SRITI ILMI

SRITI ILMI

Share

Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Ilmi

Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Ilmi Gelang Patah adalah kesinambungan Pasti untuk pendidikan berasaskan Islam di peringkat sekolah rendah.

07/06/2026

Hujung minggu buat apa? ๐Ÿ‘€

Ada yang tengah bawa family jalan, ada yang tengah marathon drama, ada yang tengah lepak dengan member.

Kami? Ya tengah Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Iskandar Puteri Kali Ke-29 ๐Ÿ’š

Bukan sekadar mesyuarat.

Inilah tempat idea dibincangkan, kepimpinan dibentuk dan gerak kerja untuk masyarakat dirancang.

Masa muda bukan hanya tentang apa yang kita nikmati hari ini, tetapi apa yang kita tinggalkan untuk masa depan.

Alhamdulillah, anak-anak muda terus melangkah, belajar dan berkhidmat demi agama, bangsa dan negara. Terima kasih semua Dif Jemputan dari Negeri dan Kawasan, Perwakan dan Jawatankuasa bertugas yg menjayakan mesyuarat kali ini.

Nak jadi sebahagian daripada perjalanan ini?

Meh join kami. Pintu sentiasa terbuka untuk anak muda yang mahu belajar, berbakti dan membina masa depan bersama. Jangan lupa PM tepi โœŒ๏ธ๐Ÿ’š



26/05/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐š๐๐ก๐š ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam terutama warga SRITI Negeri Johor. Semoga pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang yang disemai membawa keberkatan dalam kehidupan kita semua.

Semoga hari yang mulia ini mengeratkan silaturahim, menambahkan rasa syukur, serta menghadirkan kebahagiaan bersama keluarga tercinta.

โ€œPengorbanan yang ikhlas akan melahirkan jiwa yang penuh reda dan taqwa.โ€

Ikhlas,
Jabatan SRITI Negeri Johor.





Photos from PAS Iskandar Puteri's post 20/05/2026

Terima kasih PAS Iskandar Puteri ๐Ÿค—

19/05/2026

๐Ÿ“ข JEMPUTAN SAMBUTAN HARI GURU SRITI ILMI 2026 ๐ŸŽ‰

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan penuh hormat dan sukacitanya, sekolah akan menyambut Sambutan Hari Guru SRITI Ilmi 2026 pada butiran berikut:

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 22 Mei 2026 (Jumaat)
๐Ÿ•ค Masa: 9.30 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Md Shah Lamat
๐Ÿ‘’ Tema pakaian: Kampung People
๐Ÿ”– Nota tambahan: Murid-murid digalakkan untuk memakai pakaian mengikut tema tersebut namun tiada paksaan

"Guru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaah"

Kehadiran semua murid amatlah dihargai bagi memeriahkan lagi sambutan penuh bermakna ini ๐Ÿ’š

Photos from SRITI Negeri Johor's post 16/05/2026
16/05/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐†๐”๐‘๐” ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh warga pendidik yang terus istiqamah mendidik, membimbing dan membina generasi ummah dengan penuh hikmah, kasih sayang serta pengorbanan.

Sesungguhnya guru bukan sahaja penyampai ilmu, bahkan murabbi yang membentuk akhlak, mengukuhkan fikrah serta menjadi pemangkin kekuatan jemaah dalam membangunkan pendidikan Islam dan melahirkan generasi yang cintakan Islam.

โ€œ๐†๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐‡๐š๐ซ๐š๐ค๐ข ๐๐ž๐ฆ๐š๐ง๐ ๐ค๐ข๐ง ๐Š๐ž๐ค๐ฎ๐š๐ญ๐š๐ง ๐‰๐ž๐ฆ๐š๐š๐กโ€

#2026







16/05/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐†๐”๐‘๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat seluruh warga pendidik SRITI seluruh Malaysia khususnya di Negeri Johor yang terus istiqamah mendidik generasi ummah dengan penuh keikhlasan, kesabaran dan pengorbanan.

Sesungguhnya setiap ilmu yang dicurahkan akan menjadi saham akhirat yang berpanjangan, sebagaimana sabda Rasulullah SAW bahawa orang yang mengajarkan ilmu akan mendapat pahala daripada mereka yang mengamalkannya tanpa berkurang sedikit pun.

Semoga semua guru terus diberi kekuatan, kesihatan dan keberkatan dalam mendidik anak bangsa menjadi insan rabbani dan pewaris perjuangan Islam.

โ€œ๐‘ฎ๐’–๐’“๐’– ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ๐’Š ๐‘ท๐’†๐’Ž๐’‚๐’๐’ˆ๐’Œ๐’Š๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’Œ๐’–๐’‚๐’•๐’‚๐’ ๐‘ฑ๐’†๐’Ž๐’‚๐’‚๐’‰โ€

Ikhlas daripada
Jabatan SRITI Negeri Johor ๐Ÿ’š




15/05/2026

Dewan Pemuda PAS Kawasan Iskandar Puteri hari ini telah membuat laporan polis terhadap ADUN Wong Siew Ki susulan kenyataan beliau berkaitan isu penternakan babi di Selangor yang dilihat mencabar kedaulatan Sultan Selangor serta menyentuh sensitiviti umat Islam.

Tindakan ini dibuat bukan atas dasar politik kebencian, tetapi sebagai tanda tegas bahawa institusi diraja wajib dihormati oleh semua pihak tanpa mengira kaum, agama mahupun fahaman politik.

Sultan adalah payung negeri dan Ketua Agama Islam. Sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan persepsi mempertikai kedudukan tersebut tidak boleh dipandang ringan.

Isu penternakan babi di Selangor juga bukan perkara baharu. Ia melibatkan sensitiviti masyarakat, kebersihan, alam sekitar serta kesejahteraan penduduk setempat. Maka, suara rakyat yang membangkitkan perkara ini tidak seharusnya dipandang sinis atau diperlekehkan.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Iskandar Puteri menyeru agar semua pihak lebih beradab dalam mengeluarkan kenyataan dan menghormati kedaulatan institusi diraja demi keharmonian negara.



Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Johor Bahru

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Sunday 07:30 - 17:00