berjalan.
Teruskan percaya dengan proses. Teruskan bermain dengan hati dan teruskan melangkah sebagai satu keluarga besar MSC.
β½οΈ KEEP THE DREAM ALIVE β½οΈ
24/05/2026
Malaysia Youth League (MYL) 2026 (Season A)
MSC Darul (U12)
π Ahad, 24 Mei 2026
β° 1100am
π Arena Mutiara Johor Land
π½ Tok Imam Printing Wawawax
π£οΈ Pengarah MSC Tn Abdul Aziz, Coach Zul & Coach Kerek
KEPUTUSAN :
MSC DARUL [3] vs [2] IEDT BLUE
βββ π
β½οΈ Penjaring Gol:
* Ahmad Rifqi (1 gol)
* Muhammad Khalish Rifqi (1 gol)
Alhamdulillah, satu lagi kemenangan bermakna buat pasukan muda MSC Darul (U12) dalam saingan Malaysia Youth League (MYL) 2026 Season A apabila berjaya menewaskan pihak lawan dengan keputusan 3-2. Perlawanan berlangsung penuh semangat dan aksi bertenaga daripada anak-anak muda yang terus menunjukkan perkembangan positif dari semasa ke semasa.
Dua gol cantik berjaya dihasilkan oleh Ahmad Rifqi dan Muhammad Khalish Rifqi, manakala satu lagi gol hadir menerusi gol sendiri pasukan lawan hasil tekanan berterusan daripada barisan serangan MSC Darul. Tahniah kepada semua pemain, barisan kejurulatihan Coach Zul & Coach Kerek serta Pengarah MSC Tn Abdul Aziz atas usaha dan komitmen yang luar biasa dalam membentuk bakat muda bola sepak.
Perjalanan masih panjang, namun semangat juang dan disiplin yang ditunjukkan hari ini cukup membanggakan. Terus melangkah dan terus berusaha demi masa depan bola sepak yang lebih gemilang.
βββ π
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, tahniah anak-anak MSC Darul atas kemenangan 3-2 hari ini. Coach bangga dengan semangat juang, disiplin dan kerjasama yang ditunjukkan sepanjang perlawanan. Walaupun game agak sengit, semua pemain tetap fokus dan berani sahut cabaran.
Terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sentiasa hadir memberi sokongan dan semangat kepada anak-anak. Kemenangan ini bukan sebab seorang pemain sahaja, tapi hasil usaha satu pasukan. Apa yang baik kita kekalkan, apa yang kurang kita akan perbaiki lagi semasa latihan nanti.
Tahniah penjaring gol MSC Darul serta semua pemain yang bertungkus-lumus hari ini. Rehat secukupnya dan terus kekal rendah diri. Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua warga MSC Darul. Hati-hati di jalan raya buat yang p**ang ke kampung.
Coach Zul
Jurulatih MSC & Jurulatih MSC Darul U12
β½οΈ KEEP THE DREAM ALIVE β½οΈ
17/05/2026
ππππππππππ ππππππππππππ πππ
πππ (ππ¨πππ‘ππ¬ & πππ«ππ§ππ¬) π―π¬ πππ (πππππ«ππ§)
Tahniah diucapkan kepada semua
Keputusan rasmi
β½οΈ MSC 7 vs 2 JKM
ποΈ 16 MAY 2026 @ SABTU
β° 0800mlm - 1000mlm
π Arena Mutiara Johor Land
17/05/2026
Malaysia Youth League (MYL) 2026 (Season A)
MSC Takzim (U12)
π Ahad, 17 Mei 2026
β° 1000am
π Arena Mutiara Johor Land
π½ Vigor Properties Malay Wing
π£οΈ Pengarah MSC Tn Abdul Aziz, Timb. Pengarah Tn Dhuhal Islam, Timb. Pengarah 2 Tn Azwyck, Coach Zul & Coach Kadir
KEPUTUSAN :
MSC TAKZIM [0] vs [2] STYLO MYLO
βββ π
Pertembungan dua pasukan teratas hari ini memang cukup sengit. Walaupun MSC Takzim tewas 0-2 kepada pihak lawan, anak-anak tetap memberikan saingan terbaik sepanjang perlawanan. Dalam keadaan cuaca yang cukup panas, mereka masih mampu bermain dengan penuh semangat, disiplin dan tidak mudah mengalah.
Kekalahan ini bukan penamat, malah menjadi pengalaman berharga untuk terus bangkit dan memperbaiki permainan selepas ini. Apa yang paling penting, semangat juang dan kerjasama pasukan jelas dipamerkan oleh semua pemain di atas padang. Jurulatih, ibu bapa dan penyokong juga tetap bangga dengan usaha mereka hari ini.
Perjalanan masih panjang dan peluang terbaik masih terbuka luas buat MSC Takzim. Terus kuat, terus percaya dan bangkit lebih baik untuk perlawanan seterusnya. Comeback stronger πͺπ»
β½οΈ KEEP THE DREAM ALIVE β½οΈ
17/05/2026
Malaysia Youth League (MYL) 2026 (Season A)
MSC Darul (U12)
π Ahad, 17 Mei 2026
β° 0900am
π Arena Mutiara Johor Land
π½ Tok Imam Printing Wawawax
π£οΈ Pengarah MSC Tn Abdul Aziz, Timb. Pengarah 1 Tn Dhuhal Islam, Timb. Pengarah 2 Tuan Azwyck, Coach Zul & Coach Kerek
KEPUTUSAN :
MSC DARUL [0] vs [5] KULAI COPS
βββ π
Perjalanan hari ini bukan seperti yang diharapkan buat pasukan MSC Darul apabila tewas 0-5 kepada Kulai Cops dalam aksi penuh cabaran. Walaupun keputusan tidak memihak kepada pasukan, semangat juang anak-anak MSC Darul tetap wajar dipuji. Kekalahan ini menjadi satu pengajaran besar untuk memperbaiki kelemahan dan kembali lebih kuat pada perlawanan akan datang.
Dalam bola sepak, menang atau kalah adalah lumrah permainan. Apa yang penting ialah disiplin, usaha dan semangat untuk bangkit semula. Barisan pemain muda MSC Darul masih mempunyai perjalanan yang panjang dan ruang besar untuk berkembang. Teruskan berlatih, kekalkan fokus dan jangan mudah mengalah kerana setiap kekalahan pasti hadir bersama pengalaman yang berharga.
Terima kasih kepada ibu bapa, penyokong dan barisan kejurulatihan yang sentiasa berdiri di belakang pasukan tanpa jemu. MSC Darul akan kembali dengan semangat baharu demi perlawanan seterusnya. Bangkit lebih kuat, terus melangkah!
β½οΈ KEEP THE DREAM ALIVE β½οΈ
17/05/2026
Malaysia Youth League (MYL) 2026 (Season A)
MSC (U10)
π Ahad, 17 Mei 2026
β° 0800am
π Arena Mutiara Johor Land
π½ Ajmal Furniture
π£οΈ Pengarah MSC Tn Abdul Aziz, Timb. Pengarah 1 Tn Dhuhal Islam, Timb. Pengarah 2 Tn Azwyck & Coach Helme
KEPUTUSAN :
MSC [2] vs [1] IEDT RED
βββ π
β½οΈ Penjaring Gol :
* Muhammad Aliff Haikal Bin Razi (1 gol)
* Muhammad Syahmi A***n Bin Mohd Nasarudin (1 gol)
Alhamdulillah. Semangat juang anak-anak βͺMSC U10β¬ memang wajar dipuji. Selepas melalui episod kekalahan sebelum ini, pasukan kembali bangkit dengan penuh keyakinan dan berjaya menewaskan IEDT Red dengan keputusan 2-1. Kemenangan ini bukan sekadar tiga mata tetapi bukti bahawa semangat tidak pernah luntur walau diuji dengan kekalahan.
Apa yang paling membanggakan ialah bagaimana pemain-pemain muda ini menunjukkan karakter sebenar di atas padang. Mereka bermain lebih tersusun, berani mencuba dan saling membantu antara satu sama lain hingga wisel penamat dibunyikan. Dari benteng pertahanan hinggalah ke bahagian serangan, semua pemain memberikan komitmen terbaik demi pasukan.
Tahniah juga buat barisan kejurulatihan dan ibu bapa yang sentiasa berdiri kuat di belakang anak-anak. Sokongan, doa dan kepercayaan inilah yang menjadi pembakar semangat buat pemain untuk terus bangkit dan belajar daripada setiap perlawanan. Dalam bola sepak, kalah menang itu biasa tetapi bangkit selepas kecewa itulah luar biasa.
Semoga kemenangan ini menjadi titik permulaan untuk MSC U10 terus melakar lebih banyak kejayaan selepas ini. Terus rendah diri, terus bekerja keras dan jangan pernah berhenti percaya pada kemampuan sendiri. Maju terus anak-anak MSC U10!
β½οΈ KEEP THE DREAM ALIVE β½οΈ
16/05/2026
β½οΈ Sesi Latihan Pembangunan Mutiara Soccer Club
ποΈ Jumaat, 15 Mei 2026
π Arena Mutiara Johor Land
β° Padang 9, Sabtu (2000pm-2200pm)
ββ π©
β½οΈ KEEP THE DREAM ALIVE β½οΈ