11/06/2026
♻️♻️ RCE ISKANDAR SUSTAINABLE AND LOW CARBON SCHOOLS EXHIBITION 2026 ♻️♻️
📢 MAKLUMAN PENANGGUHAN PROGRAM
Dimaklumkan bahawa program RCE Iskandar Sustainable and Low Carbon Schools Exhibition 2026 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Jun 2026 telah ditangguhkan ke bulan Julai 2026. Tarikh baharu program akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
📌 Untuk makluman:
✅ Penyertaan sekolah telah diterima
✅ Pendaftaran penyertaan telah ditutup
✅ Penangguhan hanya melibatkan tarikh pelaksanaan program sahaja
Pihak penganjur ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sambutan dan komitmen yang sangat memberangsangkan daripada sekolah-sekolah seluruh Johor 🌍✨
📢 Senarai sekolah yang layak akan diumumkan dan dipaparkan di page RCE Iskandar.
👍 Ikuti info lanjut di FB Page: RCE Iskandar
11/06/2026
✨ Webinar Rendah Karbon IMELC 2026: Sustainability Beyond Borders ✨
🌍 Tahukah anda bahawa tindakan kecil yang dilakukan di sekolah, rumah dan komuniti mampu memberi impak besar kepada kelestarian global? Konsep Sustainability Beyond Borders menunjukkan bahawa usaha kelestarian tidak terhad kepada satu tempat sahaja, malah melangkaui sempadan negara, budaya dan generasi demi memastikan masa depan yang lebih lestari untuk semua.
Sertai kami dalam webinar eksklusif ini!
📅 Tarikh: 1 Julai 2026 (Rabu)
🕥 Masa: 10.30 pagi – 12.30 tengah hari
📌 Platform:
📱 FB Live: RCE Iskandar
https://www.facebook.com/sustainablerceiskandar
▶️ YouTube Live: JSMPR WEBINAR
https://www.youtube.com/
Peserta akan diberikan:
❗ PAJSK Penglibatan 3
❗ e-Sijil (bagi murid sekolah yang memperoleh markah 80% ke atas dalam kuiz)
Webinar ini bertujuan memberikan pendedahan kepada murid sekolah rendah khususnya, serta masyarakat umum, mengenai konsep Sustainability Beyond Borders menerusi perkongsian berikut:
🔹 Building a Culture of Sustainability in Schools Through Student Action
🔹 From Waste to Value – Creativity in Community Upcycling
🔹 Recap IMELC 2026
🔹 Youth Voices as Drivers of Future Sustainability
🔹 Sustainability Practices in the Hospitality Industry and Career Opportunities
🔹 Life Cycle Assessment (LCA): Understanding Sustainability Through Life Cycle Thinking
Nota: Sesi akan dijalankan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris mengikut topik serta penceramah yang terlibat.
🎯 TERBUKA KEPADA SEMUA
(Murid, guru, ibu bapa dan masyarakat umum dijemput untuk menyertai)
Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu dan inspirasi daripada panel jemputan khas yang terdiri daripada pakar dan pengamal kelestarian dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), University of Bristol, Marriott Group Hotel, organisasi belia serta komuniti yang aktif memperjuangkan agenda kelestarian.
🌿 Mengenai IMELC
IMELC merupakan pertandingan pembudayaan rendah karbon yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Iskandar Regional Development Authority dan Universiti Teknologi Malaysia.
Program ini turut dibawakan bersama rakan utama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, SWM Environment Sdn. Bhd., dan Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor, dengan sokongan Majlis Perbandaran Segamat, Majlis Perbandaran Kulai, Heng Hiap Industries serta UNICEF.
🌏 Marilah bersama-sama memperkasakan generasi masa depan melalui ilmu, tindakan dan semangat kelestarian tanpa sempadan.
📢 Jumpa anda pada 1 Julai 2026, jam 10.30 pagi!
09/06/2026
♻️ Turn Your Used Cooking Oil Into Cash & Impact 💚
Bring your used cooking oil to our Monthly UCO Buy-Back and recycle for a greener future 🌍
🛢️ RM3.50/kg _(cashless & subject to market rate)_
📅 25 June 2026 (Thursday)
⏰ 8:30 AM – 11:30 AM
📍 Carpark, Sunway Emerald Lake
Every drop counts ♻️✨
09/06/2026
When two or more hazards collide, the impact can far exceed the sum of its parts.
Compound events – hazards occurring simultaneously or in close succession – are harder to predict and harder to manage – and are becoming increasingly common as the climate changes.
These three examples show the pattern:
🌡️ Australia, 2019 – Extreme heat was followed by flooding that killed more than 500,000 cattle and caused economic losses of more than US$1.2 billion.
🌊 Japan, 2018 – Severe flooding damaged homes and disrupted electricity networks, leaving communities far more exposed to the intense heatwave that followed.
🔥 Mediterranean, 2021 – Temperatures approaching 50°C and coastal flooding struck simultaneously, overwhelming infrastructure and emergency response.
Traditional risk assessments often evaluate hazards in isolation – this can lead to a major underestimation of risk
Reducing compound risk requires integrated responses: resilient infrastructure, nature-based solutions, early warning systems, and risk-informed urban planning that accounts for combined – not just individual – hazard scenarios.
Explore further ➡️ https://ow.ly/ukfH50Z7TTs
08/06/2026
Info Hari Ini | Tahu tak ke mana perginya sisa yang dilupuskan setiap hari? 🗑️✨
Jom kita tengok gambaran keseluruhan fasiliti yang dipantau oleh SWCorp dalam menguruskan sisa pepejal:
⚙️ Statistik & Lokasi Tapak Pelupusan:
📌 10 Tapak Pelupusan Sanitari (TPS)
📌 12 Tapak Pelupusan Bukan Sanitari (TP)
⚙️ Fasiliti Rawatan Lanjutan & Teknologi:
📌 3 Loji Rawatan Termal (Insinerator): Beroperasi di kawasan pelancongan utama.
📌 9 Loji Rawatan Air Larut Resap (LTP): Berfungsi merawat air larut resapan.
📌 1 Integrasi Teknologi WTE (Waste-to-Energy): WTE pertama di Ladang Tanah Merah, Port Dickson
📌 1 Stesen Pemindahan di Taman Beringin Kuala Lumpur
Pengurusan sisa yang sistematik dan teknologi moden seperti WTE sangat penting untuk masa depan yang lebih bersih. Perlu diingatkan, pengurusan terbaik bermula daripada tabiat kita di rumah! Jom uruskan sisa dengan betul dan kitar semula. 🌍💚
📖 BF
08/06/2026
ADAKAH ANDA WIRA BIJAK TENAGA?
Tenaga bukan sekadar suis yang kita hidupkan, tenaga ialah masa depan yang perlu kita jaga.
Kini tiba masanya untuk murid sekolah seluruh Malaysia menunjukkan idea, kreativiti dan semangat mereka melalui Pencarian Wira Bijak Tenaga 2026.
Dengan tema “Generasi Bijak Tenaga, Wira Masa Depan Kita”, pertandingan ini mencari murid yang berani berfikir, bijak bertindak dan mampu menjadi inspirasi kepada rakan-rakan dalam membudayakan penggunaan tenaga yang cekap, selamat dan mampan.
Terbuka kepada:
- Sekolah Rendah: Wira Tenaga Muda
- Sekolah Menengah: Wira Inovasi Tenaga
Hadiah menarik menanti:
- Simpan SSPN Prime
- Trofi
- Lencana melalui DELIMa
- Pengiktirafan mata PAJSK
Imbas kod QR pada poster atau klik link di bawah untuk cara dan syarat penyertaan:
bit.ly/WiraBijakTenaga
📧 Maklumat lanjut: [email protected]
Jom sertai!
Kerana wira masa depan bukan hanya dalam cerita — mereka adalah generasi bijak tenaga hari ini.