KKDK merupakan kelab persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Pejabat HEMA Universiti Teknologi Ma
Kelab Kaunseling dan Kerjaya (KKDK) UTMJB ini sering melakukan program-program berkaitan kepimpinan dan sahsiah pelajar seperti kem motivasi, kem team building dan sebagainya. Kem tersebut biasanya dijalankan di sekolah-sekolah bagi membakar semangat pelajar yg terlibat untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Tidak lupa juga tentang mahasiswa/wi di UTM, program-program yang dija
lankan adalah khas untuk menempuh bidang pekerjaan yang mendatang. Kelab ini pada awalnya ditubuhkan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) cawangan Kuala Lumpur, Kampus Semarak pada tahun 1992. Untuk meneruskan kesinambungannya, sebuah jawatankuasa pelaksana Kelab Kaunseling dan Kerjaya (KKDK) di UTM Skudai telah diwujudkan. Oleh itu, pada 1 Jun 1996, jawatankuasa tersebut telah dibentuk secara rasmi yang terdiri daripada kumpulan Pembimbing Rakan Sebaya, AJK Pesta Kerjaya ’96, dan Unit Perkhidmatan Sokongan Pelajar. Pengambilan ahli pada masa itu dilakukan melalui proses temuduga. Kini, KKDK mempunyai ahli aktif seramai 100 orang termasuk ahli daripada UTM IC dan juga UTM Skudai. KKDK dinaungi oleh Career Development Unit (CDU) dan Pejabat hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni (HEMA). Aktiviti tahunannya merangkumi ceramah kerjaya, program motivasi, program ‘team building’ dan juga program berbentuk perundingan. Antara program tahunan terbesar anjuran kelab ini adalah Karnival Kerjaya. Matlamat KKDK ialah untuk melahirkan teknokrat-teknokrat yang bermotivasi tinggi, berketerampilan, matang dan yakin pada diri sendiri.