10/06/2026
KEMPEN : INSPIRING KINDNESS IN SCHOOL (IKIS)
Pada hari Isnin, 8 Jun 2026, taklimat tentang kempen Inspiring Kindness In School (IKIS) telah diberikan oleh wakil unit disiplin Sekolah Rendah Islam Hidayah, Ustazah Siti Nabilah binti Azis.
Kempen ini bermula Jun 2026 sehingga November 2026 dikendalikan oleh Unit Disiplin dengan kerjasama Unit Data, Unit ICT, Unit Pembangunan Sahsiah Murid, Unit Kepimpinan, Unit Kelestarian serta Unit Bimbingan dan Kaunseling.
Objektif yang ingin dicapai daripada pelaksanaan program ini ialah:
1.Mendedahkan murid dengan nilai-nilai murni Islam yang menjadi biah solehah di sekolah.
2.Menghargai murid-murid yang berbudi bahasa dan sentiasa mengamalkan akhlak mulia serta membuka peluang kepada murid-murid lain untuk mencontohi mereka.
3.Memberi ilmu pengetahuan kepada murid-murid mengenai adab-adab yang perlu diamalkan seperti adab menghormati ibu bapa, guru , rakan dan seluruh warga SRIH dan sebagainya.
Pelbagai aktiviti dan anugerah yang telah dirancang bagi mencapai objektif program antaranya Sebarkan Salam, Anugerah Kumpulan Mentor Paling Rajin, Anugerah Menti Qudwah Hasanah, Solat Dhuha dan Tilawah.
Semoga kempen yang dilaksanakan ini mencapai objektifnya dan memberi impak kepada diri pelajar dan suasana sekolah.
SOLEH, MUSLEH, CEMERLANG DAN RAHMAH
Unit Disiplin SRIHJB
01/06/2026
π TAHNIAH WIRA BOLASEPAK SEKOLAH SRIH! π
πππππππππππππππ ππππ ππ - πππ πππππππππππππ ππππ πππππ πππ ππππ πππππππππ!
Sekolah ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid hebat kita yang telah mempamerkan aksi luar biasa di kejohanan antarabangsa JSA International MILO Super Cup 2026 baru-baru ini! π₯³β½
β Pencapaian Murid:
Juara Keseluruhan (Kategori Cup - U8):
π₯ Jamizulzafri Bin Jamizulfikri (2 An-Nawawi)
Tahniah kerana berjaya menjulang trofi kejuaraan bersama pasukan TSSX U8! Satu pencapaian yang amat membanggakan!
Penghargaan Penyertaan:
πββοΈ Jamizulhaq Bin Jamizulfikri (4 Ali Abi Talib)
Syabas atas semangat kesukanan yang tinggi dan perjuangan yang hebat sepanjang kejohanan! Pengalaman ini pasti membina karakter yang lebih kuat untuk masa depan.
Menang atau kalah, pengalaman di pentas antarabangsa adalah guru terbaik. Kami warga sekolah amat bangga dengan usaha keras dan disiplin anda berdua!" β€οΈπ₯
23/05/2026
πβ¨ PROGRAM JOM HAFAZ SEMPENA CUTI SEKOLAHβ¨π
Manfaatkan cuti sekolah dengan pengisian yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Isi masa lapang dengan hafazan dan tilawah Al-Quran agar setiap detik cuti menjadi amal yang berharga. ππ€
π₯ Rakam Video hafazan.
π² Hantar kepada guru subjek melalui Telegram.
π Tarikh akhir penghantaran: 8β£ Jun 2026.
Anugerah Gempur Hafazan Pertama akan diberikan kepada murid-murid yang telah mencapai sasaran ( seperti mana yang telah ditularkan, sila rujuk silibus setiap tahun)
βSesungguhnya orang yang membaca Al-Quran dan mengamalkannya akan bersama para malaikat yang mulia.β
(Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)
πΈ Dekatkan diri dengan Al-Quran, isi masa cuti dengan perkara yang berfaedah,
Anjuran Panitia Al-Quran.
15/05/2026
π’ TAKLIMAT DISIPLIN MURID
ποΈ 11 Mei 2026 (Isnin)
Satu sesi taklimat disiplin telah diadakan kepada para murid bagi memberi penerangan, peringatan serta kesedaran berkaitan kepentingan mematuhi peraturan sekolah demi menjaga keselamatan, kebersihan dan kesejahteraan bersama.
Antara perkara yang telah disampaikan ialah:
β
Kod QR Kehadiran
β
Peraturan rambut, kuku dan pemakaian sekolah
β
Barang larangan di sekolah
β
Isu buli dan kesannya
β
Kawasan berbahaya di sekitar sekolah
β
Beratur serta mendengar arahan guru sebelum menaiki bas/van
β
Menjaga kebersihan sekolah dan tidak membuang sampah merata-rata
Pihak sekolah berharap agar semua murid sentiasa mematuhi peraturan sekolah, menjaga disiplin diri, mengamalkan sikap bertanggungjawab serta menjauhi budaya buli demi mewujudkan suasana sekolah yang bersih, selamat dan harmoni.
Pihak sekolah juga memohon kerjasama daripada ibu bapa/penjaga untuk sentiasa mengingatkan anak-anak berkaitan perkara-perkara yang telah ditaklimatkan agar amalan disiplin yang baik dapat diterapkan secara berterusan.
Unit Disiplin
Sekolah Rendah Islam Hidayah