Pelancaran Program NILAM 2026 📚
Mari kita semarakkan budaya membaca dalam kalangan warga sekolah!
“Jom Baca, Jom Berjaya!” 🌟
SMKTD Official
Facebook Rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya
Pastikan anda membuat panggilan ke pejabat sekolah dan membuat janji temu sebelum datang untuk sebarang urusan.
✨ SPM 2025 — hasil usaha, doa & pengorbanan akhirnya terjawab. Tahniah semua! 🎓
Credit : Sofea Azira - 4 Ibnu Sina
Keputusan SPM 2025 🎓✨
Ada yang menangis kegembiraan, ada juga yang tabah menerima—setiap usaha ada nilainya. Dalam temubual kami bersama calon-calon SPM, jelas terpancar pelbagai kisah: dari struggle belajar sampai lewat malam, sokongan keluarga, hinggalah harapan besar untuk masa depan.
Apa pun keputusan anda, ini bukan penamat—ini hanya permulaan perjalanan baru 💪
Tahniah kepada semua calon SPM 2025! ❤️
Kongsi dengan kami keputusan dan kisah anda di ruangan komen 👇
Credit
Wartawan : Hannah Maisarah (4 PN)
Editor : Putri Balqis (4 Ibnu Sina)
Takbir Raya Sedaya 2026
20/03/2026
🌙 Salam Aidilfitri 1447H🌙
Warga SeDaya dengan penuh rasa kesyukuran mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga sekolah, para guru, ibu bapa serta pelajar yang dikasihi.
Semoga sambutan Aidilfitri kali ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. Raikanlah kemenangan setelah sebulan berpuasa dengan penuh kesederhanaan dan keinsafan.
✨ Maaf dipohon atas segala kekhilafan. ✨
https://www.instagram.com/p/DWGxFOWEZAM/?igsh=OXNkeHphMzZrejcx
20/03/2026
18/03/2026
Tahniah diucapkan kepada wakil sekolah kami atas pencapaian membanggakan dalam Pertandingan Pembaca Bestari 2026 (Kategori Sekolah Menengah – Bahasa Inggeris, Daerah Pasir Gudang) 🏆✨
Tempat Ketiga berjaya dirangkul oleh:
Chee Xin Yee dari SMK Taman Daya 👏
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua pelajar untuk terus memupuk minat membaca dan mencapai kecemerlangan. Teruskan usaha dan maju jaya! 📚🌟
🚰Tutup Paip, Buka Harapan
💧 Kurangkan Pembaziran, Tingkatkan Kesedaran
kongsikan video ini supaya mesej kesedaran dapat disampaikan kepada lebih ramai.
"satu paip, satu pilihan,satu tindakan,satu perubahan"
18/02/2026
Selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh warga sekolah yang dikasihi.
Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, meningkatkan ketakwaan serta mengeratkan ukhuwah sesama kita. Marilah kita manfaatkan bulan yang penuh rahmat ini dengan memperbanyakkan amal ibadah, kesabaran dan keikhlasan dalam setiap perkara yang dilakukan.
Semoga segala amalan kita diterima dan dipermudahkan segala urusan.
Ikhlas daripada,
Pengetua 🌙
16/02/2026
Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua warga sekolah SMK Taman Daya yang meraikannya. Semoga tahun ini membawa sinar kebahagiaan, kesihatan yang baik, kejayaan dalam pelajaran serta keharmonian dalam keluarga.
Marilah kita terus memupuk semangat perpaduan, saling menghormati dan bekerjasama demi kecemerlangan bersama. Kepelbagaian budaya yang kita miliki adalah kekuatan yang menyatukan kita sebagai satu keluarga besar SMK Taman Daya.
Gong Xi Fa Cai! Semoga tahun ini lebih gemilang dan penuh keberkatan.
Ikhlas daripada,
Pengetua
SMK Taman Daya
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Address
SMK TAMAN DAYA , Jalan RUMBIA 39 TAMAN DAYA
Johor Bahru
81100
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 05:30 |
| Tuesday | 08:00 - 05:30 |
| Wednesday | 08:00 - 05:30 |
| Thursday | 08:00 - 04:00 |
| Sunday | 08:00 - 04:00 |