11/05/2026
PINTA JOHOR SERAH RM20,000 BANTUAN KECEMASAN KEPADA MAAHAD TAHFIZ AZIZURRAHIM
PONTIAN, 11 Mei — Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Johor (PINTA Johor) hari ini menyerahkan sumbangan bantuan kecemasan berjumlah RM20,000 kepada Maahad Tahfiz Azizurrahim yang terjejas akibat ribut kuat yang melanda kawasan Pekan Nenas pada 3 Mei 2026 lalu.
Penyerahan bantuan tersebut diketuai oleh Ustaz Haji Anuar bin Hashim selaku Pengerusi PINTA Johor bersama barisan kepimpinan persatuan dalam lawatan khas ke maahad berkenaan.
Sumbangan sebanyak RM20,000 itu merupakan hasil kutipan dan sumbangan pelbagai pihak yang prihatin terhadap musibah yang menimpa institusi tahfiz tersebut. Antara yang turut menyumbang termasuk orang ramai, badan korporat, kumpulan yasinan, Yayasan Sultan Ibrahim serta individu-individu yang menghulurkan bantuan secara langsung mahupun tanpa nama.
Kejadian ribut yang berlaku pada Ahad, 3 Mei lalu telah menyebabkan kerosakan besar terhadap bangunan maahad termasuk bahagian bumbung utama yang diterbangkan angin kencang. Beberapa kemudahan pembelajaran dan kelengkapan pelajar turut mengalami kerosakan sehingga menjejaskan aktiviti hafazan dan pengajian harian.
Keadaan tersebut menimbulkan rasa sedih dan simpati dalam kalangan masyarakat, khususnya warga tahfiz di negeri Johor. Anak-anak tahfiz yang selama ini bertungkus-lumus menghafaz Al-Quran terpaksa berdepan suasana pembelajaran yang tidak lagi selamat dan selesa akibat bencana berkenaan.
Sebagai persatuan yang menaungi institusi tahfiz di negeri Johor, PINTA Johor memikul tanggungjawab besar dalam menjaga kebajikan ahli-ahlinya termasuk membantu ketika berlaku musibah dan kecemasan. Selain menjadi penghubung kepada institusi tahfiz, PINTA Johor juga berperanan menyelaras kutipan sumbangan daripada masyarakat dan pihak berkaitan supaya bantuan dapat disampaikan dengan lebih tersusun, telus dan segera kepada mereka yang memerlukan.
PINTA Johor turut melahirkan rasa bangga dan terharu melihat keprihatinan masyarakat yang bersatu hati membantu Maahad Tahfiz Azizurrahim tanpa mengira latar belakang. Semangat ukhuwah dan kebersamaan yang ditunjukkan membuktikan institusi tahfiz sentiasa dekat di hati umat Islam.
Dalam masa sama, pihak persatuan berharap bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban pihak pengurusan maahad serta membantu mempercepatkan proses baik pulih agar para pelajar dapat kembali meneruskan hafazan Al-Quran dalam keadaan yang lebih selesa dan selamat.
PINTA Johor turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang yang menjadi asbab bantuan ini berjaya disalurkan kepada pihak maahad. Semoga segala sumbangan yang diberikan diterima sebagai amal jariah dan mendapat ganjaran terbaik di sisi Allah SWT.
fans
10/05/2026
🌟 Setinggi-tinggi Tahniah 🌟
PINTA Johor merakamkan ucapan tahniah kepada : Yang Berhormat Dato’ Haji Nasri bin Md Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di atas pengurniaan Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang membawa gelaran Dato’, sempena Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor pada 9 Jun 2026.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memimpin dengan penuh hikmah, amanah dan cemerlang dalam memartabatkan syiar Islam serta pembangunan pendidikan agama di Negeri Johor.
بارك الله لكم ووفقكم لكل خير
Ikhlas daripada :
PINTA JOHOR
05/05/2026
"TENGAH FOKUS MENGHAFAZ AL-QURAN, TIBA-TIBA BUMBUNG MAAHAD MELAYANG!" 😰⛈️
Sedih hati melihat keadaan Maahad Tahfiz Azizurrahim di Pekan Nenas, Pontian sekarang. Ribut kuat pada Ahad lalu (3 Mei 2026) bukan saja memusnahkan bumbung, malah merosakkan kelengkapan belajar anak-anak syurga kita.
Kini, sesi hafalan mereka terganggu. Tempat mereka berteduh mencari ilmu Allah sudah tidak lagi selamat. Kos baik pulih dianggarkan mencecah RM100,000.00!
Sebagai tanda keprihatinan, wakil PINTA Johor telah turun ke Maahad Tahfiz Azizurrahim pada 4 Mei 2026 bagi meninjau keadaan dan menyampaikan bantuan segera, atas rasa tanggungjawab sebagai persatuan yang menaungi ahli-ahli PINTA Johor.
Namun, bantuan masih sangat diperlukan. Jangan tangguh lagi untuk menghulurkan sumbangan.
Kita mungkin tak mampu angkat bumbung itu sendirian, tapi dengan ukhuwah, kita boleh bina ia semula dengan lebih kukuh. 🤝
Mari kita jadi ‘pelindung’ buat mereka.
RM10.00 atau RM50.00 anda sangat bermakna untuk masa depan anak-anak tahfiz ini.
👇 Salurkan sumbangan anda ke:
Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Johor
5510 4351 7904 (Maybank)
Rujukan: RIBUT PONTIAN
"Allah akan memudahkan urusan mereka yang memudahkan urusan orang lain."
Mohon jasa baik semua untuk SHARE post ini. Satu share anda mungkin menjadi asbab bantuan sampai. Terima kasih! 🤲
03/05/2026
Assalamualaikum wbt...
Ribut kuat yang melanda kawasan Pontian pada petang Ahad 3 Mei 2026, benar-benar menguji ketabahan penduduk setempat apabila sebanyak 28 buah rumah dilaporkan mengalami kerosakan. Kejadian yang berlaku berhampiran Kampung Melayu Raya Rizab 1, Jalan Tahfiz, Pekan Nenas itu bukan sahaja memberi kesan kepada kediaman, bahkan turut menyentuh hati kita semua apabila melibatkan institusi pendidikan tahfiz.
PINTA Johor dengan penuh rasa dukacita merakamkan ucapan takziah kepada warga Madrasah Tahfiz Al-Quran Azizurrahim, Kg Melayu Raya (Ahli PINTA Johor) yang turut terkesan akibat kejadian ribut kuat tersebut. Semoga semua yang terlibat diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian ini.
Sehubungan itu, PINTA Johor menyeru seluruh masyarakat, para dermawan dan penyumbang budiman agar bersama-sama menghulurkan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh pihak madrasah.
Salurkan sumbangan anda ke akaun berikut:
MAYBANK
PERSATUAN INSTITUSI TAHFIZ AL-QURAN JOHOR
5510 4351 7904
Ruj : Ribut Pontian
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
📞 017-2205357
📞 013-7586840
Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi saham akhirat yang berpanjangan. Mudah-mudahan Allah SWT melipatgandakan rezeki para penyumbang, mengurniakan keberkatan dalam kehidupan, serta membalas dengan ganjaran pahala yang tidak terputus di dunia dan akhirat.
“Barangsiapa yang memudahkan urusan orang lain, Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
Ayuh kita bersama hulurkan bantuan. Sedikit dari kita, besar maknanya buat mereka.
30/04/2026
Assalamualaikum wbt,
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami zahirkan kepada Seksyen Penaziran, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) atas jemputan yang begitu bermakna untuk turut serta dalam Lawatan Penanda Aras ke Negeri Pahang.
Sepanjang lawatan ini, kami berpeluang menziarahi dan menimba ilmu daripada institusi-institusi hebat seperti Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP), Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, Yayasan Pahang, Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP), Sekolah Rendah Tahfiz Negeri Pahang, Madrasah Ribat Az-Zahra serta Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang (MTTNP).
Keselesaan penginapan di Ancasa Hotel Pekan dan Grand Darul Makmur Hotel Kuantan juga amat kami hargai, melengkapkan pengalaman lawatan yang penuh bermakna ini.
Sesungguhnya, perjalanan ziarah ilmiah ini membuka ruang yang luas untuk kami selaku wakil PINTA Johor mengutip mutiara ilmu dan hikmah.
Kami amat terinspirasi melihat bagaimana MTNP dan MTTNP di bawah Yayasan Pahang terus unggul mendominasi pencapaian SPM di peringkat negeri dan kebangsaan, dengan GPS yang cemerlang sehingga kekal dalam kelompok terbaik negara. Begitu juga Kulliah Al-Lughah yang konsisten melahirkan pelajar berteraskan kefahaman agama melalui penguasaan bahasa Arab.
Kami juga mengagumi komitmen besar Yayasan Pahang yang telah membelanjakan lebih RM1.99 bilion dalam sektor pendidikan, merangkumi pelbagai lapisan – daripada taska, tadika, sekolah rendah dan menengah, sehinggalah ke peringkat diploma dan program Tahfiz Mahir yang menghubungkan pelajar ke dunia industri, termasuk inisiatif PEDULI (anak orang asli) dan PRIHATIN (Anak Yatim).
Tidak dilupakan, Madrasah Ribat Az-Zahra yang teguh mempertahankan warisan ilmu ulama silam, dalam masa yang sama melangkah seiring dengan keperluan pendidikan arus perdana sehingga ke peringkat tertinggi pengajian.
Segala perkongsian dan pengalaman sepanjang lawatan ini sedikit pun tidak mengurangkan rasa syukur kami terhadap segala usaha, sumbangan dan sokongan yang telah disalurkan oleh JAINJ, MAINJ serta Kerajaan Negeri Johor dalam memartabatkan institusi tahfiz di negeri Johor.
Akhir kalam, kami memohon agar ukhuwah dan jalinan kerjasama ini terus diperkukuhkan.
Semoga diberi kesempatan untuk bersama lagi dalam program seumpama ini pada masa akan datang.
Sekalung penghargaan, setulus ingatan. Terima kasih JAINJ atas peluang yang amat berharga ini.
27/04/2026
Assalamualaikum wbt.
Dengan penuh rasa syukur, ingin dimaklumkan bahawa PINTA Johor terlibat dalam Lawatan Penanda Aras Sektor Jemaah Nazir, Bahagian Pendidikan Islam JAINJ ke Negeri Pahang Tahun 2026 yang berlangsung bermula 27 April hingga 30 April 2026.
Lawatan kali ini melibatkan beberapa institusi terpilih sebagai medan perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan pendidikan tahfiz, antaranya:
➡️ MUIP
➡️ Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar
➡️ Yayasan Pahang
➡️ Maahad Tahfiz Negeri Pahang
➡️ Madrasah Ribat Az-Zahra
➡️ Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Quran
Fokus utama lawatan ini adalah untuk memperkasakan sistem pendidikan tahfiz di Negeri Johor, khususnya melalui perbandingan dan penelitian terhadap aspek:
✅ Kurikulum
✅ Sistem peperiksaan
✅ Kaedah penaziran yang dilaksanakan di Negeri Pahang
Bagi mewakili PINTA Johor, seramai 5 orang wakil telah dihantar yang terdiri daripada:
1️⃣ Timbalan Pengerusi
2️⃣ Setiausaha
3️⃣ Bendahari
4️⃣ Penolong Setiausaha
5️⃣ Seorang AJK
Harapan kami, semoga lawatan ini bukan sekadar ziarah ilmu, tetapi menjadi titik tolak kepada penambahbaikan yang lebih tersusun dan berimpak tinggi dalam pengurusan institusi tahfiz di Johor.
Moga setiap perkongsian yang diperoleh dapat diterjemahkan kepada tindakan yang memberi manfaat besar kepada para pelajar, guru, dan keseluruhan ekosistem pendidikan tahfiz.
Doakan agar perjalanan ini dipermudahkan, diberkati, dan menghasilkan natijah yang terbaik untuk ummah.
Terima kasih atas doa dan sokongan semua 🤲
25/03/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Pihak Maahad Tahfiz Ar-Rahmah (MTAR) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh anggota Polis Diraja Malaysia yang telah banyak berjasa dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan MTAR sepanjang masa.
Komitmen, keprihatinan serta kesungguhan pihak POLIS dalam menjalankan amanah sebagai penjaga keamanan amat kami hargai. Kehadiran dan sokongan pihak POLIS bukan sahaja memberi rasa selamat, bahkan turut menyumbang kepada suasana pembelajaran yang lebih tenang dan harmoni buat para pelajar tahfiz.
Sabda Rasulullah SAW:
"Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: mata yang menangis kerana takutkan Allah dan mata yang berjaga (berkawal) di jalan Allah."
(Hadis Riwayat At-Tirmizi)
Semoga segala pengorbanan dan jasa bakti yang dicurahkan oleh pihak POLIS dikira sebagai amal soleh di sisi Allah SWT dan dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda.
Akhir kata, kami mendoakan agar seluruh anggota POLIS sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT dalam menjalankan tugas yang mulia ini.
POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA
Sekian, terima kasih.
25/03/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh para mudir yang dihormati.
Dimaklumkan bahawa hari ini, Rabu 25 Mac 2026, merupakan sambutan Hari Polis ke-219. Sehubungan itu, dicadangkan agar semua pihak madrasah dapat mengambil sedikit ruang untuk menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pegawai-pegawai polis yang telah dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di madrasah masing-masing.
Pengorbanan dan komitmen mereka dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan warga madrasah amatlah dihargai dan wajar dizahirkan.
Semoga jalinan kerjasama yang erat ini terus diperkukuhkan demi kebaikan bersama.
POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA
17/03/2026
Assalamualaikum wbt...
Kadang-kadang kita melihat PINTA Johor bergerak, menganjurkan program bersaiz mega, mesyuarat diadakan, suara madrasah dibawa ke pelbagai pihak. Namun jarang kita bertanya, dari mana datangnya kekuatan untuk semua itu terus segar?
Hakikatnya, PINTA Johor tidak mempunyai dana yang besar. Perjalanan persatuan ini banyak bergantung kepada yuran keahlian dan sumbangan daripada madrasah-madrasah sendiri. Sedikit demi sedikit, itulah yang menjadi “nafas dan denyut nadi” kepada gerak kerja yang selama ini kita nikmati bersama.
Sehubungan itu, kami melancarkan Kempen Kebersamaan PINTA Johor 2026 iaitu satu usaha mengajak semua pihak untuk sama-sama menyokong kelangsungan gerak kerja institusi tahfiz di negeri Johor.
Yuran yang terlibat:
- Yuran Keahlian PINTA Johor: RM100.00 setahun
- Yuran Mesyuarat Agung: RM100.00
Saluran bayaran:
MAYBANK
PERSATUAN INSTITUSI TAHFIZ AL-QURAN JOHOR
5510 4351 7904
✨ Peluang Infaq & Tajaan
Bagi ibubapa, alumni atau mana-mana penaja yang berhajat untuk menaja yuran keahlian PINTA Johor bagi madrasah terpilih, amatlah dialu-alukan.
Boleh terus salurkan ke akaun di atas dan hantarkan bukti pembayaran kepada:
📱 013-7586840 (Ust Mohd Ihsan)
Percayalah, bukanlah PINTA Johor ingin mengambil kesempatan daripada madrasah yang kita tahu semuanya sedang berjuang mengurus pelajar, guru, makan minum dan pelbagai keperluan harian.
Namun tanpa sedikit sumbangan daripada ahli dan sokongan masyarakat, langkah ini akan menjadi perlahan, suara kita mungkin semakin lemah, dan banyak perkara yang sepatutnya boleh diperjuangkan bersama akhirnya terpaksa dilepaskan.
Biarlah sumbangan ini menjadi tanda kebersamaan kita menjaga institusi tahfiz. Tidak besar nilainya, tetapi besar maknanya apabila ia datang daripada hati yang sama-sama ingin melihat tahfiz terus berdiri.
Penghargaan
Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada madrasah-madrasah yang telah menunaikan yuran keahlian PINTA Johor bagi tahun 2026:
1. MADRASAH AT-TARIQ (2027)
2. MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-ANSAR
3. MADRASAH TAHFIZ DARULIMAN
4. MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN AN NAURAH
5. MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN AN-NUR (2027)
6. MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN AN-NISA'
7. MAAHAD TANWIRIAH LILBANAT
8. MADRASAH NURUL AR-DHAIN TAHFIZ AL-QURAN
Jazakumullahu khairan kathira atas komitmen dan sokongan yang diberikan. Sumbangan ini amat besar maknanya dalam memastikan gerak kerja PINTA Johor terus berjalan.
Bagi madrasah yang telah membuat bayaran tetapi nama belum tersenarai, mohon semak semula dan maklumkan kepada pihak AJK PINTA Johor untuk tujuan kemaskini.
Manakala bagi yang masih belum menjelaskan yuran, mohon jasa baik untuk menyegerakan bayaran.
Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi saham akhirat, kerana di sebalik madrasah-madrasah ini, ada alunan ayat-ayat Al-Quran yang terus hidup setiap hari.
Terima kasih atas sokongan dan kebersamaan semua.
27/02/2026
𝑺𝑼𝑴𝑩𝑨𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑼𝑵𝑻𝑼𝑲 𝑰𝑱𝑻𝑰𝑴𝑨𝑲 𝑹𝑨𝑴𝑨𝑫𝑨𝑵 𝑨𝑴𝑨𝑻 𝑫𝑰𝑷𝑬𝑹𝑳𝑼𝑲𝑨𝑵
Assalamualaikum wbt...
Hari Jumaat yang penuh barakah ini, di bulan Ramadan yang syahdu dan mendidik jiwa, kami merayu dengan penuh rendah hati kepada para dermawan sekalian.
Tidak lama lagi akan berlangsung Majlis Ijtimak Ramadan Huffaz Negeri Johor, sebuah himpunan penuh keberkatan yang bakal mengumpulkan kira-kira 1,000 orang huffaz dan pelajar tahfiz dari seluruh pelusuk negeri Johor.
Di bawah naungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Johor, majlis ini menjadi medan penyatuan hati, pengukuhan ukhuwah dan pengagungan Kalamullah dalam bulan yang mulia.
Namun dengan penuh dukacita kami maklumkan, dana untuk majlis berbuka puasa para peserta masih belum mencukupi.
Bayangkanlah…
Seribu insan yang menghafaz ayat-ayat Allah, berbuka puasa bersama.
Setiap suapan mereka, setiap doa mereka, mudah-mudahan mengalir juga pahalanya kepada insan yang memberi.
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut.”
(Hadis riwayat al-Tirmizi)
Inilah peluang kita.
Bukan sekadar menyumbang makanan, tetapi menumpang pahala 1,000 huffaz yang sedang berpuasa.
Sehubungan itu, kami memohon sentuhan hati tuan/puan yang budiman untuk menyumbang bagi menjayakan majlis berbuka puasa ini melalui akaun berikut:
MAYBANK
Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Johor
5510 4351 7904
Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi cahaya di dunia, pemberat timbangan di akhirat, dan asbab turunnya rahmat dalam keluarga kita.
Jangan biarkan para penghafaz al-Quran ini berbuka dalam kekurangan.
Marilah kita bersama menjadi sebab mereka tersenyum saat azan Maghrib berkumandang.
Wallahu khairul jaza’.