11/06/2026
SMK Bandar Baru UDA
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SMK Bandar Baru UDA, School, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda, Johor Bahru.
11/06/2026
10/06/2026
TAHNIAH KUMPULAN KOIR SMK BANDAR BARU UDA! 🎶🏆
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan membanggakan yang telah diraih oleh Kumpulan Koir SMK Bandar Baru UDA apabila berjaya memperoleh:
🥉 Tempat Ketiga
🏆 Anugerah Persembahan Terbaik
Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, komitmen tinggi serta semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh para murid dan guru pembimbing sepanjang persediaan dan pertandingan berlangsung.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan serta mengharumkan nama SMK Bandar Baru UDA pada peringkat yang lebih tinggi.
03/06/2026
🌟✨ Tahniah diucapkan kepada Muhammad Adam Mikhail atas pencapaian cemerlang dalam Pertandingan Cup Stacking Johor Peringkat Antarabangsa yang berlangsung di Paradigm Mall Johor pada 9–10 Mei.
Beliau telah berjaya meraih:
🏆 Tempat Pertama bagi semua kategori individu
🥈 Tempat Kedua bagi kategori Relay
🏅 Johan Keseluruhan
Pencapaian ini amat membanggakan dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah. Semoga Muhammad Adam terus cemerlang dan mengharumkan nama sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.
Syabas dan tahniah diucapkan!
25/05/2026
Perhimpunan Pendidikan PPD JB Bil 2 tahun 2026 telah berlangsung pada:
Tarikh : 21 Mei 2026 Khamis
Tempat : Auditorium MPIP.
Dalam majlis tersebut SMK BBU telah menerima beberapa anugerah :
🔹Pencapaian Cemerlang Prestasi Pembayaran Bil. dan Tuntutan Dalam Tempoh 7 Hari.
SMK Bandar Baru Uda juga telah mencapai Anugerah Kecemerlangan SPM 2025 dalam :
🔹Peratus Cemerlang Tertinggi
🔹Bilangan Cemerlang Tertinggi
🔹Peningkatan Gred Purata Sekolah
🔹Peningkatan Gred Purata 19 Mata pelajaran
🔹100% lulus 13 Matapelajaran
🔹Peningkatan Peratus Lulus 4 Mata pelajaran
Tahniah dan syabas kepada semua guru SMK Bandar Baru Uda khas nya kepada guru- guru tingkatan 5 atas pencapaian ini.
Semoga dengan anugerah yang diberi menjadi pemangkin kepada usaha berterusan bagi kecemerlangan SPM pada tahun- tahun yang mendatang.
24/05/2026
🏆 SMKBBU CEMERLANG DI WORLD CHEF CHAMPIONSHIPS 2026 🏆
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta SMK Bandar Baru UDA (SMKBBU) atas pencapaian membanggakan dalam World Chef Championships 2026 yang berlangsung di Persada Johor pada 21 hingga 23 Jun 2026.
Hasil usaha, kreativiti dan kemahiran yang dipamerkan, SMKBBU berjaya meraih:
🥈 3 Pingat Perak (Silver)
🥉 1 Pingat Gangsa (Bronze)
Senarai Penerima Anugerah:
🥈 Sofea Iqlyma (5SK) – Silver
🥈 Nur Arifah (5SK) – Silver
🥈 Qaseh Noorezan (5SK) – Silver
🥉 Puteri Qistina (PPKI) – Bronze
Kejayaan ini membuktikan bahawa murid-murid SMKBBU bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah turut menyerlah dalam bidang kemahiran dan kulinari di peringkat antarabangsa.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada guru pembimbing, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan dorongan sepanjang pertandingan berlangsung.
Tahniah sekali lagi kepada para peserta atas kejayaan mengharumkan nama SMK Bandar Baru UDA. Semoga terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
✨ SMKBBU – Generation of Excellence ✨
24/05/2026
🏆 KEPUTUSAN RASMI KARNIVAL BAKAT KOKURIKULUM SUKAN DAN KESENIAN PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU 2026 🏆
Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Bandar Baru UDA atas penyertaan dan pencapaian yang membanggakan dalam Karnival Bakat Kokurikulum Sukan dan Kesenian Peringkat Daerah Johor Bahru 2026.
Antara kejayaan yang berjaya diraih ialah:
🥈 Naib Johan – Tarian dan Nyanyian Solo
🥈 Naib Johan – Stacking (Disiplin 3-6-3 dan 3-3-3-3)
🥉 Tempat Ketiga – Futsal Antara Zon Daerah Johor Bahru
🥉 Tempat Ketiga – Stacking (Disiplin Cycle)
🏅 Tempat Keempat – Badminton
📜 Penyertaan – Boling dan Stacking
Kejayaan ini membuktikan bahawa murid-murid PPKI SMKBBU memiliki bakat, potensi dan semangat juang yang tinggi dalam pelbagai bidang sukan dan kesenian.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir, guru-guru PPKI, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan bimbingan sepanjang program berlangsung.
Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama SMK Bandar Baru UDA di persada yang lebih tinggi.
✨ Keunikan Dirai, Potensi Digilap, Kecemerlangan Dicapai ✨
👏📺 SMKBBU DI MEDIA ❤️🌸
Tahniah buat seluruh warga SMK Bandar Baru UDA atas liputan berita yang membanggakan ini ✨
Kejayaan dan pengiktirafan ini pastinya hasil usaha bersama barisan pentadbir, KEBIRUS serta sokongan para guru dalam menjayakan projek ini
Terima kasih Kerajaan Negeri Johor 🌸🌸
Terima kasih BERNAMA TV
https://www.facebook.com/share/v/1AxZqAiyFY/?mibextid=wwXIfr
23/05/2026
Penyerahan Geran Program Uda Lestari School juga dikenali sebagai Penyerahan Sumbangan Sekolah Angkat Madani telah berlangsung pada :
Tarikh : Ahad 11 Mei 2026
Tempat : Pejabat Uda Land ( South) Sdn Berhad.
🍀Sumbangan yang diberikan berbentuk peralatan.
🍀Pihak Uda Land menyerahkan peralatan kompos dan peralatan E-Stem bernilai RM 24,000.00
🍀Sebagai permulaan peralatan kompos di serahkan dulu, dan peralatan E-Stem akan menyusul berapa bulan kemudian..
🍀Penyerahan sumbangan ini mempunyai sasaran tertentu yang perlu dicapai oleh semua sekolah lestari.
🍀Terima kasih diucapkan kepada Uda Land ( South) Sdn Bhd atas sumbangan yang diberikan
22/05/2026
🏃♂️🔥 Tahniah diucapkan kepada atlet L15 dan L18 SMK Bandar Baru Uda atas kejayaan meraih tempat pertama bagi acara 4x100 meter dalam Kejohanan Olahraga Jemputan SMK Mutiara Rini 2 sebentar tadi🥇
Kejayaan ini membuktikan semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan usaha gigih para atlet dalam mengharumkan nama sekolah. 💪✨
Syabas dan teruskan kecemerlangan dalam bidang sukan! 👏👏👏
22/05/2026
Persembahan yang penuh kreatif, bertenaga dan memukau membuktikan bakat serta komitmen yang luar biasa daripada seluruh pasukan.
💃✨ Tahniah diucapkan kepada Cikgu Suryani bersama pasukan tarian sekolah atas kejayaan meraih Anugerah Khas Juri Kategori Tarian Rampaian Tradisional Sekolah Menengah dalam Pertandingan Tarian Taseem Peringkat Daerah Johor Bahru 2026. 🏆
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Website
Address
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda
Johor Bahru
81200