SMK TAMAN MOLEK

SMK TAMAN MOLEK

Share

SMK Taman Molek, Jalan Molek 1/34,Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor

26/05/2026

🌙✨ SALAM AIDILADHA 1447H | SMK TAMAN MOLEK ✨🌙

Aidiladha hadir membawa seribu makna tentang pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan. Dalam setiap langkah dan usaha, terselit nilai kasih, kesabaran serta semangat untuk terus memberi yang terbaik kepada insan di sekeliling.

Semoga sambutan Aidiladha kali ini menjadi ruang untuk kita memperkukuh ukhuwah, menyemai rasa syukur serta meneladani erti pengorbanan dalam mendidik dan membina generasi masa hadapan.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H
Maaf zahir dan batin buat seluruh warga SMK Taman Molek, para ibu bapa, alumni serta komuniti setempat.

🐄 Pengorbanan itu mendidik jiwa, keikhlasan itu menyuburkan bahagia.

Ikhlas daripada:
Warga Sekolah
SMK TAMAN MOLEK 🕌✨



22/05/2026

Langkah kecil di pentas bersejarah,
Gema suara mengukir memori terindah🎤🏆

Tahniah atas kejayaan merangkul Tempat Ketiga dalam Pertandingan Genta Suara Madani Peringkat Daerah Pasir Gudang 2026 ✨

Syabas Thye En Ya !


Photos from SMK TAMAN MOLEK's post 21/05/2026

Tamat Sudah Peringkat Pra-Kejohanan! 🏆🔥

​Alhamdulillah, tirai Pra-Kejohanan Olahraga SMK Taman Molek secara rasminya telah berlabuh pada hari ini, 21 Mei 2026!
​Persaingan sengit telah ditunjukkan oleh kesemua rumah sukan. Tahniah diucapkan kepada Rumah Alfa yang kini mendahului carta pungutan mata, diikuti rapat oleh Beta dan Gamma! Kepada rumah Omega, Delta, dan Sigma, perjuangan belum selesai.

KOT MOLEK 2026 tunggu kami datang!!!!🏆




Photos from SMK TAMAN MOLEK's post 18/05/2026

Hari Guru diraikan semanis strawberry 🍓, setenang matcha 💚

Buat semua pendidik,
terima kasih atas segala jasa. ✨

Selamat Hari Guru !
‘Guru Bitara, Nadi Negara’


Photos from SMK TAMAN MOLEK's post 15/05/2026

TAHNIAH RUMAH DELTA! JUARA KESELURUHAN SUKANTARA 2026 🏆
​Selesai sudah debaran Sukantara 2026 yang berlangsung pada 13 & 14 Mei 2026.

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah berusaha memberikan mata buat rumah masing-masing. Teruskan semangat ini untuk Kejohanan Olahraga Tahunan yang akan datang!




Photos from SMK TAMAN MOLEK's post 15/05/2026

Kejayaan bukan milik mereka yang hebat, tetapi milik mereka yang tidak pernah berhenti berusaha.

Tahniah kepada semua pelajar cemerlang sempena Majlis Pengiktirafan SPM 2025 SMK Taman Molek.
Terus melakar kecemerlangan dan menjadi inspirasi buat semua. 🌟


Photos from SMK TAMAN MOLEK's post 12/05/2026

🌟 Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Murid 2026 🌟

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemimpin murid yang telah dilantik bagi sesi 2026. Pelantikan ini bukan sahaja satu penghormatan, malah merupakan amanah yang perlu digalas dengan penuh tanggungjawab, dedikasi dan semangat kepimpinan.

Semoga semua pemimpin murid dapat menjalankan tugas dengan cemerlang serta menjadi contoh teladan yang baik kepada seluruh warga sekolah. Teruskan melakar kecemerlangan demi sekolah yang tercinta. 💫



12/05/2026

Sekalung tahniah kepada semua peserta dan guru pembimbing, Cikgu Asnira atas kejayaan merangkul Naib Johan dalam Gema Pantun Warisan Madani Peringkat Daerah Pasir Gudang.

Kejayaan ini membuktikan bakat, kreativiti dan semangat cintakan warisan budaya terus subur dalam kalangan generasi muda. 🌸📖

Syabas atas usaha dan komitmen yang membanggakan! 👏✨


09/05/2026

TAHNIAH ATLET SOFBOL SMK TAMAN MOLEK! 🥎🥉
​Syabas diucapkan kepada Atlet sofbol sekolah yang mewakili MSSD Pasir Gudang dan telah berjaya merangkul Tempat Ketiga dalam Kejohanan Sofbol Peringkat MSS Johor Tahun 2026 yang berlangsung pada 5 hingga 8 Mei 2026.⚡

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat atlet-atlet lain untuk terus memburu kecemerlangan.




Photos from SMK TAMAN MOLEK's post 08/05/2026

TAHNIAH YONG WIN LE! 🥇🥈
​Syabas diucapkan kepada saudara Yong Win Le atas kejayaan luar biasa di Kejohanan Akuatik MSS Johor 2026! Beliau berjaya membawa pulang:
​🥇 EMAS: 50m Breaststroke, 50m, 100m & 200m Freestyle.
​🥈 PERAK: 100m Breaststroke.

​Satu pencapaian yang amat membanggakan buat warga SMK Taman Molek. Teruskan kecemerlangan! 🏊‍♂️💨




Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Johor Bahru
81100