08/06/2026
๐ข **JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG JIBG 2026 & HARI TERBUKA SRITI AL-IRSYAD** ๐ข
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan segala hormatnya, ibu bapa dan penjaga murid SRITI Al-Irsyad dijemput hadir ke **Mesyuarat Agung JIBG 2026 & Hari Terbuka SRITI Al-Irsyad**.
๐
**Tarikh:** 13 Jun 2026 (Sabtu)
๐ฃ **Masa:** 8.30 pagi โ 12.30 tengah hari
๐ **Tempat:** SRITI Al-Irsyad
Program ini merupakan platform terbaik untuk:
โ
Mengukuhkan ukhuwah dan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa.
โ
Membincangkan prestasi akademik anak-anak bersama guru kelas.
โ
Mengetahui perkembangan serta hala tuju pendidikan murid.
โ
Bersama-sama membina generasi Rabbani Murabbi yang cemerlang.
Kehadiran dan sokongan tuan/puan amat dihargai kerana **kejayaan pendidikan anak-anak adalah tanggungjawab yang dikongsi bersama**.
๐ *"Kehadiran Anda, Membawa Makna Besar!"* ๐
22/05/2026
Untuk Warga JB, sekitar Perling, Kempas, Uda dan sebagainya yang ingin mendaftarkan anak 4-6 Tahun di PASTI Al-Irsyad Pulai, boleh diajukan ke nombor berkenaan. Tempat Terhad!
Pendaftaran SRITI Al Irsyad Pulai p**a akan dibuka pada bulan 7
16/05/2026
Alhamdulillah. Yang terbaik dari SRITI Al Irsyad Pulai
16/05/2026
Alhamdulillah. Tahniah kepada Guru Besar SRITI Al Irsyad Pulai
16/05/2026
Selamat Hari Guru
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat seluruh warga pendidik SRITI seluruh Malaysia khususnya di Negeri Johor yang terus istiqamah mendidik generasi ummah dengan penuh keikhlasan, kesabaran dan pengorbanan.
Sesungguhnya setiap ilmu yang dicurahkan akan menjadi saham akhirat yang berpanjangan, sebagaimana sabda Rasulullah SAW bahawa orang yang mengajarkan ilmu akan mendapat pahala daripada mereka yang mengamalkannya tanpa berkurang sedikit pun.
Semoga semua guru terus diberi kekuatan, kesihatan dan keberkatan dalam mendidik anak bangsa menjadi insan rabbani dan pewaris perjuangan Islam.
โ๐ฎ๐๐๐ ๐ฏ๐๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฑ๐๐๐๐๐โ
Ikhlas daripada
Jabatan SRITI Negeri Johor ๐
15/05/2026
๐ท๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐๐๐๐๐ ๐บ๐น๐ฐ๐ป๐ฐ ๐
๐๐ ๐ท๐จ๐บ๐ป๐ฐ ๐จ๐-๐ฐ๐๐๐๐๐
๐ฒ๐๐๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐ 2026
Alhamdulillah. Telah berlangsungnya pertemuan mahabbah antara SRITI Al Irsyad Pulai dan PASTI Al-Irsyad Pulai dimana turut terlibat iaitu Ketua Sektor Pendidikan, Pengerusi SRITI dan PASTI disertakan bersama para Guru Pentadbiran SRITI dan semua 9 orang Guru Kanan PASTI (mewakili 9 cawangan PASTI di kawasan Pulai).
Pertemuan yang diadakan buat julung kalinya ini dijalankan dengan penuh harmoni dan segala pertukaran pendapat dapat dipanjangkan serta diperincikan di sepanjang pertemuan ini bagi mendepani isu-isu utama bagi mengelakkan sebarang keciciran mendatang dalam kalangan murid sebelum ke Tahun 1 2027.
Pihak SRITI dan PASTI optimistik terhadap resolusi dan perlaksanaan yang mendatang ini bagi memastikan kualiti, keseragaman, dan hasil yang terbaik dapat diteruskan dalam aspek akademik.
Moga Allah permudahkan usaha sekalian para pendidik bagi mendepani isu pendidikan masa mendatang.
15/05/2026
๐ฑโป๏ธ MINGGU KEMPEN KITAR SEMULA SRITI AL-IRSYAD โป๏ธ๐ฑ
Assalamualaikum dan salam sejahtera ๐ธ
Mari bersama-sama memeriahkan Minggu Kempen Kitar Semula yang dianjurkan oleh SRITI Al-Irsyad โจ
๐
19 Mei 2026 โ 22 Mei 2026
๐๏ธ Selasa hingga Jumaat
๐ Tempat: SRITI Al-Irsyad
๐ฆ Bahan yang boleh dibawa:
โ
Minyak Terpakai
โ
Plastik
โ
Kertas
โ
Besi
Kempen ini bertujuan untuk memupuk kesedaran menjaga alam sekitar dalam kalangan murid serta masyarakat ๐๐
Jom sama-sama menyumbang demi persekitaran yang lebih bersih, sihat dan hijau ๐ฟ
โจ โHijaukan Bumi Kitaโ โจ