Sekolah Kebangsaan Kempas TS25

Sekolah Kebangsaan Kempas TS25

Share

Ikuti informasi terkini sekolah melalui facebook rasmi Sekolah Kebangsaan Kempas

08/05/2026

πŸ“’ KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK KEMPAS 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan SK Kempas 2026. Sehubungan dengan itu, semua ibu bapa/penjaga serta murid dijemput hadir bagi memeriahkan kejohanan ini.

πŸ“… Tarikh: 9 Mei 2026
⏰ Masa: 7.30 pagi hingga 1.00 petang
πŸ“ Tempat: Padang SK Kempas

Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan bagi memberi sokongan dan semangat kepada anak-anak yang mengambil bahagian.

Kerjasama dan sokongan semua pihak didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG KALI KE-42 SK Kempas 2026 Β· Apr 10 – 11 πŸ“Έ 11/04/2026

πŸ“Œ Mesyuarat Agung Tahunan PIBG KALI KE-42 dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri PIBG SK Kempas 2026.

πŸ“ Alhamdulillah Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG kali ke-42 telah berlangsung dengan jayanya..

πŸ“ Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa/penjaga dan warga kerja Sekolah Kebangsaan Kempas TS25 atas segala kerjasama dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG bagi sesi 2026.

πŸ“ Tahniah atas lantikan AJK bagi sesi 2026/2027.
Teruskan kerjasama erat antara PIBG dan warga sekolah.

anak-anak KITA

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG KALI KE-42 SK Kempas 2026 Β· Apr 10 – 11 πŸ“Έ Shared album Β· Tap to view!

07/04/2026

πŸ“’ MAKLUMAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) PIBG KALI KE - 42

Salam sejahtera dan Salam KEMPRIS.

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG Kali Ke-42 SK Kempas 2026 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 11 April 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 9.30 pagi - 1.30 tengah hari
πŸ“ Tempat: Dewan Gemilang, SK Kempas.

Sehubungan itu, semua ibu bapa/penjaga dijemput hadir bagi bersama-sama menjayakan mesyuarat ini demi kecemerlangan anak-anak dan sekolah.

Kehadiran dan kerjasama tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Photos from Sekolah Kebangsaan Kempas TS25's post 14/03/2026

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MURID ASNAF & ANAK YATIM SK KEMPAS

Tarikh : 12/3/2026
Hari. : Khamis
Tempat. : Warung Pak Akob

Semoga segala sumbangan diberkatiNya.

- Unit Kebajikan SKK-

KITA RAYA BERSAMA - KEMPRIS All-star 2026 | Official Music Video 11/03/2026

πŸŒ™β€™Kita Raya Bersamaβ€™πŸŒ™
oleh KEMPRIS All-star! ✨

Saksikan Muzik Video kemeriahan Aidilfitri bersama warga SK Kempas melalui lagu β€œKita Raya Bersama” yang penuh ceria dan semangat kebersamaan.

🎢 Jom tonton, like dan kongsikan kepada semua!

KITA RAYA BERSAMA - KEMPRIS All-star 2026 | Official Music Video 'Kita Raya Bersama' dipersembahkan oleh KEMPRIS All-star!!-------------------------------------------------------------------------------------------------Pe...

Photos from Sekolah Kebangsaan Kempas TS25's post 11/03/2026
Photos from Sekolah Kebangsaan Kempas TS25's post 15/02/2026

SK Kempas Cipta Kejayaan di Majlis Anugerah Pendidikan Kelestarian Johor 2025

Syukur Alhamdulillah, SK Kempas telah berjaya merangkul Anugerah EMAS dalam program Sekolah Showcase Pendidikan Kelestarian Negeri Johor Tahun 2025.

Majlis gilang-gemilang ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Ir. Hasni bin Mohamad, Penasihat Ekonomi dan Pelaburan Negeri Johor merangkap Pengerusi Kelestarian Negeri Johor, bertempat di KSL Hotel & Resort pada 12 Februari 2026.

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga sekolah atas usaha gigih dalam melestarikan alam sekitar demi masa depan generasi akan datang!

09/02/2026

"Siapa kata barang kitar semula tak boleh slay? πŸ’… Daripada plastik ke gaya drastik, tengoklah kreativiti para ibu bapa murid-murid kita ini dalam Pertandingan Pakaian Beragam: Waste To Wow! Memang tahap catwalk antarabangsa! 🌍✨ " ❀️‍πŸ”₯

08/02/2026

πŸŒ±β™»οΈ HEBAHAN PERTANDINGAN KITAR SEMULA 2026 β™»οΈπŸŒ±

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan izin YM Tuan Guru Besar, dimaklumkan bahawa Unit Kitar Semula akan mengadakan Pertandingan Kitar Semula bagi bulan Februari seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 26 Februari 2026 (Khamis)
⏰ Masa:
β€’ 7.15 pagi (Sesi pagi)
β€’ 12.30 tengah hari (Sesi petang)

πŸ“¦ Buku-buku perlu diikat kemas / dimasukkan ke dalam beg manakala kotak perlu dilipat bagi memudahkan pengurusan.
‼️Buku agama tidak diterima untuk kitar semula.
πŸ”ΈMinyak masak perlu ditapis, ditutup dengan ketat dan diisi ke dalam bekas yang sesuai.
πŸ† Hadiah menarik menanti pemenang
πŸ“— Bawa Kad Cabaran Kitar Semula

Terima kasih atas kerjasama semua.

- Unit Kitar Semula Kempris-

05/02/2026

πŸ“’ HEBAHAN KEJOHANAN MERENTAS DESA SK KEMPAS 2026 πŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua warga SK Kempas,

Dengan Izin YM Tuan Guru Besar,

Kejohanan Merentas Desa SK Kempas 2026 akan diadakan pada ketetapan berikut:

πŸ—“ Hari: Jumaat
πŸ“… Tarikh: 6 Februari 2026
πŸ“ Tempat: Sekitar SK Kempas

⚠️ Perhatian:
βœ”οΈ Murid hendaklah membawa air mineral yang mencukupi.
βœ”οΈ Pastikan memakai kasut sukan yang sesuai dan selamat.

Kerjasama dan komitmen semua murid amat dihargai bagi memastikan kejohanan ini berjalan dengan lancar.

Sekian, terima kasih. 🌟

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Jalan Lurah 15, Kg Kempas Baru
Johor Bahru
81000